"Encik suka bunga aster? Bunga aster ni lambang kesabaran cinta tau tak?"
"Sudi tak awak berkahwin dengan saya?"
Sejambak bunga mawar merah yang digubah bersama bunga tulip berwarna putih dihulurkan buat insan yang dia cintai. Hari ni adalah penentu segala-galanya. Dia nekad untuk melamar kekasihnya di dalam kedai bunga, Emerald Floral ini. Bersaksikan semua pekerja kedai bunga yang ada, dia melutut di hadapan gadis kesayangannya dan memulakan lamarannya.
Kotak baldu berwarna merah jambu dikeluarkan dari poket vest yang dipakai lantas dihalakan ke arah gadis itu. Wajah si gadis jelas beriak terkejut. Air mata mula bergenang di tubir matanya.
Si gadis senyum terharu. Mukanya merah menahan malu kerana ada banyak pasang mata yang memerhati. Namun, dia tak dapat sembunyikan riak gembira pada wajah. Senyumnya makin melebar. Inilah saat yang sudah lama dia nantikan. Akhirnya ! Dia dilamar juga oleh kekasih hatinya.
"Ya. Saya sudi."
Mata mereka bertentangan buat seketika sebelum masing-masing bertukar senyum. Gadis itu tak dapat lagi menahan air matanya yang mengalir lantas air mata itu diseka lembut oleh kekasihnya. Lantas, mereka berpelukan erat tanda gembira.
"Mulai hari ni, kita akan bina masa depan kita sama-sama."
"Sweetnya." air mata yang mengalir diseka menggunakan hujung jari. Namun, makin dihapus makin ia meleleh laju turun membasahi pipi. Hidungnya juga sudah mula rasa tersumbat kerana tangisan itu. Tanpa sedar, telapak tangan melekap pada dada kerana sangat tersentuh dengan adegan yang dia saksikan itu.
Lee Jina tumpang gembira melihat pasangan kekasih yang berada di hadapannya itu. Ya. Dia adalah antara beberapa orang yang menjadi saksi lamaran lelaki yang merupakan pelanggan kedai bunga itu kepada kekasihnya. Sungguh mengharukan. Hati Jina sangat-sangat tersentuh melihat pasangan itu. Lagaknya seperti seorang mak yang bangga melihat keberanian anak teruna nya untuk melamar gadis yang dicintai.
"Semoga korang berdua bahagia. Sobs..." tersedu sedan, Jina berkata. Air matanya masih mengalir tak henti-henti. Sungguh berhati tisu.
Pasangan kekasih tadi mula berasa segan dan sekadar menundukkan kepala mereka sebelum akhirnya bergandingan tangan meninggalkan kedai bunga itu. Tawa bahagia mereka kedengaran membuatkan Jina makin terharu.
"Semoga TUHAN memberkati korang !" laungnya sambil melambai-lambai ke arah pasangan tersebut.
"Tak menyempat. Depan kaunter jugak dia melamar." kutuk Yuna, seorang lagi pekerja di kedai bunga tersebut sebaik saja pasangan kekasih itu berlalu pergi. Kelakar pun ada. Lepas beli bunga terus melamar dalam kedai bunga tu jugak. Tak sabar betul. Pergi la melamar depan tasik ke, kat taman ke atau pun dekat restoran. Kan lebih sweet?
"Sweet lah ! Terharu betul aku." bidas Jina sebelum menghembus hidungnya yang terasa bersumbat. Sisa air mata diseka menggunakan tisu yang sama sebelum kemudiannya dia membuang pandang ke arah luar kedai sambil terlentok dengan senyum yang melebar. Nampaknya dia masih belum move on dengan scene lamaran kekasih tadi. Beria betul. Menangis bersungguh-sungguh, macam dia pulak yang dilamar.
Yuna sekadar menggeleng melihat tingkah Jina. Gadis itu memang kadang-kadang terlebih emosi. Orangnya agak lembut hati dan sensitif. Tengok lalat mati pun boleh buat dia sebak. Serius !
"Kau rasa mereka tu sweet sebab kau tu tak pernah bercinta. Kau faham tak?" Yuna membalas membuatkan Jina menarik muncung sedepa. Namun, bila dia hadam semula kata-kata Yuna, akhirnya dia mengangguk akur.
YOU ARE READING
Hello, Mr-Jichu !
FanfictionApabila seorang gay yang cuba untuk berubah bertemu dengan seorang gadis lurus berhati tisu, satu kisah cinta yang tak terduga mula terjadi. "Dear Mr Ji-chu, walaupun awak rasa yang awak tak sempurna tapi awak tetap nampak sempurna di mata saya."...