Alynic berjalan laju menuju ke arah kelasnya. Disebabkan terlalu lena diulit mimpi semalaman, dia tersedar lewat daripada tidur. Ini kali pertama dia datang agak lewat ke sekolah. Waktu ini, sememangnya kawasan sekolah agak sesak dengan manusia. Dia juga terlanggar seseorang, tanpa sempat dia memohon maaf.. empunya badan telahpun menghilangkan diri.
Sewaktu menaiki tangga di hujung koridor, seseorang menghalang pergerakan kakinya. Rambut brownnya diselak ke belakang terselah sebentuk subang dengan corak tengkorak ditelinganya, dia menghampiri gadis itu. Rambut auburn Alynic disentuh lembut.
"Hai, my lovely girl..do you miss me?"
Tekak Alynic tiba-tiba terasa loya mendengarkan kata-kata tersebut. Dia menguntum sebuah senyuman sinis. Tangan lelaki itu ditempis laju.
"Hand off, jerk!"
Lelaki itu menghemburkan ketawa.
"Ouh..my sweet love, you're so cute when you're angry."
"Only dumbass will take you as a lover!"
Alynic menolak tubuh lelaki dihadapannya lalu melangkah melepasi lelaki itu tetapi langkahnya terhenti. Bukan kerana pautan lelaki itu pada lengannya tetapi renungan tajam seorang lagi lelaki.
"You're surely become aggressive, short girl." Dia tersenyum sinis.
"What's bring you here, William Tyrone?"
"Taking back my toy!"
Lengan gadis itu ditarik kasar, memaksa Alynic mengikut rentak kakinya. Lelaki bersubang tengkorak melebarkan senyuman sambil memerhatikan bayangan gadis yang menjadi tumpuannya itu menghilang.
'this getting more interesting..my lovely girl.'
💠💠💠💠💠💠💠💠💠💠💠💠💠
"Let me go!"
Alynic meretap kasar, pautan tangan lelaki itu terlepas. Alynic memusingkan badan ingin menjauhkan diri daripada lelaki berlabel pembuli itu. Namun langkahnya terhenti apabila William menghalangnya. Renungan mata lelaki itu membuatkan dirinya sedikit gerun. Tubuh Alynic ditolak kasar ke tepi hujung koridor apabila beberapa pelajar lain berjalan sambil berbual di sekitar kawasan itu. Tujuannya untuk menghalang mereka daripada melihat dia bersama the lowest girl in school ranking. Pastinya khabar angin akan berleluasa dengan sangat pantas.
Alynic meronta. Dia tidak senang berkedudukan sebegitu sehinggakan dia dapat merasai hembusan nafas lelaki itu. Selepas memastikan tiada sesiapa yang lalu lalang, William pantas menjauhkan dirinya. Belakang lehernya digaru, kebiasaannya apabila dia rasa serba salah.
"Sorry"
William terasa geram apabila gadis itu menghiraukan dirinya. Dia melepaskan keluhan. Tanpa sedar, tangan gadis itu ditarik. Alynic meronta, dia cuba melepaskan pautan erat pada tangannya tetapi tidak berjaya. Akhirnya dia hanya mengikut langkah lelaki itu. Setelah hampir 5 minit mendaki tangga, dedaun pintu berconteng ditolak William.
"Dekat mana ni?" Tanya Alynic, terleka dalam mengamati ruangan yang tidak disangka wujud di sekolah tersebut. Ianya atap bangunan sekolah yang telah diubah suai. Ada sebuah ruangan beratap serta ruangan terbuka yang dihias dengan cukup cantik, megah dan mewah. Siap ada court tenis lagi. Alynic yang teruja mula sedar akan pautan yang masih erat pada tangannya. Dia berusaha melepaskan pegangan itu. William yang tersedar tindakannya pantas melepaskan pautan. Belakang lehernya digaru. Segan.
"Errr..sorry."
Alynic tidak membalas. Dia membawa dirinya mengamati setiap inci ruangan itu dengan lebih dekat. Tanpa perlawaan sesiapa..dia melabuhkan punggungnya ke atas set sofa mewah berwarna merah. Alynic bangun, satu aquarium besar menarik minatnya. Dia bermain dengan ikan-ikan di dalam aquarium. William hanya menjadi pemerhati. Hatinya sedikit geli melihatkan perilaku Alynic seakan seorang kanak-kanak yang teruja melihat rumah barunya.
YOU ARE READING
The Cursed Blood
Fantasy'When the day come..open this box.you will know everything that you not remember.but be careful..friend can become enemy.One trust will guide to the end.Scymthe need you..Never let your guard down.You're from scartlet blood..bloodline of evil." - ol...