Pujuk hingga aku di hari ini

33 3 0
                                    


Ketika itu aku sedang dilanda
Ribut emosi antara langit dan bumi

Tempat baru
Atmosfera beza
Bikin aku tak kuat
Ya emosiku goyah
Tiada teguh

Kakiku melangkah ke bumi baru
Johor Bahru

Bagai tak rela, tapi tak dipaksa.
Aku jenis yang keliru dalam
membuat keputasan.

Untuk melangkah dalam bidang medik yang penuh cabaran ini
perlu jiwa yang kental.

Dan aku tahu itu bukan aku
Cuma aku gagahkan diri sahaja

Terikat diantara maruah dan janji
Entahla serba salah aku ketika itu
Tak tahu, cuma fikir nak lari
Dari semua ini

Tiba tiba
Entah bagaimana

Aku ditemukan dengan seorang insan
Yang hadir memujuk tak henti
Agar aku tak pergi
Dan terus di sini
Kolej bulat tawaf ini

Tak henti henti
Call mesej aku
Nak jumpa
Nak sembang

Aku tengah emo tak tentu hala
Semua off

Taknak diganggu

Tapi akhirnya
Tergerak juga berjumpa

Depan koperasi
Aku bawa kawan teman
Dia juga bawa teman

Kami borak tentang dunia
Yang bakal aku tempuh ni
Tentang pro dan kontranya
Tentang bahagia sengsaranya

Dia bikin aku terikat dalam janji tapi janji yang menjanjikan sesuatu yang istimewa dan aku tiada pilihan selain mengiakan.

Hari itu aku tekad saja untuk teruskan melangkah. Demi keluarga dan masa depan. Aku takkan tahu yang aku mampu melakukannya sebelum aku melaluinya.

Jadi ini satu risiko besar buat hidup aku. Risiko yang mematangkan.

Sampai hari ini aku masih meredah.
Entah laluannya makin hari makin mencabar. Tapi aku tahu, takda apa yang senang dalam dunia ini. Nak senang di hari kemudian, hari ni kena la susah dulu. Tak apelah.

Doakan aku.

Koyak & JahitWhere stories live. Discover now