CHAPTER | 6

38 5 0
                                    

"Alynic,  jom" ajak villian, sememangnya sudah menjadi runtin kebiasaan bagi mereka untuk pulang bersama kerana mereka melalui laluan yang sama.

Alynic yang baru siap mengemas berpusing mengadap villian, lelaki itu tersenyum memandang dirinya.

"Awak balik lah dahulu..lagipun hari ini saya hendak ke suatu tempat." jelasnya.

"Ouh..ok, hati-hati ya."villian membalas, dia melambai tangan sebelum melangkah keluar daripada cafe. Alynic menghantar pemergian villian dengan senyuman di bibir, sememangnya sejak pagi tadi dia sudah berencana untuk ke tempat dia menyimpan kotak misteri 4 tahun yang lalu.

'Harap² tiada siapa yang menemui kotak tersebut.. '

"Kenapa tak balik dengan villian?"Olivia yang baru meletakkan dulang menyoal sambil memandang Alynic.

"Saya ada hal lain."

"Ouh..dah lewat petang ni, pergilah balik.. "

"Oh ok"

Alynic yang terleka mula sedar yang senja akan berlabuh tidak lama lagi. Pantas sahaja dia melangkah ke ruangan bilik pekerja,  meninggalkan olivia yang masih meneruskan kerjanya.

💠💠💠💠💠💠💠💠💠💠💠💠💠

Matanya melilau..kiri dan kanan bahu jalan sudah tidak seperti dahulu, semuanya sudah berubah..Kiri bahu jalan yang dahulunya sebuah padang sudah hilang di telan semak yang mulai tumbuh meliar, manakala kanan bahu jalan yang sememangnya kawasan hutan sudah ditumbuhi pokok yang tinggi. Seingatnya kotak yang diterimanya dahulu di tanam di bawah salah sebatang pokok di kawasan itu.

"Bodohnya!! Macam mana nak cari tempat tu.. Bukannya ada satu je pokok di kawasan ni.. "

Alynic mula memarahi dirinya sendiri, 4 tahun berlalu.. Sememangnya sudah banyak perubahan yang berlaku. Alynic mendongak, dada langit yang mulai berubah menjadi  warna oren menandakan senja bakal berlabuh tidak lama lagi. Suasana yang sunyi dengan hanya dikelilingi hutan kelihatan agak menakutkan..namun alynic bukanlah seorang yang penakut. Lampu suluh dikeluarkan daripada beg sebagai persediaan.

Langkahnya dibawa ke arah sebatang pokok,  tapak tangannya dilekapkan pada permukaan kulit pokok tersebut.. Dia cuba mengimbas kembali memori semasa dia menyimpan kotak misteri tersebut.

Seorang gadis kecil berjalan perlahan menjauhi kumpulan kanak-kanak seumurnya yang sedang bermain di kawasan padang dengan girang. Suara ketawa mereka langsung tidak menarik dirinya untuk turut serta..Langkahnya mula jauh ke dalam hutan,  dia mula merapati sebatang pokok yang diameternya lebih besar daripada pokok lain yang ada disitu.

Dia duduk melutut,  tangannya mula menggali tanah..dia tidak kisah akan kotornya tangan dan pakaiannya. Setelah merasai kedalaman yang dibuat memadai, tangannya beralih ke arah beg..sebuah kotak yang berbalut kain keemasan dikeluarkan lalu dimasukkan ke dalam lubang yang di buat tadi. Lantas terus di kambus kembali dengan tanah..dia berdiri lalu memijak kawasan itu untuk meratakan tanah.. Setelah berpuas hati,  dia mencapai beg nya kembali dan mengeluarkan sebilah pisau lipat.

Dia tidak tahu bilakah dia akan datang kembali ke tempat tersebut..satu corak matahari dilakar pada kulit pokok menggunakan pisau lipat sebagai tanda untuk dia mengenali tempat tersebut.

Crakk

Kelopak matanya dibuka, anak matanya terus melilau mencari punca bunyi ranting patah seperti dipijak tadi. Seekor tikus hutan keluar dari sebalik semak,  sizenya dua kali ganda daripada tikus biasa.. Alynic menarik nafas dia  berandaian bunyi ranting patah tadi berkemungkinan disebabkan tikus hutan tersebut. Langit yang semakin berubah warna menjadikan kawasan hutan yang berbumbungkan dedaun menjadi sedikit gelap.

Alynic menyalakan lampu suluh nya, dia mengorak langkah.. Keadaan sedemikian sememangnya agak menyukarkan dia mengenal pasti pokok yang bertanda dengan corak matahari. Alynic tidak sedar bahawa dia sudah jauh ke dalam hutan..dia masih khusyuk mengamati setiap batang pokok, mencari corak matahari.

Zupp

Tubuh alynic melambung, keras menghentam batang pokok, matanya berpinar..dia menangkap kelibat seseorang berdiri tidak jauh dari tempat jatuhnya.

'App..  apa yang terjadi?'

Alynic cuba bangun namun dia tidak mampu menahan rasa senak dibahagian perut akibat terhumbang tepat pada batang pokok tadi.

'Am i is dreaming?' dia melihat orang tersebut mengeluarkan sesuatu yang bersinar, bentuknya seperti sebilah pedang yang bersinar akibat biasan cahaya daripada lampu suluhnya tidak jauh daripada situ. Tiga lagi lembaga muncul tidak jauh daripada orang pertama yang dilihatnya sedang berdiri.. Dia tidak dapat mengenalpasti siapakah mereka walaupun cahaya lampu tepat menyuluh ke arah mereka disebabkan pemakaian mereka yang gelap dan menutup mulut, seperti pakaian ninja.

"She just a mere human. Why did you attacking her?" suara orang yang pertama muncul menyoal tiga lembaga tadi.

Suara garau yang berbeza kedengaran ketawa mendengar soalan yang diajukan..

"Human should not enter this place.This is our place."Salah seorang daripada tiga lembaga itu membalas.

Alynic yang mendengar cara percakapan mereka merasa sedikit gementar.Dia menggagahkan diri untuk bangun sambil menahan rasa sanak di perut akibat hentaman tadi lalu berjalan perlahan menghampiri lampu suluhnya.

"You.. Stay back." alynic yang ingin mengangkat lampu suluh miliknya tersentak dengan arahan lelaki berhoodie yang berdiri membelakangi nya. Cepat-cepat tangannya mengapai lampu tersebut lalu mengundur langkah perlahan-lahan. Dia menyembunyikan diri di sebalik sebatang pokok.

"This is not your place.. How did you enter human world?" lelaki berhoodie menyoal berani. Dia kelihatan agak bersahaja berhadapan dengan tiga lagi lelaki yang juga bersenjata.

"Hahahaha..it is not important." ketiga-tiga lelaki itu ketawa serentak.

"Kita bertuah.. Sudah lama hutan ini tidak dimasuki mana² makhluk selain manusia. You are not a human, am I right? " Lelaki pertama yang berbadan agak sasa menyoal, dia kelihatan agak gembira dengan kehadiran lelaki berhoodie tersebut.

"Yes.. I'm a guardian. If you're dare to touch any human. You are DEAD!" Lelaki berhoodie mengeluarkan amaran.

"Haahhaha.. You sure you're strong enough to kill us? Are you kidding me?" Lelaki pertama itu membalas mendengarkan kata-kata amaran tersebut.

"Brother,just finish off him." lelaki ketiga bersuara.

"Sabar.. Kita bermain dahulu dengan dia. Lagipun dah lama kita tak ada tetamu kan?"Lelaki kedua membalas

"Second brother is right.let's play.." lelaki pertama berkata sambil tersenyum sinis.

The Cursed BloodWhere stories live. Discover now