CHAPTER | 3

40 5 0
                                    

Langkah di atur penuh berhati-hati..matanya sesekali meliar ke kiri kanan, menghindari sebarang ancaman yang berkemungkinan sedang menanti mereka.Dian pantas mengelak, sebatang panah membelah laju terus tertanam pada sebatang pokok dibelakangnya..nafasnya mula berombak akibat serangan mengejut tadi.Dian terus duduk melutut, pisau belati yang disembunyikan di sebalik kaki seluar dikeluarkan.Genggaman pada pemegang pisau diperketatkan.Dia tahu musuh akan menyerang.

"Argh.."

Suara mengerang kesakitan mengejutkannya..lantas Dian berpaling ke kiri.Seorang kanak-kanak di lihat terduduk sambil memegang pergelangan kakinya.Dian mula sedar tolakannya ke atas gadis kecil itu tadi telah mencederakannya, rekahan yang masih segar dengan cecair pekat merah itu diperhatikan dengan rasa kesal yang mendalam.

Dian pantas berlari mendapatkan kanak-kanak tersebut, pisau lipatnya disimpan.lengan bajunya dikoyak lalu cebisan itu dibalut pada telapak kaki gadis kecil itu bagi mengelakkan lebih banyak darah daripada hilang.Setelah itu, tubuh gadis kecil itu dicepung..dalam keadaan seperti ini dia harus terus melarikan diri dan mencari tempat perlindungan sementara.

Kali ini dian mengambil laluan yang berbeza daripada sebelum ini..laluannya dipenuhi hutan dengan pokok-pokok sebesar dua pemeluk manusia dan tingginya mencecah awan.Tanah yang diselaputi dedaun reput yang agak tebal akan menyukarkan musuh untuk menjejaki mereka.

Setelah memastikan mereka berdua tidak lagi dikejar,Dian pantas menurunkan gadis kecil daripada dukungannya.Badan kecil itu sengaja disandarkan pada sebatang pokok.Anak mata kecil bertembung matanya.Dian tertunduk seketika..rasa bersalah menyerbu hatinya.Tapak kaki yang berbalut cebisan bajunya yang berlumuran darah diperhatikan.

Dian terus bangun dari melutut.Dia pantas berlalu tanpa sebarang kata..menghilang di sebalik kepekatan malam.Kanak-kanak tersebut hanya mampu memandang susuk tubuh yang mulai hilang..dia yakin lelaki itu tidak akan meninggalkan dirinya sendirian di situ...tangannya di silangkan ke dada.Kedinginan meresap ke tulang apabila bayu malam menyapa lembut tubuh yang berbalut.Dia memandang sepi ke arah kakinya yang dilunjurkan..dalam keadaan seperti ni dia tidak mampu ke mana-mana.

Crakk

Bunyi ranting patah mengejutkan sang gadis kecil..lantas dia berpaling ke arah sisi kiri bahunya.Semak di hadapannya kini bergerak-gerak seperti ada sesuatu yang bersembunyi di sebaliknya..wajahnya mula cemas.kaki di rapatkan sehingga lututnya bertemu lalu didakap erat oleh kedua tangan kecilnya.

Sepasang bola mata berwarna merah terus memerhati..rahangnya diketap, liur yang meleleh ke dagu di biarkan..anak mata merah itu masih tajam menikam ke arah mangsanya di sebalik semak.
Langkahnya di bawa ke hadapan..bau darah yang menusuk rongga hidungnya semakin menaikkan selera makannya.

Sepasang kaki muncul dari sebalik semak..menampakkan diri.Gadis kecil itu hanya mampu membatukan diri..sepasang mata merah merenung tajam ke arahnya sambil melangkah perlahan-lahan menghampiri.walaupun gadis kecil itu tahu akan bahaya yang datang,dia tidak mampu melakukan apa-apa.

Tubuh yang megah berjalan menghentikan langkah secara tiba-tiba..aura yang tidak menyenangkan dapat di rasai.anak mata merah bertembung iris keemasan yang tajam merenungnya dengan aura membunuh.Pantas pemilik mata merah beredar..tidak mahu menempah ajal barangkali.pemilik iris keemasan pastinya bukan sebarangan..dia dapat merasai satu aura luar biasa yang dihasilkan daripada tubuh tersebut.

Apa yang terjadi?

Gadis kecil itu termanggu seketika.pelik.sangat pelik!
Dia pasti apa yang muncul dihadapannya tadi bukanlah mimpi.Tubuhnya menggigil teringatkan anak mata merah yang merenung tajam ke arahnya.

Dian melangkah keluar daripada sebalik semak, di tangannya terdapat beberapa helai daun herba yang ditemui berhampiran paya.Dian memandang pelik wajah pucat gadis kecil itu.Mulut kecil itu terkuman-kamit seperti ingin mengatakan sesuatu..

"Rrr..rrol.."

Tangan kecil mencengkam lengan Dian dengan kuat.Tubuhnya menggigil..bibir mulut digigit menahan getaran.Dian semakin pelik, kepalanya digaru..tidak faham akan situasi yang di hadapi gadis itu.Dia cuba mengenalpasti butir bicara yang cuba di sampaikan.

"Cool down.cuba beritahu pak cik apa yang sebenarnya telah terjadi?"

"Rroftt..rr..Rolf! Rolf!"

"Rolf?"sekali lagi Dian mengaru kepalanya yang tidak gatal.Rolf? In these place?

Dian merenung jauh ke dasar mata anak kecil itu..dia yakin kanak-kanak tersebut berkata benar.Rolf merupakan species serigala berbulu merah yang sangat jarang untuk ditemui.Dian tidak pasti apa tujuan sebenar rolf  yang ditemui anak kecil itu berada di luar kawasan yang sepatutnya..nampaknya dia harus lebih berjaga-jaga.musuhnya tidak mengira manusia ataupun haiwan!

Balutan dibuka menampakkan kesan luka yang ditutupi darah yang telah kering.beberapa helai daun herba dicapai lantas dihancurkan pada telapak tangan.Daun herba yang telah lumat disapu pada telapak kaki anak kecil itu lalu dibalut rapi kembali.selesai melakukan kerjanya, dian mengangkat wajah..wajah berkerut menahan sakit itu di balas dengan senyuman.Tapak tangannya dibawa ke atas kepala anak kecil itu..digosoknya perlahan.

"Lagi tiga hari kita akan sampai.pak cik akan cuba mencari healer.Daun herba itu hanya berfungsi menghentikan pendarahan dan mengurangkan kesakitan."

Anak kecil itu hanya mampu membalas dengan anggukan.Dian terus mencepung tubuh kecil itu..kehadiran rolf di kawasan itu masih menjadi satu perkara yang terlalu mustahil padanya.. kecuali..rolf yang ditemui kanak-kanak tersebut bukanlah haiwan biasa.

The Cursed BloodWhere stories live. Discover now