Yoongi terbatuk-batuk mencari ubat panadol di dalam kabinet dapur. Adoi, tiba-tiba pulak demam. Sesekali tangannya memegang kepalanya yang berdenyut-denyut. Since petang semalam lagi dia dah rasa. Time jumpa dengan Jinhwan tu.
Lagi 3 hari birthday Sooyoung. Harap-harap dia cepatlah sihat before Sabtu ni. Yoongi mengambil dia biji panadol dan segelas air suam yang dibawa ke meja makan. Kebetulan, Sooyoung pon masuk ke dapur untuk minum air.
Sooyoung perasan yang Yoongi tak sihat tapi, APA DIA KISAH? LANTAK KAULAH NAK DEMAM KE NAK APA KE. Yoongi masih lagi terbatuk-batuk. Sooyoung buat muka menyampah even though Yoongi tak pandang dia pon.
Terus sahaja dia berlalu ke ruang tamu. Malas lah nak tengok muka mamat nerd tu. Kalau hensem takpe jugak. Eh? Tak cukup hensem eh Yoongi tu? Oh yessss, dia kan pakai cermin mata besar dia tu. Nerd betul. Tak cool langsung! Bukan macam Jinhwan. Hmph!
Alat kawalan jauh televisyen diambil. Mencari-cari channel TV yang best di malam hari ni. Sooyoung meletakkan cawannya di atas meja berhadapan dengan sofa yang didudukinya. Yoongi yang baru keluar dari dapur turut menuju ke ruang tamu.
Yoongi duduk di salah satu kerusi di ruang tamu tersebut. Sooyoung menjeling. Nasib kau duduk jauh dari aku.
Yoongi terbatuk kecil. Sesekali dia akan minum air masak yang dibawanya. Sooyoung mula tunjuk muka menyampah dia. ( ̄^ ̄゜)
" Eh, kalau dah batuk-batuk tu, tak payahlah duduk sini! Nanti berjangkit dengan I pulak! Hish rimaslah you ni!" Bentak Sooyoung sambil bangun mengambil mugnya lalu berlalu ke dapur.
Yoongi hanya diam. Nak batuk pon tak jadi dah. Sooyoung keluar semula dari dapur dan terus menuju ke tangga. Tengah berjalan tu sempat lagi dia mengata, "Orang nak tengok TV pon tak senang! Tahu menyusahkan orang je!" Kutuk Sooyoung sambil melangkah laju.
Yoongi mengeluh perlahan apabila mendengar pintu bilik Sooyoung yang dihempas kuat. Dia pon tak tahulah sampai bila dia boleh bertahan dengan perkahwinan ni. Sedar tak sedar, dah hampir dua bulan dia duduk sebumbung dengan Sooyoung.
Dan selama itu jugak, Sooyoung tak pernah berubah. Kerja Sooyoung asyik nak menyakitkan hati Yoongi je. Yoongi tahu, yang Sooyoung nak dia ceraikan Sooyoung. Tapi, takkan dia nak mengalah secepat ini. Mummy dan daddy Sooyoung dah amanahkan dia untuk jaga Sooyoung sebaiknya.
Jadi, selagi dia boleh bertahan dengan perangai Sooyoung yang pada dia, tak adalah melebih mana pon, dia akan cuba untuk bertahan. Walaupun satu masa nanti, dia yakin yang dia sendiri akan lepaskan Sooyoung bila mana hati dia tak cukup kuat untuk pertahankan cinta dia.
Ya, YOONGI CINTAKAN SOOYOUNG. From the first time she became his wife, dia dah set yang dia akan mencintai Sooyoung sepenuh hati dia. Walaupun, Sooyoung masih tak terima dia sampai sekarang.
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
Jam menunjukkan pukul 2 pagi. Sooyoung terjaga daripada tidur. Tekaknya terasa dahaga pula. Dia bangun dari katil dan menuju ke pintu. Sooyoung menguap sambil menuruni tangga.'Eh? Terang je ruang tamu. Mamat ni lupa nak tutup lampu ke? Hemph membazir je tahu!' Kata Sooyoung dalam hati sambil mencebikkan bibirnya. Ya. Memang dia menyampah gila dengan si Yoongi yang bajet macam budak baiklah sangat. Annoying la!
Sooyoung terus berjalan ke dapur tanpa memerhati kawasan di ruang tamu. Dia tak sedar yang Yoongi tidur di atas sofa. Segelas air suam diteguk perlahan. Tiba-tiba dia terfikir akan keadaan Yoongi. Dah okay ke demam dia?
Ah! Buat apa aku nak fikir? Sooyoung mengelengkan kepalanya. Entahlah, kadang-kadang fikiran dia ni pon tak betul jugak. Sooyoung meletakkan gelasnya ke dalam sinki dan berjalan ke ruang tamu.
YOU ARE READING
STEALER [Malay Fanfic]
Fanfiction👩 Choi Sooyoung, seorang yang sangat keras kepala dan suka buat semua benda ikut hati dia je. Seorang yang tak fikirkan langsung perasaan orang lain dan main cakap lepas. But, she's smart, pretty and have lots of admires! " Huh, sorry to say, you'r...