Dera (1)

16 0 0
                                    

Aku baru sampai di villa baru kami. Ayah aku sewa untuk kitorang bercuti dekat sini sebab dia ada projek kawasan sini. Villa ini terletak di kaki pergunungan. Cantik sebab dekat dengan laut.

Aku berdiri di hadapan villa tersebut. Ada satu perasaan aneh yang muncul dari diriku. Aku memeluk tubuhku. Angin sejuk menyentuh kulitku. Villa ini daripada kayu papan.

"Woi budak, kau jangan nak tercegat dekat situ. Angkat barang ni" Teriak seorang perempuan. Aku menoleh acuh tak acuh. Dia menunjukkan bagasi-bagasi yang terletak di tepi kereta. Dengan malas aku melangkahkan kaki ke arah beg itu.

"Angkat cepat. Bawa masuk dalam bilik aku" perempuan itu memberi arahan dan berlalu masuk ke dalam dengan lenggok mak datin. Aku mencebik. Pemandu kereta ayahku mengeluarkan beg dari belakang kereta.

"Takpe dik, pakcik angkatkan" pelawa pakcik tersebut. Aku memanggilnya Pak Hasan.

"Pak Hasan angkat sampai depan pintu jelah. Nanti saya bawa masuk rumah" Pak Hasan hanya mengangguk. Aku mendapatkan adikku yang masih berada di dalam kereta yang sedang memeluk erat patung beruangnya. Aku melihat dia sedang memandang ke arah depan dan tidak menyedari kehadiranku. Aku menggoncangkan tubuhnya. Dia memandang ke arahku dengan riak wajah yang takut. Aku memandang ke tempat yang adik aku pandang tadi. Tiada apa-apa. Aku menarik perlahan tubuhnya untuk keluar dari kereta.

"Kenapa ni Laila?" Aku bertanya apabila dia tak nak bergerak seinci pun. Dia hanya menggeleng. Seraya itu dia terus memeluk aku. "Takut".

Satu perkataan yang membuatkan aku lebih seram tentang villa ini. Aku menenangkan Laila dan membawanya keluar dari kereta. Pintu kereta aku menutup rapat. Laila masih erat memeluk aku. Aku menarik bagasi yang sudah berada di pintu. Aku mengucapkan terima kasih kepada Pak Hasan. Laila masih tidak mahu melepaskan aku. Aku menarik bagasi itu menaiki tangga rumah. Laila melepaskan pelukannya dan menolong aku mengangkat bagasi itu. Setelah sampai di tingkat atas, kami menarik bagasi itu ke bilik yang berada di sebelah kanan.

"Laila duduk sini kejap ye. Kakak nak bagi beg ni dekat aunty Syaz" Laila hanya mengangguk perlahan. Tarik nafas lepas. Aku ketuk pintu itu. Kedengaran suara menyahut. Aku membuka pintu perlahan dan menarik masuk bagasi tersebut. Tak sanggup untuk aku melihat wajah wanita tersebut.

"Kau pahal lambat sangat? Sini kau budak." Aunty Syaz menarik rambut aku kuat. Aku tak sempat nak lari. Apa yang mampu aku cakap "Argh sakit aunty"

"Sakit, aku tunggu punya lama baru kau sampai sekarang. Eh, aku lagi sakitlah nak menunggu kau. Ni, baru satu beg. Beg aku ada 3 kau tahu tak. Pergi ambil sekarang". Dia melepaskan rambut aku kasar. Hampir terjatuh aku dibuatnya. Air mata aku hampir terkeluar akibat menahan sakit tadi. Aku terus keluar dan menarik Laila untuk mengangkat lagi dua beg kepunyaan mak tiri aku. Ya, dia mak tiri aku. And since our first met, memang aku benci dia gila-gila. Depan bapak aku, pijak semut pun tak mati, tapi bila bapak aku takda perangai macam ....... tak payahlah nak cakap kan.

Aku mengangkat lagi dua beg untuk dibawa kepada witch tak guna tu.

"Kakak, meh Laila tolong." Pelawa Laila dan meletakkan patung beruangnya ke bawah bersama beg kami. Tangannya cuba menggapai beg yang aku bawa. Aku hanya tersenyum dan memberinya beg yang lebih kecil untuk dibawa. Punya berat beg nenek sihir ni. Sabar jelah mampu.

Kami melangkah bersama menaiki tangga tersebut. Setelah sampai ke bilik aunty Syaz, aku tak bagi Laila ikut sebab aku takut kalau dia pun kena macam apa yang aku kena. Aku mengangkat beg itu masuk ke dalam bilik aunty Syaz. Aku meletakkan beg itu bila pompuan tu tengah sibuk nak selfie bagai. Aku terus angkat kaki meninggalkan nenek sihir itu.

"Eh, Linda! Bapak kau datang pukul berapa?" Tanyanya kasar tanpa memandang ke arahku. Oh, lupa nak bagitahu nama aku Linda. Tak payah kot tahu nama panjang.(hohoho sebenarnya author yang malas nak pikir)

Kisah AsduriaWhere stories live. Discover now