Chapter 8

46 5 1
                                    



"Saya cuma perlukan seseorang yang boleh buat hati saya tenang sekarang ni. Saya nak sangat seseorang cakap kat saya yang semuanya akan okey."



Jisoo melangkah lemah masuk ke dalam apartment mewah miliknya. Tubuhnya dihempas ke sofa sebaik saja dia tiba di ruang tamu. Tali leher yang dipakai ditanggalkan dan dilempar ke tepi sambil mengeluh. Dia bersandar di kepala sofa dan telapak tangannya diletakkan ke dahi. Mata Jisoo menerawang memandang ke arah siling rumah sambil mindanya memikirkan kejadian petang tadi.


"Lepaslah Jisoo. Anggap saja yang kita tak pernah kenal."

"Tuan Jisoo, kenal ke dengan suami saya ni?"


Dari tadi, dua ayat itu asyik berlegar-legar di kepalanya. Naik pening Jisoo bila memikirkan soal itu. Berita mengejut tentang Jeonghan membuatkan dia sangat-sangat terpukul.


Jisoo mengeluh sekali lagi. Ternyata Jeonghan sudah mendirikan rumah tangga. Dia seakan tak percaya dengan berita itu. Dia terasa bagai berada dalam mimpi tatkala wanita yang merupakan salah seorang staf mengatakan bahawa Jeonghan itu suaminya. Patutlah dia selalu saja ternampak Jeonghan di situ.

Nafasnya terasa sesak. Fikirannya bercelaru. Dadanya terasa begitu berat menanggung beban yang menggunung ini.

"Kau dah berubah, Jeonghan."

Sebetulnya, dia cemburu dengan Jeonghan. Lelaki itu dah menemui kebahagian sedangkan dia? Dia masih begini. Terluka sendiri dan menanggung derita yang tak ada sesiapa tahu. Apa yang dia rasakan saat ini begitu ngilu dan menghiris hatinya. Sakit itu cuma dia yang tahu dan Jisoo tak ada sesiapa untuk dia luahkan rasa ini. Dia perlukan seseorang. Seseorang yang memahami dirinya.


...


"Jina, kau balik dengan sapa?" Yuna menyoal Jina saat mereka keluar beriringan dari kedai. Tangan gadis itu berpaut pada lengan teman lelakinya, Hyungwon yang dari tadi hanya tersenyum memandang mereka berdua.

"Macam biasa, Jina balik dengan Jina." seloroh Jina. Maksudnya, dia balik sendirian la tu. Dah memang jadi kebiasaan dia setiap hari. Kadang-kadang, kalau Seokmin rajin atau kebetulan ada di luar, dia akan jemput Jina namun ia jarang berlaku sebab adiknya itu sibuk belajar kebelakangan ini. Maklumlah, peperiksaan akhir dah tak lama lagi.

"Tu lah kau, cepat-cepat sikit cari kekasih." sempat lagi Yuna mengusik. Dia jeling Hyungwon sambil tersengih manja. Tak tahu apa niat sebenarnya. Nak menunjuk atau memang serius nak nasihatkan Jina yang forever alone ni.

Jina sekadar tersengih. Siapa cakap dia tak ada kekasih? Ada ! Walaupun cuma kekasih palsu tapi...boleh la dari tak ada kan? Wajah Jisoo tiba-tiba terimbas di minda.

"Eh, korang balik la dulu. Kedai ni biar aku yang kunci. Cepat, aku tau korang nak date kan? Pergilah...aku ok." Jina cuba mengubah topik. Yuna tersengih sebelum menepuk bahu Jina beberapa kali dan melambai pergi.

Jina sekadar menghantar pasangan kekasih itu pergi dengan pandangan mata. Yuna dan Hyungwon yang berpegangan tangan itu sedikit sebanyak buat hati wanitanya terusik. Dia pun kadang-kadang teringin nak buat macam tu dengan cinta hatinya. Malangnya, tak ada sesiapa yang sudi.

"Nasib kau la, Jina."keluh gadis itu sendiri seraya mengunci pintu kedai bunga yang merupakan tempat dia menabur bakti itu. Majikannya, Nana sudah memberikan kepercayaan kepada dia dan Yuna untuk menutup kedai tersebut saban malam jadi ini sudah menjadi salah satu rutin wajibnya setiap hari.

Hello, Mr-Jichu !Where stories live. Discover now