ISSD 1

23.4K 430 5
                                    


Hanis merupakan student yang berumur 17 tahun dan bersekolah di SMK Cempaka Indah. Hanis juga gadis idaman ramai jejaka di sekolahnya kerana kecantikan , kesopanan, kecerdikannya membuat student lelaki tertarik . Tahun ini merupakan tahun yang amat bermakna keran Hanis akan menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) .

Bapanya merupakan seorang Ceo sebuah syarikat terbesar dalam dunia iaitu Aintsoft Corporation. Cawagan syarikat tersebut sudah meluas tersebar ke Negara Negara Eropah Utara dan Selatan. Ibu Hanis sudah lama meninggal dunia kerana kanser otak ketika Hanis 7 tahun, akhirnya ibunya pergi meninggalkan Hanis dan suami tercinta.

Hanis dibesarkan oleh bapanya ,Encik Hafidz seorang diri tanpa meminta bantuan dari saudara mara malah menyara mereka berdua dengan pendapatan bulanan En Hafidz. Encik Hafidz makin hari makin tua . Beliau menjangkau umur hampir 65 tahun. Bapanya hendak bersara dari pekerjaanya sekarang tetapi tiada pewaris yang tetap dan berkaliber untuk menggantikan tempatnya itu sebagai seorang Ceo syarikat Aintsoft Corporation. Hanis tidak boleh mengambil jawatan tersebut kerana Hanis masih muda dan seorang perempuan. Jawatan En Hafidz tersedbut hendaklah diturunkan kepada anak lelaki bukan anak perempuan.

Sepatutnya En Hafidz mempunyai anak sulung lelaki yang bernama Hael sebelum Hanis lahir tetapi selepas beberapa jam lahirnya Hael, dia meninggal dunia kerana paru parunya dijangkiti kuman. Jika tiada pewaris untuk menggatikan jawatan syarikatnya, jawatan tersebut akan diserahkan kepada pemegang saham terbanyak dalam syarikat Aintsoft Corporation tersebut.

En Hafidz bercadang untuk tunangkan anak perempuannya dengan anak kawan baiknya sejak dari zaman belajar di Japan lagi. Lelaki tersebut bernama Efran Hafizi berumur 26 tahun , baru sahaja tamat pelajaran perubatan di Harvad Univerity , School Of Medical. Kini beliau membuka sebuah Hospital Swasta ( Royal Medical Centre) di Bukit Bintang dibawah jagaan syarikat bapanya . Hanis masih tidak tahu akan perancangan bapanya untuk tunangkan dia Bersama anak kawan baiknya kerana Hanis sedang menduduki peperiksaan percubaan SPM ketika itu. Hanis kelihatan sangat tertekan dengan jadual sekolah dan kelas tambahan yang padat dengan kerja sekolah yang diberi terlalu banyak. Jadi , bapanya tidak mahu menambahkan terkanan tersebut dengan memberitahu tentang pertunangan itu.

Isteri Student Suami DoktorWhere stories live. Discover now