05 - BIBIR

780 87 1
                                        

Kelihatan gadis yang seakan-akan mirip wajah Rhiya duduk bersimpuh di dalam almari itu.

Rhiya yang seringkali hadir di alam mimpinya. Bermata hijau. Berambut keemasan lebat. Gadis itu lengkap berpakaian gaun bewarna merah jambu yang labuh. Dia kelihatan sungguh menawan. Barang siapa yang melihat pasti akan menyangka bahawa ia merupakan gadis sebenar. Ya, itu hanyalah sekadar boneka kayu yang dihasilkan dengan sentuhan halus Weildun.

Boneka itu perlahan-lahan diangkat. Penuh hemat. Weildun mendukungnya seolah-oleh boneka tersebut merupakan gadis sebenar.

Dibaringkan boneka mirip Rhiya itu di atas satu meja kayu. Bunyi tubuh berkayu gadis itu jelas kedengaran apabila bersentuhan dengan meja tersebut.

Perlahan-lahan jari-jemari Weildun mengusap rambut boneka itu.

"Rhiya....kau akan kekal bersamaku..."

Belakang telapak tangannya kemudian menyentuh perlahan wajah boneka itu.

Perlahan-lahan bibir si tukang kayu itu didekatkan pada telinga boneka itu.

"Sebaik sahaja jasad kau sudah sempurna. Aku akan seru kau."

Mata merah delimanya kemudian meneliti disetiap inci tubuh boneka tersebut. Daripada hujung rambut sehinggalah dihujung kaki. Diteliti dengan penuh asyik dan terperinci.

"Kau hampir sempurna."

Bisik Weildun perlahan.

Jari-jemarinya kemudian dikuncikan disetiap celah jari-jemari boneka tersebut.

Matanya kemudian dipejamkan. Cuba menghayati perasaan tersebut. Ya, genggaman erat ini, sentuhan jari ini sama seperti di alam mimpi. Sama seperti Rhiya yang seringkali mengunci genggaman tangannya dengan jemarinya yang runcing.

Mata merah delimanya kemudian merenung mata anak patung boneka kayu tersebut. Ia terbuntang luas, kaku. Tidak berperasaan. Ia tidak bernyawa.

Tidak. Masih ada cela dan kekurangan pada matanya. Ukiran bawah matanya. Ia tidak cukup melengkung. Ia tidak seperti mata Rhiya.

Weildun terus mendapatkan pemahat halusnya. Dipahat dan diukur halus dengan penuh teliti pada bahagian bawah mata boneka tersebut. Bahagian tersebut perlu dibaiki.

Masa yang diambil adalah hampir satu jam untuk Weildun menyempurnakan bentuk matanya.

Disempurnakan lagi dengan sentuhan berus cat halus dibawah matanya. Menambahkan lagi warna gelap dibawah matanya.

Sempurna. Matanya kini sempurna.

Jari telunjuknya perlahan-lahan menyentuh wajah boneka tersebut. Jarinya itu terus mengusap daripada bahagian ukiran kening, mata, batang hidung, pipi sehinggalah jarinya itu berhenti pada bibir boneka tersebut.

Bibir yang bewarna merah jambu.

Bibir yang bewarna merah jambu

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
HIDUPLAH BONEKAKUTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang