"Weildun....."
Ya, hari ini dia terdengar lagi suara gadis itu memanggil namanya.
Weildun terus membuka matanya. Terkebil-kebil matanya yang bewarna merah itu.
Memiliki sepasang mata yang bagaikan permata delima bukanlah sesuatu yang ganjil buat kaum yang secara semula jadinya diselubungi kuasa sihir.
Bangsa siluman.
Weildun tersenyum. Tersenyum seorang diri di pembaringan katilnya. Sebaik sahaja Weildun terjaga dari alam mimpi, dirinya pasti akan tersyum dan ketawa.
Ketawa seorang diri mengimbau kembali peristiwa yang berlaku di alam mimpinya.
Dia hadir.
Sudah berkali-kali gadis itu hadir di dalam mimpinya.
Gadis yang mampu membuat dirinya tersenyum.
Itulah yang mampu membahagiakan dirinya.
Memberi dorongan untuk dirinya terus hidup di dunia yang penuh dengan kecelakaan.
Gadis itu hadir di alam mimpinya. Setiap malam, setiap ketika dirinya terlena.
Menemaninya.
Mendengar nasibnya.
Bersamanya.
Di setiap ketika.
Disetiap saat mereka telah melakukan segalanya.
Seolah-olah ada kehidupan di sana.
Namun, ia hanya sekadar di alam mimpi.
Ingin sahaja Weildun tidur selamanya. Namun, tidur selamanya itu adalah mati. Weildun tidak mahu mati. Takut-takut tidurnya hanya akan menjadi gelap semata.
"Rhiya."
Weildun berbisik perlahan nama gadis yang seringkali muncul di alam mimpinya itu.
Rhiya. Dia bagaikan keluarga, dia bagaikan sahabt. Dia bagaikan kekasih. Dia memahami segala kehendak Weildun.
Dia membahagiakan.
Namun,
Lelaki itu amatlah tidak berpuas hati. Weildun ingin membawa Rhiya ke dunia Ghais Lavanark. Dia tidak mahu Rhiya hanya sekadar muncul di alam mimpi.
"Aku akan seru kau Rhiya...."
YOU ARE READING
HIDUPLAH BONEKAKU
ParanormalApabila dunia berpaling tadah. Dia cuba melarikan diri daripada kehidupan dunia. Dan apabila dia tidak temui jalan keluar kepada kesepian derita, satu jiwa ingin diseru. Diseru untuk menemaninya. "Kayu-kayan kubelah, kau ku cantumkan menjadi satu, T...