CHAPTER | 1

57 5 0
                                    

"Hah! Tukar sekolah?"

wajah ibunya ditenung lama.Emily Hardson hanya mendiamkan diri,dia masih menyibukkan dirinya dengan melipat pakaian.

"Ibu.."

Tubuh ibunya dipeluk, kepalanya disandarkan pada bahu tubuh yang kian di mamah usia itu.Dia cuba memujuk ibunya.

Emily melepaskan keluhan. Tangannya pantas melepaskan kain yang ingin di lipat, lantas disapu ubun-ubun anak gadis kesayangannya itu.lembut.penuh dengan belaian kasih sayang.

"Ibu buat semua tu..atas permintaan tuan pengarah.Lagipun..peluang ni hanya datang sekali."

Suara Emily seakan memujuk tangan miliknya masih membelai lembut kepala Alynic.

"Ibu,macam mana ibu boleh buat keputusan tanpa tanya pendapat Alynic terlebih dahulu."

Alynic pantas mengangkat kepalanya daripada bahu ibunya.Nada suaranya dikawal, tidak mahu melukakan hati ibunya.Tangan kasar yang sudah banyak menabur jasa itu diraih dan digenggam erat.

"Sekolah tu bukan sekolah biasa,Ibu.Bersekolah di sana memerlukan belanja yang sangat tinggi.kita takkan mampu.Amanda Academy hanya untuk golongan bangsawan."

Alynic mengangkat wajah, anak matanya merenung tepat jauh ke dasar anak mata ibunya seolah meminta simpati.Emily termanggu seketika, kata-kata anaknya ada benar.

"Maafkan Ibu..tapi ini satu-satunya peluang yang kita ada.Alynic tak boleh lepaskan macam tu je.Ibu tahu..Alynic, Ibu bukan ibu yang terbaik buat kamu.Ibu tak mampu nak penuhi keperluan kamu.Namun, kali ini..Ibu harap alynic rebut peluang yang ada.Demi masa depan kamu."

Alynic agar gusar..tuan pengarah merupakan majikan ibunya,bahkan isterinya merupakan pengetua di Amanda High.Sekolah itu hanya menerima dua ketogeri pelajar samada ibubapanya merupakan bangsawan atau pelajar yang masuk melalui social care group.Sebagai anak pembantu rumah, dia sememangnya tidak layak untuk memasuki sekolah cluster pertama seperti Amanda High.

Disebabkan tidak mampu membayar deposit rumah, kini bilik kecil untuk pembatu rumah di kediaman rumah agam keluarga Hongo menjadi tempat tumpangan sementaranya.ketukan di pintu bergema,Emily pantas berdiri..pintu dikuak.

"Tuan pengarah nak jumpa Alynic" ujur Clara, juga merupakan salah seorang pembantu rumah.

"Pergi."

Desak Emily, wajah Alynic mula mencuka.Dia tetap bangun dengan malas.

💠💠💠💠💠💠💠💠💠💠💠💠💠💠

Alynic melangkah lemah, sebatang tubuh yang duduk membelakanginya pantas menoleh.langkahnya terhenti.Tetiba rasa kesal menebal dalam dada, chairman Klaus bukan sebarangan orang..tambahan ini kali pertama dia bersemuka dengan lelaki yang berusia lewat 60-an itu walaupun secara kasar mereka tinggal dalam satu rumah yang sama.Chairman Klaus hanya mengenakan T-shirt dan seluar slack brown membetulkan kaca mata, buku yang setebal 5cm lantas diletakkan di atas meja.Wajah seriusnya langsung tidak memberikan sebarang riaksi.

Alynic semakin gugup. "duduk."Alynic tunduk memberi hormat, lantas menapak ke arah sofa..punggungnya terus dilabuhkan pada sofa yang bertentangan dengan chairman Klaus.

"semestinya kamu sudah tahu kenapa saya panggil kamu kan?"Soal Klaus.

Alynic segera menganggukkan kepala.

"Terima kasih atas tawaran tersebut.Tapi..saya tidak memerlukannya."Alynic cuba menyembunyi rasa gementar.

Klaus menarik nafas,pada pemikirannya gadis itu tidak akan menolak peluang keemasan ini namun sebaliknya pula yang berlaku.

"Jangan risau, saya tidak akan menutut apa-apa. Anggap sahaja tawaran ini sebagai hadiah yang saya berikan atas perkhidmatan Ibu kamu di sini.Tetang pakaian seragam, yuran dan wang saku harian semuanya akan saya uruskan.Saya tidak akan memaksa..semuanya terpulang pada kamu.Fikirkan apa yang terbaik untuk masa depan kamu nanti.."

klaus menyimpulkan senyuman.Dia lantas bangun dari kerusi..melangkah keluar dan meninggalkan Alynic yang masih berteka-teki dengan diri sendiri. Alynic terdiam. Membatukan diri. Pandangannya dibuang jauh ke luar tingkap..

The Cursed BloodWhere stories live. Discover now