CHAPTER 15 ❤ IN HEART

35 3 52
                                    

"Soo." Mummy Sooyoung menahan Sooyoung daripada masuk ke dalam bilik wad Yoongi. Sooyoung mengerutkan dahinya.

"Soo tunggu luar je la. Mummy tak nak Sooyoung jumpa Yoongi lagi. At least, buat masa ni." Ujar mummy Sooyoung dengan nada terkilan. Sebenarnya, dia rasa bersalah sangat dengan menantu dia sebab terpaksa berkahwin dengan anak dia, Sooyoung.

Mummy Sooyoung terkilan sebab Sooyoung masih tak terima Yoongi sebagai suami. Masih terus couple dengan Jinhwan. Langsung tak ada hormat pada Yoongi. Dan sekarang, mummy Sooyoung kalau boleh dah tak nak sakitkan hati Yoongi lagi.

Sooyoung terkaku dengan kata-kata mummynya. Dalam hati, dia terpaksa akur juga arahan mummynya. Sebab Sooyoung pon rasa dia tak patut jumpa Yoongi lagi buat masa ni. Sooyoung mengangguk perlahan sambil duduk kembali di kawasan luar bilik wad Yoongi.

Mummy dan daddy Sooyoung masuk ke dalam wad itu bersama. Jinhwan memandang Sooyoung dengan pandangan serba salah. Sebab semua ni salah dia, masih degil mahukan Sooyoung walaupun Sooyoung dah berkahwin.

Jinhwan duduk di sebelah Sooyoung yang sedang memejamkan matanya sambil menyandarkan badan ke kerusi. "You okay?" Tanya Jinhwan.

"Jangan risau pasal I. You pergilah masuk. Tengok abang you." Balas Sooyoung tanpa memandang ke arah Jinhwan.

"Takkan I nak tinggalkan you kat sini seorang-seorang." Ujar Jinhwan perlahan. Dia memandang ke arah Sooyoung. Perempuan yang berjaya mencuri hati dia sejak zaman sekolah lagi.

Sooyoung membuka matanya. Dia mengalihkan pandangan ke arah Jinhwan. Baru sahaja Sooyoung ingin membalas kata-kata Jinhwan, dia ternampak seseorang dari arah belakang Jinhwan. Seseorang yang dikenalinya yang sedang berjalan laju ke arah mereka.

"Yeonjoo unnie.." Kata Sooyoung perlahan. Segera Sooyoung berdiri. Jinhwan menoleh ke belakang setelah melihat Sooyoung memandang ke arah belakangnya. Seorang perempuan yang hanya memakai T-shirt hitam beralaskan kardigan cream di luarnya berlari anak ke arah mereka.

Jinhwan mengerutkan dahinya. Siapa pulak ni? Rambut perempuan tersebut diikat satu. Nampak macam tak terurus sikit. Mungkin lepas dengar berita pasal kemalangan ni, dia terus ke sini kot. Itu andaian Jinhwan je la. But, apa kaitan dia dengan Sooyoung? Or maybe Yoongi?

Yeonjoo dan Sooyoung berpelukan seketika. "Apa jadi ni Sooyoung? Macam mana Yoongi boleh accident?" Tanya Yeonjoo risau. Tak habis-habis tangan dan lengannya mengelap peluh di dahi dan muka akibat berlari tadi.

Dan waktu itu juga, dia terperasan akan seorang lelaki yang berada berdekatan Sooyoung. Lelaki ni lagi muda dari dia. Siapa dia ni? Kawan Sooyoung ke? Yeonjoo mengerutkan dahinya sedikit.

"Yoongi..dia nak selamatkan Soo." Kata-kata Sooyoung mengalihkan kembali fikiran Yeonjoo kepada adiknya, Yoongi. Siapa lelaki tu tak penting, yang penting sekarang ni Yoongi. Terkejut betul dia bila Sooyoung telefon dan bagitahu yang Yoongi accident.

"Sekarang dia macam mana? Dah stabil?" Tanya Yeonjoo sambil tangannya tak lepas memegang lengan Sooyoung. Riak risau nampak di wajahnya. Yeonjoo tak nak apa-apa berlaku pada adiknya. Yoongilah satu-satunya family yang dia ada. Dia tak nak kehilangan lagi.

Sooyoung mengangguk-angguk perlahan. "Ya, dia dah stabil unnie. Dia baru je sedar tadi." Sooyoung memberitahu Yeonjoo sambil menahan air matanya daripada jatuh. Tak tahulah kenapa sekarang ni senang betul dia nak emo kalau cakap pasal Yoongi.

Yeonjoo melepaskan nafas perlahan. Lega dia mendengar keadaan Yoongi yang sudah stabil. Pantas tangan Yeonjoo menguatkan pegangannya terhadap lengan Sooyoung.

STEALER [Malay Fanfic]Where stories live. Discover now