"A-apa?" tanya Soonyoung bagai tidak percaya dengan apa yang dia dengar.
"Dia bukan Yuju, Soonyoung. Dia Choi Yuna," kata Joshua yang baru muncul di situ.
"Tak. Tak mungkin. Dia Yuju! Dia Yuju saya!" laung Soonyoung.
Hatiku tak mahu mendengar apa yang aku mahu
"Dia Choi Yuna, Soonyoung-ah," kata Jiyeon. "Dia yeochin (teman wanita) Seokmin dari 2 tahun lepas,"
"Aniyo (tak). Dia memang Choi Yuju!" laung Soonyoung. Dia masih berdegil mahu gadis itu menjadi gadisnya.
"Choi Yuju ialah kakak kembar saya," kata Yuna.
Dia mengeluarkan telefon bimbitnya lalu menunjukkan gambarnya bersama seorang lagi gadis dengan wajah serupa.
Soonyoung cepat-cepat mengambil telefon bimbit Yuna. Dia menggeleng.
"Tak. Tak mungkin. Kau Choi Yuju!" laung Soonyoung.
"Sedarlah, Soonyoung!" laung Joshua. "Yang berdiri kat depan kau ni, Choi Yuna. Bukan Choi Yuju. Ini Choi Yuna, teman wanita Seokmin,"
"Habis tu, mana Yuju? Mana Yuju aku?" tanya Soonyoung.
Joshua dan Jiyeon bertukar pandangan.
"Yuju eonni dah tak ada dengan kita semua," kata Yuna.
YOU ARE READING
Don't Wanna Cry [svt hoshi malay fanfic]
Short StoryI need to find you I need to find you If I cry now I might not see you ever again 15 Jun 2017 - 15 Jun 2017 Hoshi's birthday special 15-shots!