Lilitan Sentuhan

113 7 1
                                    

Dan di samping aku berjalan di atas titian itu, ada kamu
Bertanya bersahaja buat aku alih pandangan dari gaung yang dalam
Hilai tawamu menghapuskan sisiku yang muram
Suaramu membawa aku jauh dari hiba dan didatangkan kebahagiaan
Aneh,
Aku seperti tidak mahu pejamkan mata
Juga tidak mahu untuk malam tiba
Yang berada di sepanjang langkahku, adalah kamu

Kemudian,
Genggamanmu hilang kemana
Entah ditarik kuasa apa sampai sanggup melepaskan kita
Aku berhenti melangkah
Menanti kamu menantikan aku
Aku perlukannya
Senyuman matamu
Buat aku menghabisi perjalanan itu
Tapi sayang
Sudah sejuta tahun
Cuma aku yang menanti kamu menantikan aku

PutihWhere stories live. Discover now