Bab 25

2K 132 8
                                        

Ariana pov

Aku menunggu sebarang panggilan didalam kereta. Dah 1 jam lebih ni. Aku menutup mata untuk menenangkan fikiran. Abang azizi dan Izz dibahagian depan kereta tidur nyenyak macam takde masalah. Taguna dua ekor ni.

(Ringtone phone berbunyi)

Aku segera mengangkat panggilan tersebut. Aku menendang kerusi kereta izz dan abang azizi supaya mereka bangun.

Eh?! Video call?

"Hai ariana.. how are you?" Kedengaran suara lelaki disebalik video. Aku tak kenal siapa lelaki ni. Ah lantak !

"Mana Nurina?!"jeritku marah.

"Chill babe. Dia ada je. Ni bff kau" dia menunjukkan tubuh Nurina yang diikat dengan tali dan ditutup mulut dengan kain hitam.Nurina meronta2 untuk melepaskan diri.

"Apa kau dah buat dengan Nurina?! Apa kau nak?!"soalku keras. Abang azizi yang nak keluarkan suara aku tutup mulutnya.

"Bukan aku. Aku ikut arahan saja. Lagipun dia nak balas dendam dekat kau dan pada masa yang sama Nurina MATI" lelaki itu tersenyum sinis.

Terbuntang mata apabila dia menyebut perkataan mati.

Aku melihat jam . Dah 5 minit! Aku membuat gerak mulut kepada abang azizi.

Kesan-lokasi-sekarang!

Abang azizi segera mengambil laptop nya yang mula mencari maklumat lokasi.

Aku menyambung perbualan tadi.

"Aku sebenarnya taknak habiskan data untuk video call kau tapi boss aku nak kau saksikan sendiri kawan baik kau dibunuh. Boss aku kata lagi best buat macam tu. Well i don't care actually. Terimalah hadiah dari boss aku eh"ujar lelaki itu sinis.

"Kau.." aku kehilangan kata kata. Air mata menakung ditubir mata.

"Please jangan. Aku sanggup bagi kau duit lagi banyak dari boss kau. Aku sanggup" aku mula hilang arah. Tak sanggup.

"Dan.. siapa boss kau?" Sambungku.

"Well biarlah rahsia" sempat kau nyanyi lagu dato siti eh. Mengada punya pencuri.

"And tawaran kau tu erm. Macam best tapi akan difikirkan. Ha baiklah asyik borak dengan kau je en. Kau bukannya girlfriend aku .lagipun kau ni lawa. Jep sepahtu kata perempuan lawa tak semestinya pandai. " Bodo bin bahalol ini orang. Aku buat muka poker. Kereta sudah pun mula berjalan setelah lokasi dikesan.

Kamera lelaki itu ditunjukkan kearah
Nurina. Kain hitam itu ditarik kasar.

"Shit.sakitlah bodo" carut Nurina disana.

"Kau diamlah! Ni aku nak tanya. Kau tau tak siapa kawan baik kau ni sebenarnya?" Tanya lelaki tersebut dengan senyum sinisnya. Aku menelan air liur. Mulutku terkatup rapat.

Takkanlah!

"Aku tau" jawapan Nurina membuat aku tak keruan.

"Jadi kau tau lah dia tu anak Mafia? Mafia yang terbesar dinegara ini?" Lelaki itu mengangkat kening.

Nampaknya segala rahsia besar yang aku simpan sudah pecah. Rahsia yang sesiapapun tidak tau.

"Kau ---!" Aku mengetap bibir marah.

"Ariana--"suara Nurina lembut di pendengaranku. Aku mengalihkan pandangan dari lelaki tersebut

"Aku tau lama dah. Haritu..aku jumpa pistol dalam bilik kau. Aku terkejut. Aku cuba cari siapa kau then aku nampak gambar family dalam bilik kau. Ayah kau ketua mafia terkenal Ariana. Siapa tak tau kan? Cuma keluarga dia sahaja yang dia rahsia kan selama ni. Aku agak terkejut pada mulanya" Nurina menguntumkan senyuman manis.

"Kenapa kau tak jauhkan diri dari aku . Yela.. dulu semua orang yang aku kenal akan jauhkan diri dari aku apabila diorang kenal status aku."tanyaku dengan suara serak

Nurina gelak kecil disebalik video. Dia memandang kamera.

"Kenapa aku nak jauhkan diri dari kau? Yang Mafia tu bukan kau tapi ayah kau. Aku tau kawan  aku ni baik. Selama aku duduk dengan kau. Tak pernah kau sakitkan aku kan? Jangan anggap kesalahan orang lain sebagai kesalahan kau. Kau lain. Kau baik sangat.. " Nasihat Nurina disebalik kaca telefon tersebut.

Air mataku tak henti2 mengalir. Segala kenangan bersama Nurina terimbas kembali. Perasaan takut mula muncul dihati.

"Dah habis drama? Ko tau tak penat pegang phone ni lelama?erm ada lagi permintaan terakhir?" rungut lelaki tersebut.

"Kau jangan bunuh dia. I'm begging you"rayuku.

"I can't promise dear. Hah kau . Last aku bagi kau cakap dengan kawan kau ni"lelaki itu menghala kamera kepada Nurina.

"Ariana.. kau kawan baik aku. Susah senang kau ada dengan aku. Kau selalu pujuk aku. Time senang kau kongsi dengan aku. Aku gembira bila kau muncul dalam hidup aku. Kau baik sangat ariana. Kau tak pernah lukakan hati aku sepanjang kita bersahabat. Aku sayang kau. You're my only best friend and the best bff. Aku doakan kau bahagia. Jangan lupakan Allah Ariana. Ingat saat kita solat berjemaah sama-sama dulu. Kau cakap kau nak berubah. Keep it up dear. Cakap dekat my parent yang aku sayang sangat dengan diorang. Aku maafkan diorang. Walau apapun diorang family aku. Take care Ariana. Aku tunggu kau dekat syurga. Kita kan kawan sampai ke jannah. Oh cakap dekat the ace jangan lupakan aku. Haha k bye sayangku Ariana. Redha Ariana. Ini semua takdir Allah" air mata Nurina terus mengalir .ketawa kecilnya hanya menghiasi bibir padahal airmata tak habis2 memenuhi pipi nya.

Ya. Sejak Nurina duduk dirumahnya. Aku perlahan dibimbing oleh Nurina. Solatku yang pada mulanya hanya dibuat sekali sekala aku penuhi dengan hati yang ikhlas. Hanya tinggal untuk berhijab sahaja untuk memenuhi suruhan Allah. Aktiviti gelapnya yang dulunya aktif juga semakin kurang aktif.

"Dah habis kan? Nanti aku video call kau lain. Aku sakit perut pulak. Hadiah untuk bagi kau saksikan kawan kau mati kejap lagi aku kasi. Maybe aku bagi mati dulu then aku rakam aku kasi dekat kau. Erm menarik juga yang tu. Dah la. K bai."
Tiba2 video ditutup.

"Tak..tak "Aku sudah menangis tersengguk2.

"Bila nak sampai abang!"jeritku. Aku hilang kawalan.

"Ari... Jauh sangat la tempat ni. Patutlah ambil masa yang lama untuk dia call tadi". Keluh abang azizi. Izz didepan hanya merenung jalan. Mukanya jelas menggambarkan raut risaunya.

Perasaan takut menyelubungi hati aku. Aku hanya mampu berdoa supaya Allah mampu menyelamatkan Nurina.

****

Sorry hambar :"(

Untouchable Queen (HIATUS)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang