Constance Moofushi, Pulau Maldives
Akhirnya Faiq dan Delisha sampai juga ke syurga kepulauan terumbu karang terindah di dunia. Mereka ke sini menaiki seaplane yang diakses terus dari Male International Airport. Mengambil masa 25 minit juga perjalanan ke Resort Constance Moofushi sambil menikmati kebiruan laut yang luar biasa cantiknya. Memang Pulau Maldives mempunyai keunikan pantai dan lautnya yang tersendiri dan tak hairanlah menjadi destinasi pelancongan pilihan di dunia.
Faiq tersenyum puas, melihat Delisha menolak kaca mata hitamnya ke atas demi menikmati pemandangan resort mewah yang terapung di atas laguna yang luas. Pasiran putih yang sungguh mengagumkan terdampar di sepanjang pinggiran pantai menyemarakkan ketenangan. Semoga panorama di sini mampu mengembalikan mood Delisha yang merudum tadi.
Delisha memandang Faiq lama hingga Faiq tertanya-tanya.
"Dear, you love it, right?" Faiq yakin dengan katanya. Tak mahu dah mengadap perangai Delisha yang tak habis-habis dari KLIA sampai ke sini.
"Tempat apa you bawa I ni? I nak Resort JA Manafaru. Bukan kat sini. I dah bagi tahu awal-awal kan, suruh you booking resort tu. Habis tu apa ni? I tak naklah tempat ni, ni bukan pulau yang I nak." Delisha merungut tak puas hati. Mahunya tidak, dia dah berangan nak berjemur di pantai peribadi milik resort tu, nak berendam sakan di private pool. Tapi kat sini, ada apa? Dia bukannya survey pun tempat ni.
Faiq mengeluh. Ingatkan Delisha akan puji habis-habisan tempat ni, ada juga komen dia.
"Sayang, sini pun cantik apa? Constance Moofushi pun salah satu resort termewah tau kat Pulau Maldives ni. Review pun bagus kat sini. Pantai cantik, pemandangan indah. Makanannya sedap-sedap, servis dia orang pun bagus."
Delisha memeluk tubuhnya sendiri, dia masih tak puas hati. Tak cukup mood dirudumkan, sekarang Faiq tambah lagi?
Delisha akui memanglah cantik pemandangan kat sini. Dekorasi resort ni pun menarik tapi JA Manafaru lagi cantik dan mewah. Lagi banyak fasilitinya.
"Tapi sana better dari sini, kan? I sendiri tak tahu dan tak ambil port tempat ni. Patutnya tanya I dulu, bincang dengan I dulu. Suka hati ikut kepala you aje nak decide itu ini. Lain kali jangan tanya pendapat I. You pilih sendiri. Merosakkan mood I nak bercuti," rengus Delisha dengan muka masam mencuka.
Sakit hati Delisha berganda melihat Faiq mengusung tiga orang kawan lelakinya yang turut membawa kekasih masing-masing. Mereka semua baru tiba menaiki seaplane. Mesti Faiq yang support, kan? Lagi bertambah kacau mood Delisha.
Delisha cukup tak suka kawan-kawan Faiq. Baginya mereka ni memang suka ambil kesempatan, memang tak tahu malu. Delisha inginkan privacy bersama Faiq tapi kehadiran mereka ini memang mengganggu sangat.
Delisha sambung lagi. Dia jenis tak suka pendam. Biar habis kat sini saja. Biar Faiq tahu, betapa dia tak puas hati dan sakit hati.
"Tu, sampai hati you tak bincang dengan I dulu.Buat apa bawa dia orang semua tu? Mesti you sponsor dia orang, kan? Sebab sponsor dia oranglah, you tak jadi menginap kat sana, kan? Kalau I tahu, dari awal-awal lagi I takkan susahkan you la. I boleh booking sendiri. Setahun pun nak menginap kat resort tu, I mampulah! I boleh holiday tanpa you!" Delisha nak kesah apa, janji duit ada kat tangan, mahu kemana-mana pun tiada masalah.
Berani ke tu melancong sendirian? Masa belajar di Itali pun, Faiq dan Zainal yang jaga dia. Kat KL pun harapkan Faiq dan driver ke mana-mana? Delisha kalau emosi, terkeluar habis.
"Sayang, kalau kita berdua aje, tak bestlah. Ramai-ramai barulah happening. Kita datang sini nak berseronok, nak enjoy. Nak tenang-tenangkan fikiran. You, jangan fikir yang bukan-bukan. Dahlah tu, janganlah tunjuk muka masam kat sini. Nanti kawan-kawan I dengar, kecil hati dia orang. You duduk sebilik dengan kekasih kawan I, ya? Dia orang tu nak sangat kawan dengan you tau. Tapi you ni, suka syak wasangka yang bukan-bukan. Cubalah you bermasyarakat sikit."
YOU ARE READING
HALALKAN HATI YANG KUCURI
Romance♤ PESTA BUKU MABOPA 2017 ● 26 JULAI - 30 JULAI 2017 ♡ MAEPS SERDANG, SELANGOR TERBARU AUGUST DI MAEPS ■ HALALKAN HATI YANG KUCURI - MIA KIFF ■ BIDADARI BERMATA JELI - HANA ILHAMI ■ SPLIT - NURUL AIN SYUHADA ■ HATI YANG TERSAKITI - NURIFFA