Bab 33

1.9K 113 15
                                    

akmal pov

"lambat pickup kan perempuan tu?  kalau aku la.  tak sampai seminit dah tau"ariana tepuk dada dengan bangganya.

Aku tahan diri ketawa. Nak je aku ketuk kepala minah ni.

"oh yeke? habislah lelaki yang minat kat kau"ucapku sambil gigit bibir untuk tahan diri dari gelak.

"sebab tu la lelaki taknak suka aku,"dia gelak kecil.  aku pun melepaskan ketawa yg ditahan.

"i don't think so"ucapku. kaki kami masih terus melangkah melewati barisan kedai di shopping mall tersebut.

"maksud kau? "tanya ariana dengan dahi yg berkerut.

"erm. aku nak tanya kau ni.  kau jangan marah eh? "aku mengubah topik perbualan.

"tanyalah."

"apa hubungan kau dengan izz dan abang azizi tu? macammana korang boleh ada dekat tempat penculikan nui? "lega.  akhirnya dapat pun peluang untuk bertanya tentang persoalan ni.

air muka ariana berubah.

"hmm.. kau ikut aku"laju langkah ariana keluar dari shopping mall.

Ariana menuju ke kereta.

"tapi motor aku acaner? "tanyaku sambil buat muka tak rela. takkan nak tinggal motor bike kesayangan aku ni.  My baby!

"ish.  tinggal dulu ler kesayangan kau tu.  nanti aku hantar kau balik"ariana buat muka menyampah lalu masuk kedalam kereta.

dengan muka pasrah aku masuk kedalam kereta.

"kau nak pergi mana? "tanyaku sambil tangan memegang phone.

remaja zaman now!

"pergi tempat biasa"

aku mengangguk faham.

kami tiba di tempat yang sama ketika ariana dan aku ingin melepaskan tekanan iaitu tempat yang menjanjikan keindahan panorama alam sekitar yang cukup mengagumkan

aku duduk diatas rumput dan menghadap langit dan gunung yang terbentang luas.

"nah tengok"ariana menunjuk gambar di handphonenya.

"dia ni ketua mafia yang terkenal tu kan?  aku kenal dia"aku melihat gambar seorang lelaki yang berpakaian kot hitam dengan segaknya.

"kenapa dengan dia? " aku membelek2 gambar itu lagi.

"dia ayah aku"ucap ariana secara terus.  matanya masih memandang langit yang kebiruan.

"dia..  what?! kau ulang lagi"aku keliru.

"ketua mafia yang terkenal tu ayah aku"ariana melihat aku dengan pandangan kosong.

Aku ternganga. masih tak percaya dengan ayat yg dituturkan ariana.

"kenapa? kau dah taknak kawan aku? "tanya ariana sinis. dia memandang kembali awan yang bergerak.

Aku terdiam. 

"mesti kau ingat yang aku ni sama je macam ayah aku tu.  siapa je tak kenal dengan mafia kan?  dikenali sebagai seorang yang kejam, tak berhati perut. heh"luah ariana perlahan.

aku terdiam lagi.

sebelum aku tersenyum.

"kenapa kau kata macam tu? aku no hal la even kau anak siapa pun.  ariana is ariana.  asalkan kau jadi diri sendiri pun dah cukup.  lagipun, ayah kau yang  mafia.  kau.. nak ikut jejak ayah kau ke?  "aku mengangkat sebelah keningku sambil tersenyum senget memandang ariana.

Ariana menghadiahkanku senyuman manisnya.

Auch rasa macam nak masuk meminang la erm.

Sabo akmal sabo espiyem tak lepas lagi.

"thanks"

"welcome"balasku.

"kau memang sama macam nui"ayatnya membuatku sebak.

"oh yeke? maybe aku boleh tolong ganti nui hehe   "

"maybe"dia senyum sesaat.

keadaan kembali hening.  sama2 hanyut dalam masalah yang menimpa pada saat2 genting.

"tapi kan.. kenapa kau bagitau aku? benda ni rahsia besar kan? "tanyaku. tanganku gatal mencabut rumput disekitarku.

"sebab aku nak mintak tolong kau. "jawabnya

"tolong apa? "tanyaku pelik.

"tolong aku tangkap penculik sebenar yang culik nurina"dia mengenggam penumbuk.  mukanya menahan marah.

(aisha) +(penculik lelaki) +(?)...=(?)

+++

Assalamualaikum dan pekabo yalls.

Sorry sebab memang jarang update.  tahun depan saya SPM so harap korang faham. 

tapi saya memang akan selalu tgk komen2 dan insyaallah akan balas komen korang.

Saya mohon berikan pendapat korang tentang cerita ni sebab saya masih newbie so maybe saya akan improvekan penulisan saya.  dan saya mungkin akan masukkan scene psycho sebab cerita ni akan makin panjang.

Untouchable Queen (HIATUS)Where stories live. Discover now