Okay fine, ini serius drama. Humairah yang aku cuba elak sejak kali pertama aku jumpa dia kat tepi jalan tuh tup-tup rupanya jiran sebelah rumah aku.
Terkejut sampai rasa nak tercabut jantung, macam nampak Ju-on pon ade aku haritu bila balik-balik on-call jer ternampak satu lembaga sister ni tengah on-her-way nak kuar rumah. Nasib baik pagi-pagi buta itu gelap ditambah dengan tinted kereta aku yang sikit punya tebal, takdela dia nampak aku dalam kerete walaupun dia betol-betol lalu sebelah tempat driver. Aku cuba butakan mata dan pekakkan telinga jer lepas tuh, sampai la satu hari...
" awak..." lembut suara itu memanggil
Aku cuba buat tak dengar je.
" Awak..." panggilnya lagi.
Aku pura-pura masuk ke dalam kereta balik mengambil briefcase. Padahal, tah sejak bile pulak doktor praktikal bawak briefcase pergi hospital. Tapi memandangkan ia lagi suspicious kalau aku duduk lama kat keta , nak tak nak kena keluar jugala.
Tanpa memandang ke arah si pemanggil aku berjalan ke arah pintu rumah. Buat tak tahu dia panggil aku.
" Izzat Haikal !!"
" Aqeel Izz Haikal....!!" involuntary reaction.
Dari dulu lagi memang ada tabiat membetulkan orang yang salah sebut nama aku. Kepala yang tidak gatal aku garu sedikit. Perlahan aku berpusing ke arah dia yang memanggil.
****
Liqa' (usrah/perkumpulan) hari itu berjalan seperti minggu-minggu sebelumnya. Bermula sesi tadabbur(menghayati quran) sehinggalah sampai ke isu semasa, aku try untuk fokus namun hati aku bagai tiada di situ. Kepalaku masih terngiang-ngiang peristiwa semalam..
" Owh ya, Siti Maisarah kan?"
Dia menggeleng. " Siti Humairah.." dia membetulkan.
Suasana jadi kekok semula. Barangkali masa berlalu aku juga sudah lupa bagaimana ingin terus berlakon. Menjadi ikhwah, sedikit sebanyak aku rasa agak bersalah kerana berpura-pura tidak mengenalinya tadi. Namun nak overfriendly pun aku bimbang, takut-takut sampai berdosa pulak aku nanti.
Sebab takde perkara yang nak dibualkan sangat aku meminta diri masuk ke rumah. Namun sebelum aku masuk dia memanggilku sekali lagi..
" Sebenarnya saya dah lama perasan awak ni jiran saya, tapi saya rasa awak selalu macam elakkan saya. Saya tak tahu samada awak memang tak cam saya or bende lain..tapi kalau sebab apa yang jadi time sekolah dulu. Jangan risau saya sudah lama selesaikan perasaan tu." ujarnya tenang. Matanya bersinar memancarkan ketegasan.
" Saya menegur sebagai jiran dan sebagai kenalan awak dulu. Awak jangan risau. Takda niat lain." Ujarnya sambil tersenyum sedikit. Kemudian berpaling. Dia juga mahu berlalu.
Time tuh, aku rasa macam tak percaya. Terasa malu pun ada gak kat diri sendiri. Rasa macam diri sendiri pulak yang over dan "perah santan". Padahal Humairah buat rilek, buat peace ajer biler jumpa aku.
Aku pegang dada. Hati aku tiba-tiba rasa macam sakit melihat wajah dia yang tenang. Betulkah dia benar-benar sudah tiada apa-apa rasa untukku?
" Saya mungkin akan bertunang!!"..gatal je mulut aku.
Pantas sebelah tangan aku tekup mulut. Astaghfirullahalazim, ikhwah jenis ape la aku ni...Kalau ia pun tercabar ego ape pasal la sampai gatal sangat nak bagitau...bende yang aku sendiri belum putuskan lagi. Rasa macam nak hantuk kepala sendiri kat dinding.
ANDA SEDANG MEMBACA
Ikhwah Perfect 10
RomanceIzz Haikal, si genius kacak, yang garang menerima tamparan mak cik tarbiah di alam kampusnya. Perjuangan dia sebagai seorang ikhwah bermula selepas itu. Digelar " ikhwah perfect 10", dia menjadi idola para mutarobbinya (orang-orang yang ditarbiah)...
