Bab 2 : Kembali pulang

474 37 7
                                        


Dulu aku memang anti dengan orang-orang yang suka berpersatuan atau gigih sangat nak memperjuangkan fahaman diorang nih. Bila nampak diorang duduk ber "geng" dengan berhuha-huha rasa macam nak hala senapang bazooka sahaja. Bagi aku diorang ni macam radikal dan berhaluan kiri dan selalu claim diri sendiri jer betul dan orang lain salah. Poyo betul.

Tapi macam irony pulak sekarang nih bila aku dah start commit dengan usrah dan tarbiyyah. Mula-mula tu aku just join sebab besfren aku ajak jer. Sajela dari tak buat ape.

Tapi lame-lame aku dah start faham.. hidup ni bukan sekadar untuk aku jadi baik sesorang jer. Itu kapitalis namanya.

Melalui usrah, mata hati aku terbuka, aku belajar bahawa matlamat hidup bukanlah sekadar belajar bersungguh-sungguh dan berjaya dalam kerjaya yang diimpikan.

Aku mula sedar, di samping beribadah, aku juga ada tanggungjawab sebagai khalifah. Kena buat dakwah.

Melalui usrah aku belajar mencintai Rasulullah saw.

Aku juga mula faham betapa perlu untuk belajar dan terus belajar tentang al quran bukan sekadar membacanya. Membaca dengan minda membuatkan Al quran sekadar menjadi repitasi, namun membaca dengan hati menyedarkan aku betapa dalamnya bahasa Al Quran itu.

Insaf aku jadinya bila mengenangkan betapa aku berhutang dengan Allah atas nikmat islam dan iman yang diberiNya. Rupanya sebelum ini aku belum cukup muslim sebenarnya.

Di sini juga, setelah mengambil jurusan perubatan, jati diriku lebih terbina..yaa..mungkin juga setelah banyak berjumpa orang sakit , aku lebih memaknai kehidupan. Lebih empati dan lebih merendah diri. Di satu sudut, aku jadi lebih menghayati betapa kompleksnya penciptaan manusia, sekaligus lebih mengingatkan aku bahawa hidup ini bukan milikku seorang. Aku akan pulang juga pada Pencipta suatu hari nanti.

Sudah tentu ia tidak mudah bergelar seorang pelajar medik dalam masa yang sama seorang daie. Dalam bergelut dengan stress belajar, exam yang susah dan masa yang terhad, aku berusaha juga untuk menyuburkan tarbiyyah dalam diri. Semoga kelak disamping menjadi doktor biasa aku juga bisa menjadi doktor yang merawat sakit ummahku yang semakin parah.

******

" Ini posting kau yang ke berapa? " Muka ketua jabatan Wad Psikatari yang digelar singa betina itu ku pandang dengan senyuman kelat. Dia adalah ketua yang menjaga ward ini dan dengar cerita dia sangat garang. Gaya dia tanya aku pun macam nak makan orang sahaja. Macam bagus sangat pun ada jugak. Astaghfirullah, astaghfirullah. Berulang kali aku beristighfar dalam hati. Rasa marah dan jengkel sedaya upaya aku cuba campakkan ke planet Pluto. Aku cuba tenangkan hati yang masih berbara kerana tiba-tiba disergah begitu. Ini bukan first-time aku berdepan dengan situasi ini sepanjang setahun lebih menjadi HO.

Tahun ini adalah tahun yang kritikal untuk aku. Bergelar housemen(h/o) di sebuah hospital kerajaan hampir sahaja membuatkan aku separuh gila.

Mana taknya, bergelut dengan kesibukan rutin seorang doktor praktikal, suasana kerja langsung tidak membantu. Doktor dan jururawat senior disini macam berpakatan rakyat nak kenakan housemen sahaja. Ini lumrah, kata mereka. Budak baru kena belajar banyak pasal tu diorang bagi multitasking dan selalu kena marah . Waktu bekerja bagaikan tiada rehat langsung. Balik kerja sudah kepenatan dalam kepala hanya nampak bantal sahaja.

Mujur sudah ramai ikhwah-ikhwah doktor mengingatkan aku pasal masalah ni. Cara-cara yang mereka kongsikan untuk membahagi masa untuk tarbiyyah dan menangani stress memang aku hadam habis-habisan. Bila aku reda menerima kerjaya sebagai doktor, aku telahpon berjanji untuk bersedia dengan segala kemungkinan yang boleh memfutur(putus asa)kan aku.

Ikhwah Perfect 10Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang