(First of all, Please jangan tanya diorang ni agama apa duduk kat mana bangsa apa bla bla hahahaha. 😂🔫 THIS IS ONLY A FICTION)
" Aku terima nikahnya Choi Sooyoung dengan mas kahwinnya RM300 tunai. " Kata Yoongi lancar melafazkan akad tersebut. Dengan sekali lafaz, Sooyoung sudah menjadi isteri kepada Yoongi.
Air mata Sooyoung mengalir juga dalam tak nak menangis dia tu. Ni bukan air mata gembira okay! Ni air mata terseksa terpaksa terluka and so on.
Apa kes aku kena kahwin dengan mamat nerd ni?! Dahlah asyik dok pakai cermin mata besar dia tu. Menyampahnya tengok! Daddy dengan mummy ni dah kena ubat guna-guna dengan dia ke apaaa. Heh, sakit hati!
Ni semua sebab kes Yoongi tu baik hati sangat pergi derma darah dia untuk bagi kat daddy. Mehlah story sikit. Actually, daddy accident 5 bulan lepas. Dan boleh kata accident tu memang teruk sampaikan kereta daddy yang mahal gila tu remuk sampai tak boleh nak repair dah. Daddy pon mengalami pendarahan yang teruk di kepala, lengan, badan dan kaki.
Akibatnya, daddy kehilangan banyak darah dan semasa di wad ICU, bekalan darah jenis B+ dah habis. Bekalan darah O pon dah kurang. Tak cukup nak top up balik darah daddy. So, kalau dalam masa terdekat ni daddy tak dapat bekalan darah yang cukup, hemmm faham-faham sendirilah apa yang jadi.
Nak dijadikan cerita, waktu tu si Yoongi ni ha yang merawat daddy. Diakan angel. So dengan senang hatinya dia menderma darah dia.
At first, dia senyapkan je pasal dia yang derma darah kat daddy. Tapi, ada pulak seorang nurse ni dia terlepas cakap yang Yoongi tu yang dermakan darah dia. Apa lagi, daddy dengan mummy lepas tu terhutang budi sangat dengan si Yoongi tu. Sampaikan kalau boleh every week daddy akan keluar makan dengan Yoongi. Hey aku pon tak fahamlah.
Lepas tu tup tup, daddy tiba-tiba usulkan cadangan dia yang bijak lagi smart tu..iaitu nak kahwinkan aku dengan si mamat nerd pakai cermin mata besar tu. Aku pon apa lagi...memang tunggang terbalik rumah tu aku buat. Dah kenapa aku kena kahwin dengan dia semata-mata sebab daddy terhutang budi sangat dengan si nerd tu?!! Ergh!
Aku dah lah anak tunggal. So, tak boleh ke bagi aku freedom nak pilih pasangan aku sendiri? In fact, aku dah ada boyfriend dah pon. And boyfriend aku tu jauh lebih bagus dari Yoongi yang nerd tu. Cuma, aku tahu daddy dengan mummy tak suka dia. Ish, pastu si nerd tu boleh pulak diorang nak suka. 😤
Last sekali, even aku mengamuk macam ribut taufan katrina pon still aku kena jugak kahwin dengan Yoongi. Aku ni tak adalah jahat sangat sampai nak buat drama lari dari rumah pastu kahwin lari dengan boyfriend aku. Weh, siapa tak sayang daddy dan mummy sendiri kan?
So, buat masa ni aku ikut je lah apa diorang suruh. Sebab aku yakin yang aku dengan Yoongi ni tak lama pon. Confirm dia akan ceraikan aku satu hari nanti.
Siapa je boleh tahan dengan perangai aku yang keras kepala ni? Mummy dengan daddy pon tak berapa boleh nak tahan dah. Tengok jelah. Aku memang tak kan bagi muka langsung dekat Yoongi cermin mata besar tu. Rabun!
Teringat malam pertama kahwin kami pon aku dah bagi amaran tahap tiga kat dia. Aku tak kan sesekali anggap dia sebagai suami aku sampai bila-bila.
So faham-faham sendiri lah yang aku nak cerai dengan dia dan tak gembira langsung dengan perkahwinan ni. Dia senyap je time tu. Alah biasalah budak nerd! Dok dengar je lah. Eiy menyampahnya! Menyampah sebab kenapa ramai sangat suka dengan si Yoongi tu?! Hemphh! 😤
Sentuhan tangan Yoona di tangan kiriku membuatkan aku tersedar kembali ke dunia nyata. Ah, kat hospital rupanya. Aish lama pulak aku berkhayal.
" Kau okay tak ni? Tiba-tiba je senyap. " kata Yoona dengan nada sedikit risau. Yelah, kot lah minah ni terasa pasal apa yang dia cakap tadi.
" Hem? Tak ada apa lah. Aku teringat sesuatu je. Eh dah ada patient ke today?" Segera aku mengubah topik perbualan. Malas lah nak cakap pasal si cermin mata besar tu.
" Hemm tak ada pon lagi. Kau rehat lah. Nampak macam not in the right mind je. Aku pergi kafe jap beli air. Kau nak apa-apa tak? " tanya Yoona sambil mengambil pursenya dalam beg tangannya yang diletakkan di atas meja kerja.
" Tak apa lah. Aku tak nak. "
" Okayyy see ya. " Yoona segera beredar meninggalkan Sooyoung seorang diri di dalam bilik kerja itu.
To be continued...
❌❌❌❌❌❌❌❌❌❌❌❌❌❌
Author : Okay so sorry for slow update. 🙏 Hope you guys enjoy k! 💋
YOU ARE READING
STEALER [Malay Fanfic]
Fanfiction👩 Choi Sooyoung, seorang yang sangat keras kepala dan suka buat semua benda ikut hati dia je. Seorang yang tak fikirkan langsung perasaan orang lain dan main cakap lepas. But, she's smart, pretty and have lots of admires! " Huh, sorry to say, you'r...