Dilahirkan dengan kuasa adalah perkara yang semua orang mahu dan aku adalah orang yang terpilih. Aku juga tidak tahu bagaimana kisah disebalik kuasaku. Aku suka dengan kuasa ini. Amazing. Tapi, salah guna akhirnya makan diri sendiri.
Reflection.
Pantulan.
Itu kuasa aku.
Aku boleh pantul balik apa yang orang buat pada aku.
Debush!
Hampir tergolek aku apabila ada seorang berbadan besar melanggar tubuhku yang molek ini. Lepas tu, dia boleh selamba dek blah macam tu saja. Aku toleh. Senyum senget aku ukirkan.
Budak gemuk tadi masih lagi berjalan. Tidak semena-mena dia terlanggar tong sampah dan jatuh tergolek. Aku cuma gelak. Padan muka!
Masuk sahaja ke kelas aku menuju ke arah meja dan duduk. Penatnya. Lepas guna kuasa ni badan rasa lenguh. Kepala dipusing untuk merenggangkan leher. Rasa nak lelap sekejap.
"Tiara..."
Terasa bahu disenggol oleh seseorang. Aku membuka mata. Seluruh kelas sedang memandang ke arah aku.
Alamak cikgu!
Kelam kabut aku bangun. Ain di sebelah sembunyi senyum. Aku tersengih memandang cikgu di hadapan. Nasib baik bukan cikgu garang. Aduhai!
Petang itu, aku agak lambat sebab ada hal. Jadinya, aku terlepas bas. Aku garu kepala yang tidak gatal itu. Alahai, macam mana ni?
Kepala ditoleh ke kiri dan ke kanan. Mana tahu ada rezeki boleh minta tumpang. Waktu nak jalan balik masuk pagar sekolah, tiba-tiba ada sesuatu yang menghalang pandangan aku.
Sesuatu yang sangat silau.
Sehinggakan aku rasa seperti berada dekat dengan matahari. Panas. Aku dapat merasakan tubuhku mula membasah. Panas tetapi tubuhku menggigil seolah aku berada di tempat yang sangat sejuk. Fikiran mula melayang. Silau tadi membuatkan diriku seolah-olah tidak berpijak pada bumi. Aku tidak mampu berfikir apa-apa.
Hilang.
Seolah-olah diriku hilang dari alam nyata.
Tiba-tiba kepalaku rasa dihentak dengan sesuatu yang sangat keras. Serentak itu aku mendengar bunyi kaca pecah. Berpusing kepala. Apa yang sudah terjadi?
×××××
"Ara..." Suara Tok menyapa telinga. Aku cuba membuka mata namun mata terasa berat. Aku dapat merasakan sesuatu yang basah melekap pada dahi.
"Heh..." Aku berbunyi akibat kain basah tadi.
"Ara! Ara dah sedar?" Tok menyoal. Aku membuka mata sedikit. Lepas itu pejam balik. Entah, aku rasa tak larat.
×××××
"Ara, bangun solat Asar. Larat tak ni?"
Aku membuka mata. Peningnya maha dasyat. Aku pandang ke sekeliling.
Eh!
Aku toleh ke arah Tok. Dahi berkerut-kerut menahan sakit kepala.
"Tadi cikgu Ara yang hantar Ara balik sebab Ara pengsan depan pagar sekolah." Tok menjelaskan tanpa sempat aku bertanya.
"Ara demam panas. Larat tak nak bangun solat Asar?" Tok kembali tanya soalan yang sama. Aku menggeleng. Tok terus hilang di sebalik pintu dan kembali dengan sebotol air. Dia membantu aku mengambil wuduk.
YOU ARE READING
Kisah Asduria
Historia CortaAsduria. As untuk asam. Du untuk madu. Ria untuk peria. Pelbagai kisah dikongsikan. Sama ada kisah yang menggembirakan atau yang mendukakan. Sekadar cerita daripada insan yang tak sempurna. Masih banyak kekurangan yang perlu diperbaiki. Masih ja...