02 - HADIR

1.1K 134 0
                                        

Sunyi dan sepi dunia ini setiap kali mata celik dari alam mimpi.

Apakah dunia ini begitu sunyi?

Tidak.

Dunia Ghais Lavanark tidak seperti yang kau sangkakan.

Ia tidak sepi.

Ia meriah.

Ia riuh.

Ia bising.

Namun, semuanya adalah secara batin.

Dalam renungan yang sepi. Kau akan mampu rasa dan dengar akan bisingnya dunia.

Lautan pendustaan bergelora.

Angin pengkhianatan bertiup kencang.

Irama hasad dengki bergema di ruang udara.

Inilah dunia yang kau hidup.

Ia sesak!

Kadangkala kau tidak mampu berdiri dengan sendiri.

Kaki kau akan terasa goyah.

Kedua lutut kau akan terketar-ketar.

Gentar ditelan ribut pendustaan.

Gerun dihanyut ombak pengkhianatan.

Ngeri ditenggelami lautan hasad dengki.

Kau akan berlari!

Kau akan terus berlari!

Berlari cuba untuk mengejar harapan.

Lelah.

Harapan tidak pernah menanti.

Harapan tidak pernah akan hadir.

Harapan tidak pernah wujud.

Ketika itu kau akan mula sedar.

Kau tidak perlukan teman.

Kau tidak perlukan harapan.

Dan akhirnya,

Kau akan putus asa.

Namun, hati kau akan mula tertanya-tanya...

Adakah, aku akan terus menyepi tanpa teman mahupun sesiapa...

Dan ketika itu, kau sedar bahawa tiada sesiapa akan mengiringi kau di dunia ini.

Tiada sesiapa.

"Tidak...aku tak nak hidup keseorangan.."

Seketika kemudian, kau sedar bahawa kau perlu mencari sesuatu untuk menemani kau.

Tetapi, bukan dari dunia ini...

Siapa?

Siapa dia?

Dia akan hadir,

Tanpa kau sedar, dia akan hadir.

Dia akan hadir apabila jiwa terlalu sesak sehinggakan memaksa kau untuk menyerunya.

Dia akan hadir apabila jiwa terlalu sesak sehinggakan memaksa kau untuk menyerunya

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

HIDUPLAH BONEKAKUTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang