Bab 9 - Teman Part 1

467 14 0
                                    

"Aku, rasa hati aku tak boleh tahan dengan semua ini. Aku kena jujur dengan kau" kata Pemuda berbaju kuning menghadap Wanita di hadapannya.

Wanita itu terdiam, menanti apa yang cuba disampaikan oleh Pemuda itu.

"Sebenarnya, aku... " kata Pemuda itu

"Aku harap kita..... "

"Tak guna punya lelaki!!!" jerit Tiah sambil rampas buku novel dari tangan Qen dan campaknya ke luar bilik.

"The heck Tiah! Tu buku orang ngeng" marah Qen, berlari bangun untuk ambil buku yang dicampak.

"Aku tak boleh! Aku tak boleh dengan situasi macam nie. Aku tak boleh dengan kisah sappy2 cinta nie" rengek Tiah sambil hempaskan badannya kat katil.

"Nie mesti sebab baca banyak sangat buku manga shoujo lah nie" tambah aku sambil makan keropok ikan

Hari nie merupakan hari Sabtu, dan kiranya hari rehat Asrama. Aku bersama Qen dan Tiah lepak kat dorm sambil buat kerja dan baca novel untuk isi masa terluang. Hari tu juga kira hari, kemas2 Asrama sebab yelah.. Sapalah nak kemas selain dari penghuninya?

"Tapi, laki dia handsome... Aku nak sangat dapat laki camtu tapi sapalah nak kat aku" geluh Qen sambil kipas2 buku yang dicampak oleh Tiah

"Mana kau taw dia handsome? Tu novel tanpa gambar. Jap, maksudnya kau ada khayalan yang tinggi pasal laki2 .. Euuuu" kata Tiah dengan muka geli dia.

Qen hanya mengeluh

"Bila kau buat camtu, rasa cam lain macam ja.. Dang Tiah"

Tiah menarik muka dan baling bantal ke arah Qen. Qen  sempat mengelak dan dia mula menyerang Tiah.
Tiah mula mengundurkan diri dia tapi dia terjatih terjolopok atas tiles yang sejuk.

"Qen!!! Sakit tahu tak jatuh atas nie" marah Tiah.

Qen ketawa.

Aku hanya mengeleng kepala menahan kerenah dua orang kawan aku nie.

Tiba2 pintu bilik terbuka dan didatangi oleh dua orang senior atas.

Asrama nie dibahagi dengan beberapa kumpulan batch dan sisters yang baru masuk nie merupakan Kak Mei dan Kak Sak. 

Diorang ketua rumah bagi Asrama. So,  erti kata lain..  Ada masalah datang! Tidakkk !!!!

Key tipu ja.

Kedatangan diorang terus mematikan mood bising semua. 

Qen dan Tiah terus bangun hormat Akak2 yang masuk bilik.  Aku pon ikut sekali.  Kitaorang dikategori sebagai junior bawah. Tapi,  lama2 nanti kitaorang akan jadi senior atas. 

" Hai,  sorry ganggu u guys wat kerja but kita mai sini untuk sampaikan pesanan" Kata Kak Mei sambil kipas2 rambutnya.  Kak Sak hanya menganguk setuju

"Nie kitaorang nak kasi taw..  Yang kaurang kena buat poster bagi rumah sukan memasing kat Pejabat Asrama kat bahagian akademik." cakap Kak Mei.

"Kitaorang semua busy ngan kerja lain dan banyak arahan datang dari MPP bahagian atas dan Geng Wannabe. Kaurang kan ada problem kan ngan geng tuh? Baru masuk dah tunjuk lagak"

"Lagipon,  selain tuh kaurang masih junior and nie cara kitaorang nak latih kaurang" tambah Kak Sak.

"Dan kenapa pula, kitaorang" tanya Aku sambil padang ke arah dahi Kak Sak.  Selalunya,  bila aku gemuruh aku akan pandang pada dahi orang.

Aku jarang gemuruh.  Selalunya,  aku jenis yang straight forward cakap apa yang patut di cakap.  Tapi, bila jumpa orang lagi tua aku mostly gemuruh sebab aku nak penuhkan expectation orang.  Ye,  aku try nak jadi perfectionist tapi tulah..  Atleast, aku try.

"Nama kaurang naik kat bilik guru Asrama and nie cara nak slowkan prosess kaurang dapat masalah.  Dengan buat kerja amal" balas Kak Mei.

"Kerja amal? " soal Qen.

"Ye,  kerja amal.  Kau nak aku ulang balik ke? " balas Kak Mei sinis.

Kitaorang hanya diamkan diri sahaja.

"So,  buat kerja tu ngan baik ehh..  Pastikan malam nie semua kerja siap!  No excuse" tambah Kak Mei sambil pusing belakang keluar bilik.

"Oh,  dan lagi satu... Balik sebelom jam 11 malam" kata Kak Sak sebelom hilang dari bilik

Qen dan Tiah saling berpandangan sambil menahan ketawa.

"Wow, aku sebenarnya dari dulu nak sangat jadi orang yang attention seekers and akhirnya aku dapat" kata Qen sambil senyum

"Tak,  yang takleh blah nya si Mei tu.  Like derr,  perlu ke nak marah2. Karang kedut muka baru tahu." balas Tiah

"Tak,  sekarang nie.  Sapa taw buat poster?  dan kita kena siap sebelom jam 11 malam kan? " rungut Aku.

"Alah,  kita buat ja apa yang mampu. Then kalau salah kita buat balik.  Kita kan budak baru belaja. Ye,  kalau salah kenalah tunjukkan."jawab Tiah sambung makan keropok ikan aku.

"Kenapa kena siap sebelom jam 11 malam? "tanya Qen curiga. 

"Tulah,  kenapa eh?  Eh jap, kita kena siap cepat nie.  Poster dahlah x di bagi draf.  Kena pulas kepala kita nie nak buat poster tuh"risau aku. 

"No worries and be happy.  Kan kita ada.  So,  sekarang jom tukar baju untuk ke Pejabat Asrama" tokok Tiah sambil berjalan keluar membawa keropok aku.

"Tapi,  aku cakap awal2. Aku bukan seorang yang kreatif orangnya" kata Qen sambil ikut Tiah rapat. 

Asrama Where stories live. Discover now