Soonyoung berjalan di jalan yang selalu dia lalui bersama Yuju. Selalunya dia bersama-sama dengan Yuju. Sekarang dia sendirian.
Jalan yang selalu aku lalui
Terasa seperti asing bagikuSoonyoung memandang ke arah pasangan yang berjalan di jalan itu. Sambil bergandingan tangan.
Dia juga pernah begitu. Bersama Yuju. Tapi sekarang, jalan ini pun terasa asing.
Aku bertanya kepada diriku sendiri
Adakah ini jalan yang selalu aku laluiTanpa Yuju, semua terasa asing baginya. Ia menyakitkan. Dia perlu terus mencari Yuju.
Dia perlu tahu kenapa Yuju tiba-tiba meninggalkannya. Dia perlu tahu kenapa Yuju menyiksanya seperti ini.
Sudah beberapa mingu. Soonyoung habiskan hanya untuk mencari Yuju. Masih. Dia tidak menemui sebarang petunjuk tentangnya.
"Soonyoung-ie?" tanya seseorang. Soonyoung menoleh. Ianya Junhwi!
"Omo! Junhwi! Bila kau balik?!" tanya Soonyoung. Junhwi balik ke kampung halamannya di China selepas tamat pengajian.
"Baru beberapa hari. Lama juga aku tak ada kat sini," kata Junhwi.
Soonyoung mahu bertanya tentang Yuju kepada Junhwi. Tapi, Junhwi tahu apa?
YOU ARE READING
Don't Wanna Cry [svt hoshi malay fanfic]
Short StoryI need to find you I need to find you If I cry now I might not see you ever again 15 Jun 2017 - 15 Jun 2017 Hoshi's birthday special 15-shots!