BAB 10

6.3K 39 0
                                    

"Apa nak jadi ni, Isha? Belum ada apa-apa ikatan dah berani pergi bercuti bersama Faiq? Dahlah pergi senyap-senyap, langsung tak bagi tahu nenda, mama, papa? Kami ni siapa bagi kamu? Ingat kami ni hamba kamu yang kamu kerah setiap hari untuk bagi kamu duit? Kamu langsung tak reti nak hormat kami, kamu nak buat apa suka hati kamu aje. Kalau nenda tahu kamu nak buat perangai lagi, nenda tak ingin settlekan kad kredit kamu!" Nenda Rosnah betul-betul hilang sabar. Delisha makin melampau.

Delisha baru saja nak keluarkan oleh-oleh dari Pulau Maldives untuk nenda, mama dan papa, terus saja dimarahi nenda. Dia tak rasa apa yang dia buat ni satu kesalahan tapi kenapa di mata nenda seolah-olah dia buat dosa yang besar?

Sebelum ni, dia belajar di Itali pun dilepaskan bebas, sekarang ni nak dikongkong pula? Apa sebenarnya yang mengubah nenda ni?

"La, Isha dah bagi tahu bibik, kan? Pak Mus pun tahu. Nenda kan sibuk, Isha tak naklah kacau nenda, mama, papa. Lagipun, salah ke Isha nak pergi bercuti?" Selamba saja Delisha menjawab.

Nenda Rosnah menggelengkan kepala. Kali ni dia hilang sabar betul dengan cucunya yang seorang ni.

"Tak payah buat-buat tanya, Isha. Kamu takut nak minta izin sebab kamu tahu kami tak akan benarkan kamu pergi. Sebab apa kamu takut, sebab niat kamu tak betul. Kamu pergi nak buat maksiat, kan? Patutlah tak mahu kat Ustaz Azali tu, rupa-rupanya Isha ni memang tak layak dengan ustaz tu, sebab dah rosak kat tangan Faiq! Nenda pula yang malu, pandai-pandai aje nak jodohkan Isha dengan ustaz tu! Patutlah nak sangat kat Faiq tu, walaupun perangai serupa hantu rupa-rupanya dah terlanjur..."

Delisha tak sangka betul nenda tuduhnya begini. Sentapnya! Sampai hati nenda.

"Nenda, Isha pergi sana bukan berdua-duaan dengan Faiq. Ada kawan perempuan ikut sekali. Isha bukan jenis perempuan macam itulah, Isha tau jaga diri Isha. Dan Faiq bukan seburuk yang nenda sangka. Tolonglah nenda, jangan ukur seseorang tu daripada luaran boleh tak? Kita ni kalau rasa orang lain jahat sangat, itu bermakna kita tak cukup baik!" Delisha membalas geram. Nenda Rosnah melepas keluhan. Dia tahu, dia cakap ikut sedap hati tapi dia sakit hati sangat dengan Delisha. Dia susah hati fikirkan cucunya yang semakin hari semakin membimbangkan hati tuanya.

"Baik, kalau Isha rasa Faiq tu pilihan Isha yang terbaik, nenda nak Isha dan Faiq kahwin secepat mungkin. Kalau tak, hati nenda tak tenang. Nenda dah cuba carikan Isha jodoh yang baik, Isha tolak. Sekarang ni nenda akur, mungkin jodoh Isha memang dengan Faiq. Tapi ingat, kalau terjadi apa pada rumah tangga Isha, jangan nak salahkan nenda sebab Isha sendiri yang pilih pasangan Isha!"

Nenda Rosnah yang masih marah meninggalkan Delisha di situ. Pertama kali nenda betul-betul bertegas dengan Delisha. Delisha mengeluh. Walaupun gembira kerana nenda bersetuju, tapi semua ni kerana terpaksa. Ini yang tak seronok jadinya.

Suasana hingar-bingar di kelab malam Zouk tak mampu tenangkan hati Isha. Dia harus bincangkan dengan Faiq malam ini juga.

Delisha menolak minumannya ke tepi dan menghampiri Faiq yang sedang berseronok tak ingat dunia itu.

"You, I nak bincang sikit dengan you." Delisha menarik tangan Faiq yang sedang ligat menari dikelilingi perempuan.

Faiq terpinga-pinga dengan tindakan Delisha. Faiq dibawa ke satu sudut yang aman sedikit.

"You ni kenapa? I tengah syok menari ni. Dah datang sini, tinggalkanlah masalah you sekejap. Enjoy, please..." Faiq sedikit tak puas hati. Delisha merenung Faiq, geram. Langsung tak faham yang dia tengah serabut. Nenda Rosnah tak habis-habis paksa dia percepatkan perkahwinan kalau tak, Ustaz Azali akan jadi suaminya. Nenda anggap Faiq tak serius langsung kerana tiada langsung tindakan susulan selepas nenda bersetuju.

HALALKAN HATI YANG KUCURIWhere stories live. Discover now