Tangan Jinhwan menyentuh perlahan buah rantai bertali halus berwarna hitam di lehernya. Lama dia termenung sebelum Sooyoung menyedarkan dia.
" Hwan, you kenapa senyap je? And rantai apa tu?" Tanya Sooyoung sambil tangannya ingin menyentuh rantai yang dipakai Jinhwan. Tapi, pantas Jinhwan memasukkan rantainya ke dalam baju kemeja hitam yang dipakainya.
" Ehmmm..rantai biasa je. Ibu I bagi." Jinhwan melemparkan senyuman nipis kepada Sooyoung. Dia yang perasan Sooyoung seperti tak puas hati dengan jawapannya, segera menukar topik.
" You free tak this weekend?" Tanya Jinhwan.
"Why? Nak ajak I keluar? Well, kalau pasal you Hwan, I akan free kan time untuk you okay?" Balas Sooyoung sambil mengenyitkan mata sebelah kanannya kepada Jinhwan. Jinhwan ketawa kecil.
" You ni nakallah, Sooyoung." Jinhwan ketawa sambil menyentuh perlahan pipi kanan Sooyoung. Sooyoung membalas pegangan Jinhwan.
" Hemm kenapa dengan weekend ni?" Tanya Sooyoung lagi.
"I..nak sambut birthday you la. Birthday you kan Sabtu ni." Balas Jinhwan. Dia mengulit rambut Sooyoung pulak.
"Oh my god. I pon terlupa yang birthday I Sabtu ni." Sooyoung menepuk dahinya perlahan. Comel je Jinhwan tengok. Haha.
Sooyoung terus bangun berjalan mendekati Jinhwan yang duduk berhadapan dengannya. Oh ya, for your information, diorang dekat hospital sebenarnya. Kat bilik Sooyoung.
Jinhwan hanya memerhati Sooyoung sehingga Sooyoung berhenti di hadapannya dan duduk sedikit di atas meja kerjanya.
Sooyoung mencapai kedua belah tangan Jinhwan. "So, you nak celebrate birthday I la ni?"
Jinhwan senyum lagi. "Of course dear." Balas Jinhwan. Sooyoung turut membalas senyuman Jinhwan. Dalam kepala dia dah terbayang dah birthday party dia nanti. Bestnya.
"Tapi...suami you bagi ke?" Tanya Jinhwan sekadar ingin menguji Sooyoung.
Sooyoung menarik mukanya sambil berpeluk tubuh. "You ingat I ni budak kecik ke, kena kongkong dengan dia? Ah nonsense! Hidup I, hal I, suka hati I lah nak buat apa pon! Dia tu tak ubah macam tunggul je kat rumah I! Heh, dasar mamat nerd!" Ha tu dia. Mengutuk laki je kerja kau kan Sooyoung.
Jinhwan mengangkat kedua belah tangannya sebagai tanda menyabarkan Sooyoung. "Okay, okay. Sorry okay. I tak tanya dah lepas ni."
Sooyoung menjeling Jinhwan. Jinhwan mencapai tangan kanan Sooyoung dan menciumnya. Terus berubah ceria muka si Sooyoung. Adoi, ni kalau si Yoongi nampak, mahu berapi ni. Haha.
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
Yoongi berdiri di kaunter jururawat yang berada di wad 5A sambil membelek note patient. Ralit dia membaca setiap perkataan yang ditulis oleh doktor-doktor yang merawat patient bernama Kim Hyun Jung itu.Sebelum konsentrasinya terganggu dengan kedatangan seorang manusia bernama Kim Jinhwan.
" Hi." Sapa Jinhwan sambil mengangkat tangan sebelah kanannya separas bahu. Yoongi hanya diam.
"Sorry, tapi Sooyoung tak ada kat sini." Balas Yoongi tenang. Sebenarnya, dia pelik jugak. Rajin betul si Jinhwan ni nak datang hospital. Bukannya jumpa orang sakit pon. Tapi dok kacau bini orang adalah. Hmph!
"Ya aku tahu. Aku bukannya nak jumpa Sooyoung pon. Aku nak jumpa kau." Kata Jinhwan sambil matanya merenung Yoongi. Yoongi mengerutkan dahinya sedikit.
Dia berjalan perlahan menuju ke suatu sudut yang lebih privacy di wad itu. Jinhwan mengikuti Yoongi dari belakang.
"Kenapa? Ada hal apa kau nak jumpa aku?" Soal Yoongi tegas. Ikutkan malas dia nak layan mamat ni. Banyak lagi kerja dia nak kena buat. Tapi, kalau ini ada kaitan dengan Sooyoung, nak tak nak dia kena dengar jugaklah.
