Nurina pov
Setelah berjaya memujuk Ariana. Akhirnya permintaanku untuk jumpa dengan parent ku berjaya yeheyy.
Aku memegang tangan Ariana erat. Dia membalas seolah2 memberi semangat. Aku harap kepergian aku sementara buat mereka rasa kepentingan aku dalam keluarga.
Aku haraplah.
Aku menekan loceng.
Aku melihat wajah wanita yang mengandungkan aku 9 bulan 10 hari.
Mama.
"Ma..mama. ni kakak ma" aku menghulurkan tangan untuk bersalam.
Tapi.
Tanganku ditepis. Aku tersentak.
"Jangan sentuh aku perempuan. Kenapa kau balik? Lelaki tu taknak bertanggungjawab ke? Tak sabar sangat ke sampai nak kena lari rumah jumpa jantan lain hah?"tengking mama sebaik saja melihat muka aku
Aku tersentak lagi.
Lelaki?
Lari rumah?
Apa semua ni?
"A...apa yang mama cakap ni? Lelaki mana ni?"tanyaku pelik.
"Lelaki lah. Boyfriend kau kot. Aisha bagitau kau lari keluar dengan lelaki. Aku malu mengaku kau anak aku. Baik kau berambus. Blah"halau mama seraya menutup gate.
"Sumpah mama kakak tak buat. "Rayuku sambil menangis. Aku melihat belakang mama. Aisha memberi senyuman sinis kepadaku.
Sampai macamtu sekali kau benci aku kan Aisha.
"Kau jangan nak menipu la perempuan. Aku takkan percaya"ujar mama sebelum masuk kedalam rumah.
Mama lebih percayakan Aisha.
Aku terduduk dihadapan rumah sambil air mata mengalir.
Ariana mengangkat badanku dan memapah aku yang agak lemah.
Sepanjang perjalanan. Aku hanya diam. Ariana seakan memahamiku turut berdiam diri.
Aku malu. Sebab kawanku perlu melihat perpecahan keluarga aku.
Ariana membawaku ke tasik dikawasan taman.
Kami duduk dibangku yang disediakan.
Aku menghirup udara segar untuk menenangkan fikiran.
Well. Kena buang dengan keluarga sendiri bukan sesuatu yang kecil.
Aku memikirkan halatuju aku selepas ni.
Ariana menghulurkanku sebotol air coke .
"Thanks"ucapku seraya senyum kecil.
Dia mengangguk.
"Aku pergi dah dulu sebab nak bagitau keadaan kau dekat mama kau. Tapi macamtu la respon dia."ariana menunduk. Aku sedikit terkejut
"Kenapa tak bagitau aku?"tanyaku. Marah? Nope.
"Sebab aku takut kau sedih. Kau nampak happy bila kau kata kau nak pergi jumpa diorang"ariana nampak serba salah.
"Ish kau ni. Aku okay la. "Aku senyum.
"Nasib kau tak marah" dia memeluk aku.aku gelak kecil.
"Cuma.."aku menunduk.
"Cuma apa?"tanyanya risau.
"Aku dah taktau nak stay kat mana. Yelah semua bencikan aku. "Air mataku mula bergenang semula.
"Siapa kata semua bencikan kau?"kedengaran suara garau dibelakangku.
Aku menoleh.
The Ace dengan lagak cool mereka muncul. Hekeleh poyo gila ew.
Aku mencebik.
"Macammana korang ada kat sini hah?"tanyaku tak puas hati.
Elok2 nak tenangkan fikiran malaun ni datang. Potong mood betul lah diorang ni .
"Lah..saja nak teman kau. Kot lah kau boleh tenang dengan tengok kehenseman kitorang. Betul tak geng?"usik nazimi sambil mengangkat angkat kening.
Mak ko ijo.hahaha
"Sila ninggal"ucap ku sambil buat muka poker.
"Eii dengki"sampuk izz.
"Eeiii dah dah gaduh tu. Kahwinkan karang haa"ariana bengang.
Aku buat muka jijik. Seyes jijik hahaha
"Ni nui.. kau duduk dengan aku la ek"ayat ariana buat aku terharu acewah feeling habiss.
"Tak susahkan kau ke?"aku mula buat ayat klishe.
"Manada susah. Elok ah ada orang teman aku"
***
Aku , Ariana dan the Ace pulang selepas seharian release stress dengan bershopping.
Shopping dengan perempuan tak berpisah jua . Fakta keyh fakta.
Malam itu, aku masuk kebilik ariana. Girls talk la pelagi.
"Weh ariana"sapaku. Aku tengok dia membelek smartphone.
"Ya"
"Aku taknak pergi sekolah boleh tak?"tanyaku sambil buat peace.
"Ehhh.. dah kenapa?!"dia menutup phone lalu memandangku.
"Aku nak kerja dekat kafe. Lepastu cukup duit aku sewa rumah lain. Aku segan la duduk dengan kau. Free pulak tu"ujarku panjang lebar.
"Kau tak suka ke duduk dengan aku?"tanyanya memuncung.
"Jadah kau nak muncung pehal. Segan tau tak segan. Ko petauu"aku jeling nya.
Dia mencebik.
"Ish..tak payah segan lah. Aku tak kisah pun kau nak duduk dengan aku. Kurang2 ada gak teman aku. Sebelum ni aku mana ada kawan dalam rumah" ah sudah dia buat suara kesian dia tu.
"Hmm.. takpa lah kalau macamtu.trimas tolong aku. Kau memang kawan terbaik aku. Tapi aku tetap nak kerja jugak"aku memuktamadkan keputusanku untuk bekerja.
"Kafe tu sihir kau ke apa sampaikan kau terhegeh2 nak kerja kat situ?"ariana buat muka pelik
"Ish manada! Aku ingat nak kumpul duit lepastu buka bussines kafe baru"aku mengutarakan cita citaku.
"Kenapa kau taknak sambung belajar?"tanya ariana pelik.
"Aku..aku taknak jumpa aisha. Then aku taktau nak sambung belajar dengan yuran aku semua siapa nak tanggung."luahku.
Aku melihat ariana berfikir sejenak.
"Macamni. Kau duduk dengan aku sampai habis sekolah. Yelah kau kena jugak ada sijil spm. Lagipun siapa nak teman aku en"dia tersengih. Aku mencebik. Inilah member.
"Pastu lepas sekolah baru kita try uruskan kafe. Aku pun nak try gak buka kafe ni"aku melompat gembira. Sesungguhnya ini lebih gembira daripada dengar bts nak datang malaysia.
"Aku nak aku nak!!"aku eksaited.
"Dah dah lertu eksaitednya. Blah dari bilik aku"dia menendangku sehingga keluar dari biliknya.
Nasib kawan . Sabo jelah kalau tak dah lama ai mencarut.
Ariana pov
Ting!
Aku membuka mesej yang aku terima.
Unknown
Baik kau jaga kawan kau baik2. Nurina kan? Sedap nama.
Take a look dear. ;)(Gambar ariana dan nurina ditasik)
Oh xxxx
K aku mencarut.
Apa yang kau nak setan!!!
YOU ARE READING
Untouchable Queen (HIATUS)
Romance"Abang akan lindungi Ari.Thats our promise"-Azizi/Afifi *** "Korang ganggu dia mati korang kitaorang kerjakan- Cool Guys Squad /The Ace ## "-Aku tak boleh geng dengan korang.i am dangerous!"-Ariana +++ "Tak..aku tak kisah.asalkan kau tetap jadi ka...