7 - I hope so

292 41 0
                                    

"Yerin-ah!!!" Soonyoung menekan loceng. Tidak cukup dengan itu, dia mengetuk pintu rumah sepupunya, Yerin.

"Siapa pula yang datang tu?" tanya Yerin yang sedang memasak. "Yein-ah! Tolong buka pintu,"

"Nae," adik Yerin, Yein melangkah keluar dengan headphone di kepalanya. Dia membuka pintu.

"Oh. Yein," tegur Soonyoung. Yein menurunkan headphonenya.

"Oh. Soonyoung sunbae," balas Yein.

"Yuju ada datang sini?" tanya Soonyoung. Perkara yang sama terus ditanya.

"Ah. Yuju eonni-"

"Apahal kau datang?" tanya Yerin mematikan kata-kata Yein. Yerin memandang ke arah Yein. "Masuk,"

Yein pun dengan patuhnya melangkah masuk. Tetapi, dia masih lagi mencuri dengar perbualan Yerin dan Soonyoung.

"Yuju-"

"Dia tak ada datang," kata Yerin. "Kenapa kau tak tunggu je dia kat rumah. Mana tahu dia akan balik?"

Adakah dia mencariku?

"Geurae?" tanya Soonyoung.

"Dah. Balik. Shu!" halau Yerin. Dia menutup pintu sebaik sahaja Soonyoung pergi.

Don't Wanna Cry [svt hoshi malay fanfic]Where stories live. Discover now