Membara hati Zainal merenung pasangan pengantin baru yang dirai bersama teman-temannya di atas pentas. Matanya terarah pada Delisha yang nampak anggun, seksi, menawan dan jelita. Fuh, memang ternganga dia sekejap. Beruntungnya Faiq dapat memiliki Delisha. Gigit jari Zainal.
Tak sangka Faiq sudi menjemput Zainal dan Salima walaupun satu ketika dulu mereka berdua pernah mengkhianati Delisha. Paling tragis, apabila Salima adalah sahabat baik Delisha sendiri. Argh, sesal pun dah tak guna. Kini, melepas Delisha dari tangan Zainal buat selama-lamanya.
Zainal hadir juga memeriahkan majlis walaupun pedih hati melihat Delisha jadi milik orang. Ternyata Delisha masih dicintai. Namun kian jauh untuk digapai. Dulu ingatkan cinta mereka hanya main-main, cinta monyetlah katakan tapi bila terpisah, dia merindui Delisha. Terlalu banyak kenangan yang mereka semai bersama-sama.
Salima kini bergelar kekasih hanya pada nama, bukan pada hati. Salima tak mampu gantikan Delisha. Teringat nostalgia cinta silam yang menyesalkan.
Lake Garden, Polimoda International Institute Of Fashion, Florence Italy.
"I nak kita break..." Zainal menyatakan keinginan yang tertangguh. Biar jelas pada Delisha. Tidak dia tertunggu-tunggu dan tertanya-tanya. Dia tak mahu lagi terus menipu.
Delisha yang sedang membaca nota berhenti. Gadis itu ketara sifat nerdnya dengan memakai kaca mata besar.
"Hah?"
"I nak kita break. Putus!" Mendengar perkataan itu membulat mata Delisha. Sekali dipandangnya Zainal begitu, kecut perut lelaki itu.
"You, kita kenal dah lama tau. Bertahun-tahun. Kalaupun you tak sayang I lagi dah, sekurang-kurangnya you sayang setiap saat yang kita pernah luangkan masa selama 6 tahun ni. Tapi hari ni you dah musnahkan semua tu tau, dengan satu ayat. You serius ke?" Delisha menyoal lagi.
"I tak nak tipu diri sendiri dan I tak nak tipu you lagi. Hati dan perasaan I dah tak ada untuk you. I rasa I ni tergesa-gesa declare dengan you, padahal kita masih muda..." Delisha tersenyum sinis. Hebatnya lelaki ni bagi alasan. Melibas sekeping hati dengan lidah setajam pedang.
"So, 6 tahun yang sia-sia kerana hari ni you kata semua ni tipu. How could you..." Delisha tersenyum pahit. Lelaki ni memang tak guna betul. Ikut hati, mahu saja dia bagi penampar tapi dia sabar.
"Cinta kita hanya cinta monyet. Tak ada maknanya. Kita semakin dewasa, Isha. Dunia kita dah tak terkepung macam zaman sekolah dulu. Kita jumpa macam-macam pilihan. Dan hati manusia boleh berubah..." Zainal menuturkannya dengan tenang.
Delisha yang mendengarnya sudah naik angin. Apa begitu senangnya lelaki ini mempermainkan perasaannya? Buang masanya selama ni percayakan Zainal.
"Excuse me? Tak ada makna? Cinta monyet? No, cinta kita tak salah. Tapi you yang monyetnya! Oh ya, you lupa kan nak beritahu I siapa monyet betina yang jadi pasangan you tu. Salima, kan?"
Terkejut besar Zainal. Macam mana Delisha boleh tahu padahal mereka simpan kemas-kemas rahsia cinta mereka.
"Isha... Wait... You dengar dulu penjelasan I..." Zainal dah gugup, mahunya tidak, dah tertangkap. Delisha pula muka dah macam nak makan orang.
"Tak payahlah nak jelaskan. Eloklah tu, dua ekor monyet tak sedar diri bercinta. I tak sangka, I dikhianati oleh dua makhluk yang I percaya. Sakit tau tak?" Zainal rasa bersalah melihat air muka Delisha.
"Delisha, I tahu you marah. I tahu I dah lukakan hati you. I minta maaf sangat-sangat. Ini soal hati..."
Delisha bangun dan mengangkat kening ala Ziana Zain. Air muka bercampur marah dan geram.
YOU ARE READING
HALALKAN HATI YANG KUCURI
Romance♤ PESTA BUKU MABOPA 2017 ● 26 JULAI - 30 JULAI 2017 ♡ MAEPS SERDANG, SELANGOR TERBARU AUGUST DI MAEPS ■ HALALKAN HATI YANG KUCURI - MIA KIFF ■ BIDADARI BERMATA JELI - HANA ILHAMI ■ SPLIT - NURUL AIN SYUHADA ■ HATI YANG TERSAKITI - NURIFFA