"Dah lah tu Soonyoung. Berapa banyak lagi kau nak minum?" tanya Wonwoo.
Soonyoung terus meneguk soju itu. Sepertinya dia belum mabuk walaupun sudah 14 botol dia habiskan.
"Aku masih fikirkan pasal dia," kata Soonyoung.
"Siapa?" tanya Wonwoo tidak mengerti pada awalnya. Tidak lama kemudian, dia baru teringat. Soonyoung pasti maksudkan Yuju.
Aku hanya menyayangi kau
"Kenapa dia tinggalkan aku, Wonwoo?" tanya Soonyoung. Dia terus meneguk botol ke 15nya.
"Soonyoung-ah. Dah berbulan, kot. Kalau dia nak balik, dia balik lah. Kalau kau terus macam ni, kau tak rasa dia akan sedih?" tanya Wonwoo.
"Aku cari dia tapi tak jumpa," kata Soonyoung.
"Ada sebab lah tu dia pergi," kata Wonwoo.
"Macam mana kalau dia tak kan balik?" tanya Soonyoung.
"Kalau dia tak balik, kau cari je lah yang baru," kata Wonwoo selamba.
"SENANG JE KAN KAU CAKAP?! KALAU MYUNGEUN TINGGALKAN KAU, KAU AKAN CARI BARU SENANG-SENANG KE?! JAWAB!!" laung Soonyoung membuatkan Wonwoo bengang kerana semua orang di situ memandang ke arah mereka.
"Aku faham. Aku faham. Kalau ya pun, janganlah melaung macam ni. Bengang aku," kata Wonwoo separuh berbisik.
"Aku rindu dia, Wonwoo," kata Soonyoung.
Dia meletakkan kepalanya di atas meja. Wonwoo mula kasihan melihat sahabatnya yang satu itu. Dia bukannya tak nak tolong. Tapi...
"Mianhae, Soonyoung-ah," ucap Wonwoo.
YOU ARE READING
Don't Wanna Cry [svt hoshi malay fanfic]
Short StoryI need to find you I need to find you If I cry now I might not see you ever again 15 Jun 2017 - 15 Jun 2017 Hoshi's birthday special 15-shots!