Jinhwan mempamerkan senyum sengetnya. "Well, aku nak bagitahu kau. Sabtu ni, birthday Sooyoung a.k.a girlfriend aku." Sengaja dia tekankan part girlfriend tu.
Berubah sedikit muka Yoongi. Ya, dia pon terlupa pasal tu. Nasiblah ada Jinhwan yang ingatkan.
"Nampak macam kau tak tahu birthday wife kau sendiri heh." Perli Jinhwan. Yoongi mengetap bibirnya.
"Salah. Aku dah lama tahu birthday isteri aku." Perkataan isteri itu dia tekankan sedikit.
"Hemm baguslah kalau kau tahu. Anyway, aku datang ni sebab aku nak bawak Sooyoung keluar Sabtu ni. Kiteorang dah plan birthday party untuk Sooyoung." Ujar Jinhwan dengan muka yang tak bersalah. Muka Yoongi nampak tegang. Tangan sebelah kanannya digenggam kuat.
"No. Aku tak bagi Sooyoung keluar dengan kau." Tegas nada suara Yoongi kali ini. Wajah Jinhwan dipandang dengan penuh geram.
Jinhwan hanya tergelak kecil. "Haha. Its up to you." Jinhwan mengangkat bahunya sedikit.
"Kau ingat Sooyoung akan dengar ke cakap kau Yoongi? Dia sendiri dah bagitahu aku yang dia akan free kan time dia weekend ni untuk aku. Kau rasa, dengan kau kata, kau tak izinkan dia keluar, dia takkan keluar? Heh! Come on lah Yoongi, Sooyoung tak cintakan kau pun. Dan kau tahu tu kan!"
Yoongi menelan air liur berkali-kali. Rahangnya bergerak perlahan. Cuba menyabarkan diri sendiri.
"Aku tahu. Tapi, aku akan pastikan Sooyoung jatuh cinta dengan aku. Aku ada cara aku sendiri. Kalau kau rasa kau dah dapat hati Sooyoung sekarang, mungkin ya kau dah dapat. Tapi kau lupa, yang aku ni suami dia. Aku ada hak ke atas isteri aku. Aku yang duduk sebumbung dengan dia. Aku akan curi hati dia dengan cara aku." Kata Yoongi nekad. Setiap bait perkataan yang diucapkan sangat jelas dan nampak ketegasan dia.
Jinhwan senyap. Ada benarnya apa yang dikata oleh Yoongi. Tapi, dia pon tak kan mengalah. Heh, this is Kim Jinhwan la. Kalah is not my style.
"Okay, suka hati kaulah. Yang penting, Sooyoung akan keluar dengan aku Sabtu ni." Sengaja Jinhwan membakar perasaan Yoongi. Bukan selalu pun kan. Hahaha.
Yoongi hanya senyap. Sebelum menyambung, " Dia isteri aku. Tahulah aku nak jaga dia macam mana. Sorry, tapi aku ada kerja. Kau baliklah. " Yes, more kepada nak menghalau si mamat penyibuk tu. Yoongi memusingkan badannya mahu melangkah pergi dari tempat itu.
" Go ahead." Kata Jinhwan. " Jaga adik sendiri pon tak boleh, inikan pulak nak jaga seorang isteri yang bukan darah daging kau. " Perlahan saja Jinhwan berkata tapi dapat didengari oleh Yoongi.
Yoongi mengerutkan dahinya. Dia berhenti melangkah kemudian berpaling ke arah Jinhwan. "Apa kau cakap tadi?" Tanya Yoongi.
Jinhwan menggelengkan kepalanya. "Nothing." Dia tersenyum senget. " Bye, Yoongi. See you soon." Jinhwan mengenyitkan matanya sebelum berpaling malangkah pergi dari tempat itu. Meninggalkan Yoongi yang masih berdiri kaku di situ melihat Jinhwan berlalu pergi.
Ya. Dia belum pekak lagi. Dia dengar apa yang Jinhwan katakan. Cuma, macam mana Jinhwan tahu yang dia ada adik? Rasanya dia tak pernah pon bagitahu sesiapa even pada Sooyoung.
This is...weird.❌❌❌❌❌❌❌❌❌❌❌❌❌❌
Author : Pelik tak macam mana Jinhwan boleh tahu? Rantai Jinhwan pakai tu rantai apa sebenarnya? Lols 😂 Hemm harap bersabar dengan author untuk update cerita ni. 😅😂🙏🙇 I try untuk update cepat. Enjoy reading okay! ❤
YOU ARE READING
STEALER [Malay Fanfic]
Fanfiction👩 Choi Sooyoung, seorang yang sangat keras kepala dan suka buat semua benda ikut hati dia je. Seorang yang tak fikirkan langsung perasaan orang lain dan main cakap lepas. But, she's smart, pretty and have lots of admires! " Huh, sorry to say, you'r...