Arina senyum sampai ke telinga membuatkan Haiqal berasa hairan.
"Apa senyum sorang-sorang tu?" Haiqal menegur Arina yang senyum serupa macam beruk masuk hutan.
"Bahagia!" Arina masih tersenyum tak ingat dunia.
"Share lah sikit" Haiqal meminta Arina untuk bercerita. Apalah yang bahagia sangat. Nak kata berat turun; tak kot. Budak ni mana kisah, asyik makan je. Nak kata dapat hadiah; peraduan apa je join. Dahlah, kau dengar je Arina cerita. Sabar eh.
"Awak.... tahu tak..... alah malulah nak cerita" Arina menutup muka. Mengada. Cerita jelah. Geram pula Haiqal. Cubit karang.
"Ceritalah cepat" Haiqal buat muka comel.
"Alololo, comelnya muka dia ni" Arina seolah-olah ingin mencubit pipi Haiqal. Haha. Bukan ada isi pun nak cubit. Harap kulit dengan tulang saja.
"Cepatlah cerita" Haiqal sudah tidak sabar.
"Ok ok. Dulu.... jangan tengok muka saya, malulah" Arina menolak lembut pipi Haiqal. Haiqal menjeling ke atas. Mengada betul. Haiqal mengambil bantal kecil dan menutup mukanya "Dah"
Arina tergelak kecil. "Macamni, dulu saya pernah minat seorang lelaki ni. Dia sama sekolah dengan saya tapi tua setahun. Muka dia boleh tahan...... . Nak tahu tak siapa? Awak mesti kenal punya" Arina dah semangat cerita. Terus hilang malu dia. Tiba-tiba pula Haiqal gelak. Ini dah kenapa. Arina garu kepala. Dia terus menarik bantal kecil yang menutup muka Haiqal.
"Hahahahaha.... sorry, terbayang benda kelakar tadi. Ehem, hah siapa?" Haiqal kembali fokus. Muka Arina mula memerah dan tangannya menutup kembali muka Haiqal.
"Nama dia.... Muhammad Haiqal Shafiq bin Zamri. Kenalkan?" Arina merenung bantal yang menutup muka Haiqal. Sekali lagi, Haiqal ketawa.
"Awak ni, dari tadi asyik gelak je" Arina memukul bantal tersebut.
"Saya tahu. Kenal sangat. Saya dah tahu dari dulu lagi. Nampak gila, awak selalu usha budak itukan?" Haiqal masih dengan sisa tawanya.
"A..wak.... perasan ke?" Arina terkejut. Aduh, malunya.
"Perasanlah. Sampai tersadung jalan usha budak itu" Haiqal ketawa lagi.
"Kawan-kawan awak pun?" Arina cuba menahan malu. Mana bantal nak tutup muka.
"A'ah. Dioranglah yang perasan dulu. Kenapa usha sampai tersadung hah? Saya ni hensem sangat eh" Haiqal mula puji diri. Arina tersengih. Malu makin menggunung-gunung.
"Eleh, awak tu pulak! Mesti suka saya dari dulukan. Kalau tak, takkan lah tiba-tiba nak meminang saya" pandai eh cover line. Biasalah, siapa tak kenal Arina. Eceh.
"Takdalah. Saya pun tak tahu nama awak dulu. Sebab tahun itu tahun last saya. Mana jumpa dah. Tak sempat nak stalk awak" Haiqal membiarkan Arina yang muka dah merah macam kena masak. Haiqal menutup mulut menahan lagi tawa. Comellah Arina ini. Malu je kerja.
"Tipu" Arina tidak percaya dan berpaling. Muka dah rasa macam nak meletup ni.
"Betullah. Series. Allah yang bagitahu awak itu jodoh terbaik untuk saya. Jadi, saya carilah awak" Haiqal cuba nak buat Arina percaya. Arina bangun menuju ke pintu. Kenapa pula tu? Haiqal mengekori Arina. Arina terus membatu di pintu. Peliklah Arina ini. Haiqal menarik Arina sehingga Arina betul-betul menghadap Haiqal. Eh!
"Lah... kenapa nangis ni?" Haiqal bertanya hairan sebaik sahaja melihat mata Arina merah dan pipinya terdapat air jernih mengalir laju.
"Sampai hati...." Arina berkata perlahan. Haiqal terus memeluk tubuh Arina. Haiqal dah lah tak pandai nak pujuk bagai-bagai ni. Peluk jelah mampu.
"Sampai hati tak kenal. Saya stalk awak sampai awak habis sekolah pun saya stalk awak. Saya sentiasa redha kalau awak itu bukan jodoh saya tapi saya sentiasa mengharap sampai saya rasa tak ada guna saya mengharap.
"Awaklah lelaki pertama yang buat saya jatuh cinta. Awaklah lelaki pertama yang buat saya tak tenang. Awaklah lelaki pertama yang saya usha hari-hari. Saya cari hari-hari muka awak. Bila awak dah keluar sekolah, saya rindu semua itu sampai sakit masuk hospital. Jadi saya fikir saya tak boleh hidup tanpa awak.
"Bila saya sedar balik, itu semua untuk menghapus dosa yang saya buat waktu awak masih sekolah dekat situ. Waktu itu, saya rasa macam-macam. Semua perasaan nak datang buat saya macam orang gila. Dan akhirnya, bila awak masuk merisik saya rasa macam saya tengah berimaginasi. Rasa macam hidup dalam dunia sendiri sedangkan itu realiti. Bahagia rasa macam nak pergi angkasa. Tapi bila awak cakap macam tu, saya rasa malu dan saya rasa macam awak tak rela nak kahwin dengan saya" Arina mengelap air matanya. Haiqal merenung muka Arina. Haiqal tersenyum. Dia menyelak rambut Arina dan diselitkan ke telinganya.
"Kesiannya dia. Mestilah saya rela malah memang saya nak pun. Kantoi eh selalu stalk, rindu-rindu, selamat tak habis bulu mata ni. Saya pula....tak tahulah tiba-tiba jatuh cinta dengan awak. Tapi tak kenal pun saya tetap ingat tahu. Jatuh tersadung sebab usha saya. Kawan-kawan saya pun takdalah ingat tapi diorang cam lah muka awak. Terima kasihlah sebab sanggup tunggu saya" Haiqal masih tersenyum.
Arina memandang ke lantai. Malu nak tentang mata Haiqal. Haiqal pun satu, tak payahlah nak tenung muka Arina dalam-dalam. Tak flawless.
"Lega?" Haiqal bertanya setelah sunyi beberapa detik. Arina mengangguk perlahan.
"Dah lama saya nak bagitahu benda ni. Sebelum kita kahwin lagi. Akhirnya, terlepas juga" Arina menghembus lega.
"Erm.... kawan awak tahulah budak itu saya?" Arina meminta kepastian. Haiqal mengangguk. Okay malu lagi.
'Tak kisahlah kantoi ke tak kantoi ke, crush aku dah jadi suami yang halal untuk aku. Semoga kita berkekalan sampai syurga tau Haiqal' Arina bermonolog sendirian. Bahagia.
The End
Dont forget vote and comment okay. Thank guys.
YOU ARE READING
Kisah Asduria
Short StoryAsduria. As untuk asam. Du untuk madu. Ria untuk peria. Pelbagai kisah dikongsikan. Sama ada kisah yang menggembirakan atau yang mendukakan. Sekadar cerita daripada insan yang tak sempurna. Masih banyak kekurangan yang perlu diperbaiki. Masih ja...