1

13 2 0
                                    

'PAPP!'

Keiko menghempas kuat fail hitam itu ke atas meja kerjanya.

"Macam mana kau buat kerja ni haa?!lembab!"soal Keiko dengan wajah berang.Matanya memandang tajam gadis yang tegak berdiri dihadapannya dengan kepala yang menunduk.

"Tapi,Cik Muda...."belum sempat Amiko yang merangkap setiausahanya itu membalas,dia sudah memotong.

"Tapi apa?!aku tak nak dengar apa-apa alasan.Yang aku tahu kertas kerja projek dengan HK Holdings dibetulkan dan siap secepat mungkin. Faham!"

"B-baik Cik Muda."

"Bagus!ini yang aku mahukan.Jangan sesekali bantah apa yang aku suruh." ujar Keiko dengan penuh riak.

Setiausahanya itu mengangguk perlahan.

"Dah,kau boleh keluar dan siapkan kerja kau."ujar Keiko seolah-olah menghalau gadis itu keluar dari bilik pejabatnya.

Keiko hanya melemparkan senyuman sinis.Kot yang mengikut potongan bentuk badannya dibetulkan. Rambut ikalnya yang lurus itu digerbang-gerbangkan di hadapan cermin besar yang terletak pada dinding bertentangan mejanya itu.

"Keiko..."

Sepantas kilat, Keiko menoleh ke arah pintu pejabatnya.

Kelihatan seorang lelaki yang agak berusia tersenyum sambil melangkah ke arahnya.

"Papa?"

"Kakak!!!"

"Heh?Budak ni pun ada?"

Keiko mengangkat kening. Senyuman jelas terpapar di bibir seksinya. Seraya itu, kakinya menapak ke arah ayah dan adik lelakinya.

"Kenapa papa tak beritahu nak datang?"

"Kenapa?takut papa tahu sikap Keiko terhadap pekerja? Macam tu?" sengaja Tuan Kitagawa menyoal.

Minehiro mengangguk tanda bersetuju dengan kata-kata papanya.

Keiko hanya mencebik.

"Kakak ni panas baran." kutuk Minehiro.

Keiko membulat mata memandang adik lelakinya. Ish, budak ni.

"Keiko,papa datang sini nak beritahu kamu sesuatu "ujar Tuan Kitagawa serius.

"Haa?"

"Papa sediakan seorang pengawal peribadi untuk Keiko."balas Tuan Kitagawa.

"What?bodyguard?tapi untuk apa?Keiko tak sukalah dikongkong." bantah Keiko.

"Semua ni untuk keselamatan Keiko selepas papa pergi."

"Hah?!!Papa nak pergi?Papa nak pergi mana?"sekali lagi Keiko terkejut dengan kata-kata papanya.Papanya mahu ke mana pula.Takkan nak pergi outstation pun nak upah orang suruh jaga aku.Tidak pernah-pernah papanya mengupah seorang bodyguard semata-mata untuk menjaganya selama ini,detik hati kecilnya.

"Cuba bawa bersabar.Biar papa terangkan dulu sampai habis."

"Okay."Keiko menarik nafas dalam kemudian menghembusnya.

"Papa akan bertolak ke Jeju,Korea esok.Syarikat papa di sana mengalami sedikit masalah.Jadi,papa terpaksa uruskannya.Sementara papa berada di sana,papa dah upah seorang pengawal peribadi untuk jaga keselamatan Keiko di sini.Papa harap Keiko setuju."terang Tuan Kitagawa panjang lebar.

"Macam mana dengan Hiro?tapi,sebelum ni papa tak pernah pun mengupah mana-mana bodyguard untuk saya."ujar Keiko sambil matanya menjeling ke arah adiknya yang asyik bermain dengan telefon bimbitnya.

"Hiro akan kembali ke Amerika esok.Cuti semesternya dah nak habis.Jadi,papa tak perlu risau tentangnya.Papa cuma risaukan kamu sebab kamu akan keseorangan. Papa takut akan ada orang yang ingin mencederakan kamu sepanjang papa tiada di sini. Kamu tahukan berapa ramai yang mahu merampas syarikat papa ni.Dan...,papa baru tersedar dan terfikir soal ini."jelas Tuan Kitagawa lagi.

"Err,tapi.."belum sempat Keiko menghabiskan ayatnya,Minehiro pantas memotong.

"Terima sajalah,kakak." ujarnya selamba.

"Ish..,budak ni.Kakak tak habis cakap lagilah.Jangan menyampuk."marah Keiko lalu menjentik kasar dahi adiknya.

"Ouchh,sakitlah!"aduh Minehiro sambil mengusap perlahan dahinya yang dijentik oleh kakaknya.

Keiko menarik nafas dalam sebelum menghembusnya perlahan."Okay,saya akan terima.Tapi,Keiko kena tengok dulu kriteria bodyguard tu.Keiko tak suka orang yang tak komited terhadap kerja." balas Keiko.

"Kakak ingat ni misi mencari jodoh ke?Terima jelah,saya dah tengok orang yang bakal jadi pengawal peribadi kakak tu. Hensem, tinggi, tegap,macho dan bergaya.Dia seorang detektif tau."

Keiko mendengus geram.

"Dah.Jangan gaduh.Kamu berdua ni asyik bertekak je apabila berjumpa." ujar Tuan Kitagawa lembut untuk menghentikan pertelingkahan kecil antara dua orang anaknya itu.

"Eh,budak.Kau cakap dia tu detektif,kenapa dia nak jadi bodyguard pula?Dah tak ada kes lain ke?"soal Keiko ingin tahu.

"Entah,yang tu tanya papa.Tak pun tanya sendiri kat tuan punya badan." balas Minehiro tidak tahu.

Keiko berkalih ke arah papanya.

"Dahla tu menyoal.Kamu pula yang dah macam detektif."

"Entah kakak ni.Tak ada bezalah detektif dengan bodyguard.Yang penting dia tu komited dengan kerjanya seperti yang kakak inginkan."perli Minehiro.

"Okay,Keiko terima sebab papa.Tapi,  Keiko tetap tak suka sebab Keiko tak suka dikongkong."tegas Keiko masih tak berpuas hati.

"Apa-apa jelah,kakak."malas Minehiro hendak melayan sikap kakaknya yang sombong itu.


To be continue.....

Pengawal CINTATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang