Koma

14 0 0
                                    

Rayyan menghempaskan pintu. Dia terus masuk ke dalam keretanya. Puan Zainab hanya mampu menitiskan air mata. Beribu sesalan datang menghinggap kepala puan Zainab. Seorang wanita menenangkan puan Zainab yang kelihatan sungguh tak bermaya.


~~~~~


Kereta meluncur laju membelah jalan raya. Fikirannya serabut. Tidak tahu mahu ke mana. Tangannya dihempaskan pada stereng. Argh!

Rayyan memandu laju tanpa arah tuju. Tiba-tiba telefonnya berdering. Ditoleh ke arah telefon. Nama seseorang tertera pada skrin telefon. Hatinya semakin panas. Diambil telefon itu lalu dicampak ke bahagian kaki tempat duduk bersebelahannya.

~bbukk~

Terkejut. Terus diberhentikan keretanya. Jantung Rayyan mula berdegup laju. Dia keluar dari keretanya. Segala amarahnya terpadam begitu saja. Bagai ada satu kuasa yang menariknya ke dalam kawah serba salah. Matanya bagai digam saat melihat seorang gadis yang berlumuran darah mula dikerumuni oleh orang-orang yang ada di tempat kejadian.

Rayyan mendekati gadis yang sudah dilanggar olehnya. Bagai ada satu bisikan dari dalam dirinya menyuruhnya untuk membawa gadis tersebut ke hospital.

Seorang gadis datang lalu memeluk tubuh yang longlai itu. Dia menangis teresak-esak. Terkejut dengan nasib yang baru menimpa sahabatnya. Rayyan simpati dan cuba untuk mengangkat badan mangsa tersebut.

"Kau nak buat apa?" jerit gadis tersebut. Titisan air jernih jatuh ke atas wajah mangsa.

"Call ambulance cepat" arah seorang lelaki yang berada dua kaki dari Rayyan.

"Tak payah" tegah Rayyan dan terus merangkul tubuh gadis yang berlumuran dengan darah.

"Saya ikut. Saya kawan dia" kata seorang gadis dengan esakan tangis yang masih belum habis. Bajunya juga telah dipenuhi darah.

"Encik, lebih baik cepat. Takut kalau tiada tindakan awal, keadaan mangsa akan lebih parah" pesan seorang lelaki yang kelihatan umurnya dalam lingkungan 40-an.

Rayyan mengarah gadis yang ingin mengikutnya itu untuk meletakkan plastik di bahagian belakang. Gadis tersebut hanya akur. Apabila mereka sudah masuk ke dalam kereta, kereta Rayyan terus meluncur laju ke hospital Putrajaya.

Sesampai sahaja di hospital, gadis tersebut terus di bawa ke bahagian kecemasan. Gadis yang dikenali sebagai kawan mangsa mendaftar di kaunter. Rayyan duduk di tempat menunggu. Kepala yang tadi serabut kini bertambah serabut.

~setengah jam berlalu~

Seorang wanita lebih kurang 50-an datang dengan wajah yang cemas. Mungkin ibu gadis yang dilanggarnya tadi. Dia menghampiri gadis yang masih lagi dalam esak tangisan. Sekarang gadis itu sedang dirawat di dalam bilik pembedahan.

"Encik, kenapa encik langgar anak saya?" Tiba-tiba sahaja wanita tersebut menyergah Rayyan.

"Saya tak sengaja" jawab Rayyan acuh tidak acuh. 'Aku dah hantar anak dia pergi hospital, takkan tak reti nak bersyukur kot' rungut Rayyan di dalam hati.

"Memandangkan keluarga Mira dah sampai, saya balik dululah" pamit Rayyan. Dia tahu nama gadis tersebut kerana terdengar perbualan mereka.

"Encik tak boleh pergi. Encik mesti bertanggungjawab ke atas anak saya.
Dialah satu-satunya anak perempuan yang saya ada. Kalau anak saya meninggal, saya nak encik bertanggungjawab" tegah ibu Mira. Seorang lelaki yang kelihatan lebih tua cuba untuk menenangkan ibu Mira. Rayyan terkejut. Tetapi, entah kenapa hatinya ikutkan sahaja kata-kata ibu Mira.

Kisah AsduriaWhere stories live. Discover now