Aku jenis . . . .

9 2 0
                                    

Aku jenis
Tak suka bersesak
Lebih gemar duduk dan memerhati
Memikirkan jarak melangkau masa

Aku jenis
Tidak pandai bergaya
Ala kadar asal selesa
Tapi cemburu
Melihat yang terampil

Aku jenis
Kuat menangis
Merajuk dan sentap
Tapi sudah matang
Untuk perkara-perkara itu

Aku jenis
Memendam
Tak kuat membantah
Sukakan peluk hangat
Bisik-bisik bermanja

Terlalu banyak ciri-ciri seorang aku
Yang mungkin ada pada yang lain
Cuma caranya tetap punyai kelainan

Kerana aku cuma aku
Tak ada yang lain . . .

Koyak & JahitWhere stories live. Discover now