Sebulan kemudian,
Segalanya seperti biasa di kelas 3-E cuma....sunyi sedikit tanpa 3 orang gadis yang selalu menghuru-harakan kelas ni dengan perangai pelik mereka. Marah, gembira, menakutkan dan sebagainya. Sekarang semuanya dah takde. Sejak dari hari itu, kami tidak dapat langsung berjumpa malah contact dengan mereka.
Kami dah minta Ritsu untuk mencari maklumat tentang mereka tapi malangnya kesannya membawa buruk pada Ritsu. Ritsu telah digodam dan membuatkannya telah menerima maklumat yang salah. Kami semua pernah sepakat untuk melawat sekolah mereka tapi....
"Apa kata kita pergi sekolah mereka?" Cadang Isogai.
"Kamu gila?! Sekolah itu dilarang membawa masuk pelajar macam kamu!" Marah Irina sensei tiba-tiba jerkah masuk ke dalam kelas. Karasuma pun ada.
"Kenapa pula?" Soal salah seorang pelajar.
"Itu kerana Japan High School mempunyai kawalan yang SANGAT ketat. Jika kamu tertangkap nanti, mereka akan terus tembak kamu tanpa belas kasihan." Kata Karasuma sensei tegas. Irina sensei mengangguk setuju.
"Sekolah itu hanya khas untuk pembunuh upahan yang mempunyai lesen asli....jika kamu takde mereka akan terus bunuh kamu," kata Irina lagi.
"Habis tu? Kita takkan tak buat apa-apa?" Soal Kurahashi. Pelajar yang lain bersetuju.
"Saya cadangkan agar kita lupakan saja tentang hal ni...kita tak boleh masuk campur dalam hal mereka...kerana itu akan membuatkan kerajaan akan membangkang," kata Karasuma sensei. Pelajar yang lain tidak ada pilihan selain bersetuju untuk diam saja.
Kini, segalanya sunyi...Korosensei? Kami masih lagi tak dapat bunuhnya...tapi kalau ada mereka sudah tentu kami boleh minta pertolongan mereka dalam plan membunuh korosensei tapi kini semuanya hancur saja....
Banyak persoalan yang berlegar dalam kepala kami waktu tu...
Siapa pelajar Japan High School?
Apa tujuan mereka ke sini?
Kenapa mereka banyak berahsia dari kami?
...dan kenapa adik aku termasuk sekali dalam pelajar itu?
Semua persoalan ini tidak akan terjawab dan akan kekal misteri sampai bila-bila...bagaimanakah keadaan mereka bertiga di sana agaknya? Harap mereka baik saja.
***
Yume pov
"Haihhh...," keluhku yang kini sedang membuat peralatan membunuh yang baru dan canggih. Sejak kejadian tu, pengetua telah mengatakan yang dia telah membuat kesilapan memberi kami misi yang merbahaya.
Kami berdua telah dibawa masuk ke dalam kereta yang dipandu oleh Shooter, abangku. Sepanjang dalam kereta itu kami tak bercakap sepatah pun. Yang lelaki pun sama. Takaoka sensei disimpan di dalam bonet kereta dan akan dibawa ke pusat military semula.
"Kami buat macam ni sebab pengetua panggil korang," kata Shooter memecahkan suasana. Aku dan Hikiko hanya mengangguk je. Kami rasa kami dah tahu apa maksudnya. Sekali lagi kami diam dalam kereta itu sehingga kami tiba di Japan High School.
"Hmm, rindunya aku kat sekolah ni..." luah Hikiko. Aku hanya mengangguk saja.
Setelah sampai, Shooter memparkir keretanya di tempat kereta dan membawa kami keluar. Suasana di sekolah sangat sunyi...macam biasa jadi kami terus masuk dan menuju ke bilik pengetua.
Kelihatan pengetua sedang duduk di atas kerusinya sambil bertongkat dagu...memandang kami dengan serius. Yup, tak payah cakap dah apa maksudnya.
YOU ARE READING
Assassin's Team! (Assassination Classroom)
FanfictionSilent Assassin, Cold Assassin dan Dead Gamers adalah pembunuh upahan yang dihantar oleh pengetua sekolah Japan Assassin High School untuk membunuh satu makhluk raksasa yang meletupkan separuh bulan dan seorang Prof. yang menciptanya. Setiap daripad...