Bab 11 - Ha? Jap

547 18 23
                                    

"Kekadang aku terpikir, selama aku hidup nie. Adakah aku dah buat kebaikkan di dunia ni. Kecik ke besar? Harap bekalan aku buat nie cukup untuk ke sana" - unknown

*****************************************

"Jadi, kau siapkan kerja tu ke tak? "tanya Qen.

Sekarang waktu sekolah telah habis bagi palajar2 Asrama. Aku dan Qen mengambil keputusan untuk rehat di gazebo bersebelahan dengan tasik Asrama.

Agak jauh dari blok akademik tapi untuk dapatkan waktu ketenangan tu. Kira berbaloilah berjalan jauh. Nanti bila dah bosan, baru kitaorang pulang balik ke Asrama.

"Yelah, takkan aku tak siapkan? Soalan jenis apakah itu!"

Qen hanya mengelengkan kepala dia sambil keluarkan buku lukisan dia.

" Tak just tanya ja.  Aku hanya risau ja" balas Qen. Dia menyelak muka surat yang kosong dan mula melukis.

Qen nie ada minat yang bagi aku agak bernilai iaitu minat melukis dia. Sesetengah orang akan rasa orang yang pandai melukis nie jenis yang cepat lalai dengan keadaan sekeliling untuk mendapatkan idea yang hebat tapi itu semua salah.

Qen adalah salah satu manusia yang fokus bila bab lukisan dan dia jenis boleh melukis di mana ja dia berada.

Keadaan masa tu amat tenanglah kalau dibandingkan dengan waktu biasa. Selalunya Raff atau Tiah akan datang menyibuk.  Tapi sebab dia,  ada hal dengan  cikgu so diorang tak dapat join bersama. 

"Siapa lelaki semalam tu? Yang menyebabkan kau lambat sampai Asrama"

Aku yang tengah mengelamun terberhenti sekejap. Jap nie yang mana?

"Kau baik jangan buat muka macam tak tahu apa2. Haikal tu yang kau jerit nama dia sebelom line terputus." cakap Qen sambil menajamkan pensil dia.

Aku terdiam seketika. Haikal? Aku mengerutkan dahi aku memikir.

"Dan lagi satu, semalam aku perasan kau asyik ulang ayat yang sama ja." tambah Qen.

" Okey...  Tapi sumpah aku tak ingat apa yang aku buat. Selain dari siapkan kerja yang sistur suruh tuh" balas Aku.

"Yeye ooo ja,  tapi serius niw" tanya Qen lalu letak berus lukisan dia melihat aku.

Aku diam.  " Penting sangat ke apa yang berlaku semalam? " bisik Aku. 

Sebelum aku sempat berkata,

" Hey Wani,  tahniah kerja kau dapat pujian semua para guru dan perwakilan pelajar"

Aku dan Qen menoleh melihat Kak Sak dan Kak Sab berdiri berdekatan dengan gazebo.  Diorang tersengih seperti kerang busuk.

"Hai Kak Sak dan Kak Mei.  Apa yang tahniah nya? " soal aku.  Kekadang diorang nie banyak maksud tersirat so aku takleh nak memahami sangat maksut tersirat tu.

Kak Sak tergelak.  " Tak,  kau punya kerja sama ngan geng kau dah berjaya amik perhatian para guru dan pelajar. Tak sangka kau berjaya hasilkan karya tu dengan baik"

"Dan kiranya nama kaurang free dari segala masalah..  Buat masa sekarang nie lah" tambah Kak Mei.

" Tapi sebenarnya kitaorang takda masalah pon dari dulu. Bukan nak kata apa tapi pandangan budak2  Adrama yang terlalu agungkan..... " Qen terhenti kejap sebab aku siku dia dari perut.

" Takpa,  Wani.  Kami faham apa Qen cuba sampaikan.  Dulu kitaorang pun macam kaurang. Bezanya, dulu kami bertiga" balas Kak Sak.

"Asal,  Kak Sak pon jenis kaki melawan gak ke? Tapi Kak Sak baik kot" tambah Aku.

Asrama Where stories live. Discover now