Hampir seminggu terperuk di dalam bilik, Delisha kembali menikmati kebebasan yang dirindui. Memang rezekinya hari ini. Nenda, mama dan papa out station. Kebetulan, percutian Delisha dan Faiq ke Pulau Maldives yang dirancang minggu lepas akan terlaksana hari ini.
Tak sabar rasanya. Mujurlah Nenda Rosnah dah settlekan bil kad kredit dan masukkan elaun bulanan. Kalau tak, jenuh juga nak harapkan Faiq semata-mata.
Kamar beradu bercirikan moden berlatarkan warna hitam kuning merah memberikan Delisha semangat yang membara. Baru saja ditukar Sunarti.
Delisha tatap wajah di dalam cermin. Solekannya sempurna. Delisha melangkah ke wardrobenya yang berada di sebalik dinding bermuralkan belang.
Tersusun panjang koleksi pakaiannya. Kalah pakaian di butik kerana terlalu banyak. Kebanyakannya dia cuma pakai sekali sahaja. Kalah artis. Artis pun tak berlagak macam dia.
Delisha meletakkan jari di tepi bibir tanda memikir mahu memakai pakaian apa. Dia mula kusut walaupun di hadapannya terdapat pelbagai jenama. Ada Versace, Prada, Marc Jacobs, Gucci, Chanel dan sebagainya. Banyak sangat kalau nak disebut tak habis.
"Hesy, baju mana nak pakai ni? Rasanya semua ni aku dah pernah pakai. Takkan nak pakai baju yang sama lagi? Malu la depan Faiq..." Kepala tak bersalah digaru. Delisha cukup menjaga penampilan agar selalu tampil anggun.Maklumlah, bakal pereka fesyen suatu hari nanti.
Tok, tok, tok!
Delisha berdecit.
"Siapa?"
"Narti, Non Isha!"
Apa hal pula Sunarti ni menyibuk. Kan aku dah letak kat luar tu, No Disturb? Ke dia faham bahasa Indon aje?
"Ada apa?"
"Ada barang Non Isha, nyampei..."
Cerah biji mata Delisha. Jangan-jangan? Hati Delisha melonjak gembira. Dia segera menuju ke pintu lalu dibukanya.
"Arghhh!" Menjerit Delisha keseronokan. Baju-baju yang dioder secara online sudah sampai. Tingginya kotak sampai terlindung kepala bibik Sunarti.
"Sunarti, sampai juga barang saya ni. Saya dah tak tahu nak pakai apa. Masuk cepat, letak atas katil!" Girang sekali Delisha.
Terhuyung-hayang bibik Sunarti membawa kotak-kotak yang menimbun itu.
"Hati-hati, jangan sampai jatuh. Barang dalam ni mahal tau, kalau rosak saya potong gaji bibik!" Kecut perut Sunarti diperas ugut begitu.
"Ya, non. Udah sampai. Saya letak di sini, ya?"
"Ya. Di atas katil saya." Sebaik saja kotak-kotak itu diletakkan, Delisha terus mengoyakkan kertas yang membaluti bungkusan, teruja.
"Bibik, apa tengok saja. Bukalah! Tapi jangan sampai rosak. Faham?" Bibik Sunarti mengangguk-angguk dalam takut.
"Ya, non. Saya buka. Non Isha siap-siap ni mahu ke mana?" Sunarti mula bimbang. Nenda Rosnah sudahlah tak ada, nanti Sunarti kena marah pula biarkan Delisha keluar.
"Holiday, 4 hari 3 malam. Nanti nenda balik, kau bagi tahu aku ke Pulau Maldives." Terkejut Sunarti. Kerana takut dia jadi tergagap-gagap. Ingatkan Delisha nak keluar dekat-dekat sini saja, rupa-rupanya ke luar negara.
"Udah minta izin sama nenda?" Delisha terhenti tindakanya.
"Kau tak payah sibuk boleh tak? Ikut ajelah apa aku suruh. Hah, tunggu apa lagi? Terhegeh-hegeh nak buka kotak! Cepatlah!" Arah Delisha meninggikan suara.
Delisha dah rambang mata.
"Wow, cantiknya top Gucci ni! Wah, dress Versace. In real, cantiknya." Kotak demi kotak dibuka.
YOU ARE READING
HALALKAN HATI YANG KUCURI
Romance♤ PESTA BUKU MABOPA 2017 ● 26 JULAI - 30 JULAI 2017 ♡ MAEPS SERDANG, SELANGOR TERBARU AUGUST DI MAEPS ■ HALALKAN HATI YANG KUCURI - MIA KIFF ■ BIDADARI BERMATA JELI - HANA ILHAMI ■ SPLIT - NURUL AIN SYUHADA ■ HATI YANG TERSAKITI - NURIFFA