15 - I will meet you

400 39 1
                                    

Soonyoung memandang ke arah makam Yuju. Ia sudah 1000 hari mereka bersama. Jadi, Soonyoung mengambil keputusan untuk melawat makam Yuju.

Soonyoung membawa bunga. Dia juga memakai tuksedo yang cantik.

"Annyeong, uri cheonsa (hai, malaikat saya). Awak tengah perhatikan saya, kan?" tanya Soonyoung.

Soonyoung hanya senyum. Dia menyentuh gambar Yuju pada makam itu.

"Saya cuba untuk lupakan awak. Tapi, nampaknya macam saya tak boleh," kata Soonyoung. "Saya juga tak boleh bencikan awak macam mana awak minta,"

Yuju ada memberitahu Sujeong yang dia tidak mahu mereka memberitahu Soonyoung tentangnya kerana dia tidak mahu Soonyoung terlalu merindukannya. Dia tidak mahu Soonyoung sedih kerana kehilangannya.

Yuju mahu Soonyoung membencinya. Yuju mahu Soonyoung cepat melupakannya dan untuk meneruskan hidup.

"Hari ni, hari ke 1000 kita," kata Soonyoung. "Saya nak jumpa awak,"

Setelah melawat makam Yuju, Soonyoung membeli sebuah kek dan ditulis 'Happy 1000th Day Yuju Soonyoung' di atasnya.

Soonyoung pulang ke rumah dan terus menyalakan lilinnya. Soonyoung mengambil pisau dari laci.

Soonyoung meletakkan gambar Yuju di hadapannya.

Bila separuh dariku hilang bagaimana aku boleh hidup sebagai satu

"Yuju-ya. Oppa akan menemui awak," kata Soonyoung. Dia memiup lilin yang dipasang lalu tersenyum.

Don't Wanna Cry [svt hoshi malay fanfic]Where stories live. Discover now