Hari Raya

24 0 0
                                    

Salina menggantung tudungnya yang sudah digosok. Dia kemudian mengambil baju melayu dan dibentang di atas papan seterika.

"Kak, mana baju Ara?"

"Situ, belakang baju kak." Sarah mengambil bajunya dan terus keluar daripada bilik. Salina menggantung baju melayu yang sudah digosok tadi. Kemudian dia menggosok seluarnya pula.

Siap menggosok semua baju, Salina mencapai tualanya dan terus melangkah ke bilik air.

"Kak, nak butang baju." Salleh mengetuk-ngetuk pintu Salina.

"Ada kat atas meja depan cermin." Salina menjawab sambil mencuci mukanya. Setelah itu, dia membilas wajahnya lalu dia mengeringkan wajahnya dengan tuala bersih.

"Mana?"

"Kak!"

"Sinilah." Salina yang baru sahaja keluar daripada bilik air terus menuju ke arah adiknya yang berusia 10 tahun. Dia membuka kotak lutsinar yang berisi butang baju melayu. Butang itu diambil lalu dipasang pada baju Salleh.

"Dah siap." Salina menutup kotak tersebut.

"Hensem tak adik?" Salleh membuat tanda pistol dengan tangannya dan meletakkannya di bawah dagu. Perbuatan comel Salleh membuatkan Salina tergelak.

"Hensem. Dah pergi makan dulu. Nanti akak datang."

"Okay." Salleh keluar dari bilik Salina. Salina menyarungkan baju kurung berwarna coklat ke tubuhnya. Rambutnya disikat dan diikat sanggul rapi. Salina melihat dirinya dalam pantulan cermin. Dia menarik nafas dalam dan melepaskannya. Hati rasa sayu.

"Mana kak Ara?" Salina mengambil tempat di sebelah Salleh. Dia mengambil nasi impit yang sudah siap dipotong dan diletakkan di atas pinggan.

"Baru je habis makan." Salleh sambung menyumbat nasi impit ke dalam mulutnya.

"Pelan-pelan makan tu nanti tercekik." Salina menegur adiknya yang gelojoh makan. Jam menunjukkan 7:50 pagi. Masih ada masa nak makan sebelum pergi solat sunat aidilfitri. Lagipun sunat jamah makanan sebelum menunaikan solat sunat raya aidilfitri. Salina memasukkan nasi impit bersama kuah kacang ke dalam mulut. Sedapnya. Dia memejamkan matanya. Mengingat kembali semua kenangan yang sudah tinggal kenangan. Salina cuba menguatkan hati. Ditahannya air mata agar tidak mengalir.

"Kak, okay tak tudung Ara?" Sarah membetulkan tudung bawal miliknya. Salina tersentak terjaga daripada lamunan.

"Okay dah tu."

"Awalnya siap. Pak Ngah lambat lagi nak sampai." Sarah hanya menyengih.

"Nak telefon kak."

"Dalam bilik." Sarah berlalu menuju bilik. Salina menyudahkan nasi impit yang masih berbaki di dalam pinggannya. Salleh juga menghabiskan lemang yang berada di pinggannya. Selesai makan dan mengemas meja, Salina segera bersiap. Telekung yang tergantung kemas diambil lalu dimasukkan ke dalam beg.

"Ara, dah ambil telekung?"

"Dah."

Telefon berdering. Sarah terus menggeser butang hijau sebaik sahaja melihat nama pemanggil

"Assalamualaikum, pak Ngah dah sampai."

"Waalaikumsalam, okay pak Ngah."

Telefon ditutup.

"Pak ngah dah sampai?" Salina memandang adiknya.

"Haah, jom. Eh, mana Salleh?"

"Kak, kak Ara, pak Ngah dah sampai." Salleh muncul di muka pintu. Sejak bila keluar pun tak tahulah.

"Jom jom." Mereka bertiga keluar daripada rumah setingkat itu. Salina mengunci pintu rumah kemudian dimangga pagar rumah. Salina memasukkan badannya ke dalam kereta Wira milik pak Ngah dan ditutup pintu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 24, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kisah AsduriaWhere stories live. Discover now