Aku Harina. Kawan-kawan aku semua panggil aku Ina. Aku orangnya agak pendiam sikit. So ramai kata aku sombong tapi aku biasa saja. Bila aku dengan kawan-kawan rapat aku, aku agak gila sikit. Bagi aku diorang tak kenal aku, lantaklah diorang kan.
Dalam hidup aku semua okey kecuali dengan seorang makhluk ini. Semua orang kenal dia sebab dia 'playboy' paling tegar dalam sekolah. Hampir setiap bulan dia tukar awek. Kadang-kadang itu, dua awek dalam satu masa. Dia memang gila. Dan semua 'ex' dia pun sama gila. Mungkin sebab dia berharta. Orang kata sebab dia sweettalker. Aku pun malas nak ambil tahu pasal mamat ini. Meluat aku tengok semua perempuan terhegehkan dia.
Aku benci mamat ini sebab dia dah lukakan kawan aku. Macam mana aku tak marah. Ada ke patut dia suruh kawan aku pulangkan balik semua hadiah yang dia pernah bagi. Alasan dia kawan aku tak pandai nak menghargai. Jadah dia. Sejak itu, aku memang akan perli dia setiap kali kitorang bertembung. Padanlah muka kau. Siapa suruh sakitkan hati member aku.
Aku kalau boleh nak tubuhkan Hater's Hilman Club. Aku nak boikot dia. Biar dia rasa.
One day, aku dengan Hilman itu bertegang urat. Benda kecil sahaja, tapi disebabkan dia musuh abadi aku, aku memang gaduh dengan dia tahap memang ajak perang. Sebabnya malas nak cerita.
Readers: alah.... Author ceritalah😫😫😫😫😫😫😫😫
Me: ........
Readers: 😣😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😵😵😵😵😵😵😵
Me: yelah yelah😒
Waktu itu aku tengah punya semangat sebab ada orang nak belanja rehat ini. Kalah dalam permainan punya pasal. Tengah semangat berjalan pergi kantin tak perasan orang tengah lalu bawa air. Apalagi, berlanggarlah kitorang. Lepas itu, punya cantik dia punya ayat bikin aku panas...
"Janganlah beria sangat nak jumpa aku sampai pura-pura langgar. Habis kotor baju aku ini." Kata lelaki itu dengan nada agak sinis. Aku elok punya bahagia nak pergi kantin, ada pula valak tak guna ini ganggu ketenteraman aku. Aku pun tak nak mengalah dengan si Hilman ini.
"Kau fikir aku heran ke dengan buaya macam kau ni? Eh, boleh berambuslah!" Bidas aku.
"Marah betul. Tak rasa bersalah ke?"
"But apa aku nak rasa bersalah dengan orang macam kau!"
Hilman tersenyum sinis.
"Baju aku kotor disebabkan ada manusia tak sedar diri dekat sini."
"Kau fikir kau sorang aje? Habis, tudung aku tak kotor kena air kau?!" Kaira dan Imah cuba menenangkan aku. Tapi kemarahan makin meluap-luap bila teringatkan apa yang dah jadi dekat Imah.
"Imah! Kau boleh bertenang lagi tengok jantan tak guna ni?!" Marah aku tetapi suara aku tidak ditinggikan.
"Kau jangan nak kutuk Hilman eh! Kau itu tak layak nak cakap dia macam itu." Sergah seorang perempuan. Busybody betul. Aku cepuk juga mak cik ini. Huh, nampaknya datang dah fans buaya tak sedar diri ini. Gediknya diorang semua. Meluat mata aku tengok kegedikan makhluk-makhluk yang hanya nak kejar duit Hilman itu.
"Orang kata jangan benci sangat, nanti boleh jatuh sayang." Kata Hilman lagi membuatkan aku tak mampu lagi nak menahan. Gelombang dada aku jadi tidak stabil. Muka aku dah merah habis.
"Fikir aku hamak ke dengan jantan tak guna macam kau ini! Mat Bangla pun lagi baguslah dari kau. Setakat nak menghabiskan duit mak bapak kau semata-mata nak menunjuk kat perempuan-perempuan ini, boleh pergi mampuslah. Kesian aku tengok kau ini, macam tak cukup kasih sayang sampai menadah kasih budak-budak sekolah ini. Tak sampai tiga hari dah ada yang baru, lepastu suka hati kau saja nak buang diorang. Semua sebab buta tengok poket kau yang tebal itu dengan ayat-ayat manis kau itu. Boleh pi mampuslah dengan semua benda alah itu. Aku tak hamak pun dengan semua itu. Dasar buaya darat tak reti bersyukur." Habis panjang lebar aku membebel. Penat tapi puas. Muka Hilman dah tegang tahap sepuluh. Tak payah dah pakai Safi Rania Diamond ke Qu Puteh.
YOU ARE READING
Kisah Asduria
Short StoryAsduria. As untuk asam. Du untuk madu. Ria untuk peria. Pelbagai kisah dikongsikan. Sama ada kisah yang menggembirakan atau yang mendukakan. Sekadar cerita daripada insan yang tak sempurna. Masih banyak kekurangan yang perlu diperbaiki. Masih ja...