Sebelah Mata

50 2 0
                                    

Manusia
Menyatakan sejuta soalan
Yang jawapannya satu dunia tahu
Menuding jari pada semua kecuali diri sendiri
Melontar batu lalu lari bersembunyi
Menolak jasad lemah jatuh ke tanah
Yang pernah berjanji sehati semati
Yang memilih untuk mengubati dari diubati
Yang mahu kembali kalau diberi sedikit peluang lagi
Ingatlah semula
Tersungkur di mana
Dia tidak menoleh mahupun sekali

Buta
Dengan pelangi sementara
Pada waktunya berawan mendung
yang cuma meminta secebis cahaya
Mencari bunga baru bila dia layu
Kemudian menoleh tika membajanya itu orang baharu
Menyambung tulisan yang sudah punya titik noktah
Titik noktah dia jua yang meletakkan mentah-mentah
Baru terjaga dari akal warasnya barangkali
Membuka mata
Hanya untuk mengaju sejuta soalan lagi

PutihWhere stories live. Discover now