1 | Nash Hasnain

1K 73 8
                                    

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

Iris Marissa membuka tirai.

Iris Marissa membuka tirai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


_________________________

Kuala Lumpur.

Vrommm!

Kedengaran kuat deruman enjin kereta hitam berjenama Audi membelahi jalan bandaraya di Kuala Lumpur pada waktu pagi yang masih gelap gelita.

Si jejaka yang memandu kereta itu sempat mengerling cermin sisi melihat kereta yang dari tadi cuba memintasnya dari belakang.

Tangan yang berotot itu memperkemaskan pegangan stereng.

Jejaka si mata hazel tersebut tersenyum sinis sambil memasukkan gear dan menekan pedal minyak kuat membuatkan kereta pergi membawa laju.

Nasib pada waktu itu kurang kenderaan yang berada di jalan raya. Jadi senang mereka nak memintas dan bersaing.

Waktu pagi yang masih segar.

Namun kereta merah di belakang tetap masih mengekorinya sama laju dengan kereta hitam jejaka si mata hazel itu.

"Kau nak berlawan dengan aku ya. Kita tengok sejauh mana kau boleh."Desis hati jejaka yang bermata hazel mengerling cermin melihat kereta berwarna merah di belakang.

Jejaka si mata hazel itu mula memperlahankan kereta apabila menghampiri selekoh, lalu memberikan peluang kepada pemandu kereta merah yang sejak tadi bersaing dengan dirinya untuk maju pergi ke depan.

Kereta merah di belakang mula maju ke hadapan menyamai kereta hitam milik jejaka si mata hazel itu. Pemandu kereta merah itu sempat senyum sinis dan menekan pedal minyak meninggalkannya di belakang.

Pemandu kereta merah itu semakin senyum lebar dan ketawa jahat apabila kelibat kereta yang dilawannya ketinggalan di bahagian belakang.

Secara perlahan, lelaki itu mengerling di cermin dan memperlahankan kereta merah miliknya apabila kereta berjenama audi hitam tadi sudah jauh ketinggalan di belakangnya.

"Nampaknya aku menang". Pemandu kereta merah itu ketawa sinis sambil bersiul. Walaupun dalam hatinya sebenar takut dan gerun kerana memandu kereta dengan laju.

Namun jantung hampir terkeluar dek terkejut. Oh shit!

Apabila kereta merah miliknya hampir brek mengejut. Secara tiba-tiba kereta Audi hitam yang disangkakan ketinggalan di belakang tadi, berada di hadapan keretanya menggunakan jalan short cut di lorong jalan depan.

Pemandu kereta merah itu mengetuk stereng kereta menahan geram, dalam hati sempat menyumpah kepada pemandu kereta Audi hitam tersebut yang sudah laju ke hadapan kerana dirinya sudah terpedaya.

Iris MarissaWhere stories live. Discover now