6 - KAYU API

735 91 5
                                    

Mata merah Weildun merenung hasil ukiran kayu yang membentuk bibir boneka itu. Ia kelihatan sungguh sempurna. Walaupun hanyalah sekadar gabungan kayu dan porselin.

Bibirnya masih lagi kelihatan seperti bibir manusia. Kelihatan mungil dan lembut.

Semuanya kerana hasil sentuhan mewarna yang istimewa daripada jari-jemari Weildun. Sentuhan seninya itu mampu mengkaburi penglihatan mata kasar.

Namun ada sesuatu yang mengganggu Weildun. Bibir boneka itu terus diamati dan diusap perlahan.

"Rhiya...."

Ujar Weildun sekadar berbisik. Perlahan-lahan tubuhnya membongkok. Merapatkan bibirnya pada bibir boneka itu. Bibir asli dan bibir porselin itu bersentuhan.

Mata lelaki itu dipejamkan. Weildun akhirnya mengucup bibir boneka tidak bernyawa itu.

Matanya kemudian tiba-tiba terbuntang luas!

Bibirnya terus dialikah pada bibir boneka tersebut. Mata merahnya merenung boneka itu dengan renungan menyingga.

Sentuhan bibir boneka itu tidak sama seperti yang dirasai dalam alam mimpi.

Ia berbeza!

Pantas tangannya mencapai pemahat. Cuba membaiki ukiran bentuk bibir itu.

Malangnya Wieldun  gagal. Dia bagaikan tikus membaiki labu.

Bibirnya bertambah cela.

Hati Weildun mula meradang. Pantas tangannya menetak sekuat hati wajah boneka itu dengan pemahatnya.

Wajahnya pecah! Dibiarkan pemahat itu terbenam pada wajah boneka itu.

"Kau bukan Rhiya!"

Weildun terus mencapai kapak pemotong kayunya yang terletak pada dinding. Kapak itu dihayun tinggi dan terus dipakukkan pada bahagian leher boneka itu.

Kepala dan tubuh boneka itu terpisah

Kapak itu kekal melekat pada permukaan meja kayu tersebut.

Pantas rambut emas boneka itu digenggam.

"Aku nak Rhiya!"

Kepala boneka itu dicampakkan pada longgokkan boneka-boneka diatas lantai kayu kamar itu.

Tangannya kemudian menggenggam pula pada pakaian yang disarungkan pada tubuh boneka itu. Weildun terus mengangkat dan pantas melemparkan tubuh kayu boneka itu pada gelimpangan para boneka yang terbaring diatas lantai. Bunyi-bunyi kayu berlaga jelas kedengaran di ruangan sepi itu.

Nafas lelaki itu kedengaran kencang. Usahanya musnah begitu sahaja. Mata merahnya galak merenung para-para boneka yang gagal terhasil dimatanya.

"Kau hanya layak menjadi sebahagian daripada kayu api..."

Ujarnya sekadar berbisik. Lelaki itu kemudian pantas meninggalkan ruang bertukangnya itu.

 Lelaki itu kemudian pantas meninggalkan ruang bertukangnya itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
HIDUPLAH BONEKAKUWhere stories live. Discover now