Ok yang ni last..

195 19 0
                                    

Pernahkah anda jatuh cinta? Sampai tahap mana anda jatuh cinta?

Ini nyanyian SPIDER, kalau tak silap saya, sila nyanyi dengan penoh perasaan didalam hati supaya enjin anda mula panas...

Memang benar cinta itu buta,
Ramai gadis cantik sini sana,
Bagaimana aku boleh lupa,
Pada si dia dewi jelita...

SPIDER, membuktikan spesies lelabah juga punya style sendiri  mengungkapkan cinta meskipun mereka berkaki lapan. (sorry, ini lawak hambar)

Tahap satu : Tertarik

Saat kali pertama terpandang, kita merasa sesuatu yang istimewa tentang si dia. Dia mencuri perhatian kita. Of kos lah rasa macam tu kita tak rasa kat semua orang kecuali dia. Dia selalu hadir dalam fikiran kita. Kadang-kadang kita wonder apa yang dia tengah buat dan mula stalk fb, ig, twitter dan sebagainya tentang dia. Bila kita dah kenal dia, kita membandingkan apa yang dia suka dengan apa yang kita suka. Mulalah kita pula nak suka apa yang dia suka. Namun apa yang kita rasa  pada tahap ini belum sampai membuatkan kita ingin melakukan perkara haram.

Tahap kedua: Jatuh hati (Al Isyq)

Pada tahap ini, kita mula punya keinginan ingin bersama. Ingin berjodoh dengan si dia. Kita mula merindui. Kita ingin selalu berjumpa dan melihat dia. Kadangkala sanggup menunggu 6-7 jam semata-mata hanya untuk melihat dia. Asal nampak, tengok dari jauh pun jadilah. Bersusah payah pon takpa yang penting dapat bersama atau melihat si dia. Kalau takpun kita akan menatap apa-apa yang berkaitan dengan si dia. Satu kata atau mesej dari dia pun buat hati kita berbunga-bunga. 

Tahap ketiga: Cinta Buta (Al Gharam)

Kita tak mampu lagi berpisah dengan dia. Kita amat mencintai dia sehingga kita sanggup menutup mata dan memekakkan telinga atas segala kekurangan dan keburukan si dia. Pada tahap ini ada antara kita yang lost self-control. Kita akan mula melakukan dosa seperti berpegangan tangan dan berpelukan meskipun kita tahu ia perbuatan yang berdosa.

Tahap keempat: Tergila-gila (Al Syagof)

Cinta ini menyentuh hati kita yang paling dalam sehingga kita tak mampu lagi kehilangan si dia. Kita bukan sahaja lost self control, kita juga akan sanggup merendahkan dan menghinakan diri sendiri demi cinta. Bagaikan Zulaikha yang merendahkan martabat dirinya sendiri sebagai seorang bangsawan terhormat menggoda lelaki yang amat dicintainya, Yusuf. Dia takkan buat perkara gila macamtu kecuali sebab dia benar-benar mahukan Yusuf menjadi miliknya. Cinta yang membuatkan kita membuat perkara gila. Menjadi hamba kepada yang dicinta.

Dan cinta tertinggi juga membuatkan kita juga mahu memberitahu semua orang yang kita mencintai dia, supaya orang lain juga mencintainya.

Mencapai tahap satu sehingga tahap empat terhadap manusia tidak lah sesusah mencapai hingga tahap keempat dalam mencintai Allah.

Tak percaya?

Sila analisa diri sendiri

Pada tahap pertama, cinta ini akan membuat kita selalu teringat pada Allah. Kita ingin lebih mengenali Allah dan belajar perkara yang Allah suka. Kita akan berfikir apakah perkara yang kita buat selama ini selama ini Allah redha?

Adakah anda pernah rasa begitu?

Tahap kedua, Kita mula meluangkan masa untuk perkara yang Allah suka. Kadang-kadang habis berjam-jam membaca surat cinta Dia (Allah). Satu hari tanpa Allah hidup kita tak tenang. Kita merasa nikmat mencintai Allah dan teringin berjumpa dengan Dia.

Pernah rasa cenggitu?

Cinta kita kepada Allah akhirnya menundukkan segala nya. Hawa nafsu kita yang degil pun mengikut Pencipta. Kita berusaha keras menyenangkan Allah dan rela menerima hukuman sekiranya berbuat salah. Apa sahaja asalkan Allah suka.

Sentap tak?

Berada di tahap empat,Cinta tahap ini membuatkan hidup kita punya satu tujuan sahaja yakni mencari keredhaan Allah. Cinta ini juga menimbulkan keinginan untuk berdakwah agar orang lain juga mencintai apa yang kita cinta.

Sampai satu tahap kita rela mewakafkan seluruh hidup kita kerana Allah. Menghinakan diri sehingga benar-benar menjadi hamba.

Tanya sama pokok buat apa. Tanya sama diri sendiri.

Dalam ceramahnya, uztaz Nouman mengumpakan Al Fatihah sebagai "The summary of Al Quran", dan summary of Al fatihah pula adalah perintah Allah agar kita menghambakan diri kepadaNya.

Mengapa ?

Kerana menghambakan diri adalah puncak tertinggi cinta. Cinta tergila-gila. Obsesi. Dan tidakkah kita tahu bagaimana Allah mencintai kita?

Bila Allah mencintai hambanya, dia memberitahu para malaikatnya supaya para malaikat juga mencintainya, malaikat pula memberitahu seluruh penduduk langit dan akhirnya seluruh penduduk bumi. Kerana itu barangsiapa yang dicintai Allah, ia juga akan senang dicintai orang lain.

Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya:

“Jikalau Allah Ta’ala itu mencintai seseorang hamba, maka Dia memanggil Jibril untuk memberitahu bahawa Allah mencintai si Fulan, maka cintailah olehmu (hai Jibril) si Fulan itu. Jibril lalu mencintainya, kemudian ia mengundang kepada seluruh penghuni langit memberitahu bahawa Allah mencintai si Fulan, maka cintailah olehmu semua (hai penghuni-penghuni langit) si Fulan itu. Para penghuni langit pun lalu mencintainya. Setelah itu diletakkanlah penerimaan baginya (yang dimaksudkan ialah kecintaan padanya) di kalangan penghuni bumi.” (Muttafaq ‘alaih)
MasyaAllah. Bukankah itu juga tahap cinta yang tertinggi?
Betapa Allah amat menyayangi hambanya.

Sudahkah cinta kita kepada Allah mencapai tahap yang keempat?

Hati ini macam dah disembur gas pemedih mata.

Belum tibakah masanya untuk kita jatuh cinta pada Dia yang mencintai kita?

sumber:

1. Amru Khalid (Hati Sebening Mata Air)
2. https://hikmatun.wordpress.com/2010/08/29/cinta-kerana-allah-s-w-t-dan-tanda-tanda-bahawa-allah-cinta-kepada-seseorang-hamba/

Ikhwah Perfect 10Where stories live. Discover now