Kecelaruan Identiti

13 0 0
                                    

Hairi mengintai dari tingkap. Kelihatan dua orang yang memakai topeng sedang memanjat pagar rumahnya. Seorang berbadan agak besar (Si Besar) dan seorang lagi yang kelihatan agak kurus (Si Kurus). Masing-masing membawa parang.

Hairi menutup suis utama rumah. Elektrik terpadam dan rumah keseluruhan menjadi gelap serta merta. Si Besar dan Si Kurus terkejut namun mereka tidak mencurigai apa-apa.

Hairi kembali mengintip mereka dalam keadaan yang sangat gelap. Entah bagaimana dia mampu melihat kelibat dua orang tersebut. Mereka berdua menuju ke arah pintu. Hairi mula bertindak.

Si Besar memulas tombol pintu utama rumah Hairi. Dia agak terkejut. Pintu tidak berkunci. Si Besar menyuruh Si Kurus masuk terlebih dahulu. Tanpa amaran, Hairi terus menendang tepat pada dada Si Kurus yang baru sahaja masuk. Si Kurus terpelanting dan kepalanya terhentak pada bucu meja. Parang yang berada di tangannya juga tercampak.

Hairi menoleh ke arah Si Besar. Si Besar cuba menyerang Hairi dengan parang  namun Hairi lebih pantas menyepak tangannya yang memegang parang. Parang tersebut juga terpelanting.

Si Besar kelihatan marah dan mahu lagi menyerang Hairi. Dalam kesamaran cahaya, tindak-tanduk Hairi lebih tangkas berbanding Si Besar. Si Besar tidak dapat membaca kedudukan Hairi dengan tepat apabila dia mahu menyerang. Tanpa disedari, Hairi mencengkam tangan Si Besar dan menghempasnya pada dinding. Si Besar mengerang kesakitan.

Si Kurus yang pengsan sedar semula. Dia mengambil parangnya yang tercampak. Dengan langkah yang perlahan, dia mengangkat tinggi parang tersebut dan badan Hairi menjadi sasaran baginya.

Hairi berpusing dan mengelak. Tiba-tiba kepalanya pusing. Dia melihat keadaan rumahnya. Terkejut dengan kewujudan dua orang asing di dalam rumahnya.

Si Besar sudah mula bangun. Hairi menapak ke belakang. Cuba mencari akal untuk lari. Bahunya tersentak tatkala tubuhnya melanggar almari buku. Kini, Hairi sudah dikepung. Dua orang tersebut semakin dekat mengecilkan kepungan. Mereka berasa hairan tetapi sangat seronok melihat perubahan Hairi. Badan Hairi menggigil. Bermacam-macam suara singgah di kepalanya. Memori kembali terlayar di benak fikirannya.

Perubahan drastik berlaku lagi. Hairi menggapai topi keledar miliknya lalu menghempasnya pada kedua-dua kepala pencuri tersebut. Topi keledar tersebut dibaling ke arah Si Besar dan tepat mengena pada dadanya. Si Besar menahan kesakitan pada dadanya.

Hairi menyerang pula Si Kurus. Dia menumbuk muka Si Kurus dengan sangat kuat. Si Kurus jatuh menelentang. Dia tidak mampu menahan kesakitan pada kepalanya.

Hairi mengambil parang di tangan Si Kurus. Tanpa berfikir panjang, parang tersebut terus menembus leher Si Kurus. Darah merecik daripada mulut Si Kurus. Matanya terbuntang. Hairi menarik parang tersebut keluar dari leher Si Kurus. Darah terhambur keluar bagaikan air pancut. Tawa Hairi pecah kerana puas. Matanya beralih pula pada Si Besar yang hanya melihat kejadian tadi.

Tubuh Si Besar menggigil. Takut, terkejut, buntu menyelubungi dirinya. Dia ingin lari namun entah mengapa tubuhnya seolah-olah kaku.

Hairi mendekati Si Besar dengan parang yang berlumuran darah digenggam olehnya. Tanpa belas kasihan, muka Si Besar dijadikan sasaran. Dihiris menyebabkan Si Besar menjerit kesakitan. Perbuatannya diteruskan dengan menghiris pula tubuh Si Besar. Untuk menamatkan agenda ini, leher menjadi sasaran terakhir. Leher dihiris banyak kali sehingga akhirnya Si Besar terdiam. Dia sudah mati. Darah memenuhi kawasan tersebut.

Tiba-tiba parang tersebut terlepas dari pegangannya. Dia berundur ke belakang. Sifatnya yang takut darah kembali. Tangannya menggigil saat mata melihat dua mayat di hadapannya. Nafas tidak teratur. Fikiran mula bercelaru.

Hairi rebah.

Kisah AsduriaWhere stories live. Discover now