"Di mata saya, Encik Jisoo dah cukup sempurna."
"Saya minta maaf atas apa yang berlaku dan saya di sini untuk menjelaskan segala-galanya."
Pancaran lensa kamera dan cahaya silau tak henti-henti menyerang tubuh dan wajahnya. Di hadapan puluhan wartawan, Taehyung duduk dan menayang muka tak beriak. Sidang media yang diadakan menarik perhatian ramai wartawan memandangkan ini adalah topik hangat di negara mereka tika ini.
"Berita yang tersebar adalah tidak benar dan palsu. Memang betul saya ada berjumpa dengan Tuan Hong Jisoo dan gambar yang tersebar adalah asli dan tak diedit. Saya akui semua tu tapi apa yang telah dicanang tentang gambar tersebut sama sekali tak betul. Gambar diambil dari jarak yang jauh dan dari sudut yang tak sesuai sampai menimbulkan salah sangka. Berkemungkinan ada yang cuba ambil kesempatan menggunakan gambar tu untuk menganiaya dengan menyebarkan berita sebegini."
Taehyung berjeda seketika. Dia memberanikan diri untuk memandang ke depan. Matanya merenung tajam ke arah kamera seakan memberikan amaran kepada pelaku yang menyebarkan berita palsu tentangnya.
"Saya harap dah tak ada apa-apa spekulasi yang tersebar lepas ni. Kenapa dan mengapa saya berjumpa dengan Tuan Hong pada waktu itu, biarlah ia jadi hal peribadi kami berdua. Yang penting, tak ada unsur negatif di sebalik pertemuan kami itu. Saya masih lelaki yang normal dan begitu juga dengan Tuan Hong Jisoo. Sekali lagi, saya tegaskan di sini, kami tak bercinta."
Taehyung bersuara lantang dan tegas. Di sebelahnya, Youngjae sebagai wakil kepada Jisoo turut menyertai sidang media yang dilakukan.
"Saya berharap yang semua orang dapat menerima penjelasan ini dengan hati yang terbuka dan positif. Sejujurnya, ini cuma perkara kecil yang dibesar-besarkan oleh orang yang tak bertanggungjawab. Siapa pun pelakunya, anda takkan selamanya terlepas. Perbuatan terkutuk ini dah menjejaskan emosi dan menyusahkan banyak pihak. Saya sangat terkilan. Sekali lagi, saya mohon maaf kepada semua peminat dan mana-mana pihak yang terjejas gara-gara perkara ini."
Setiap wartawan yang ada kagum dengan kematangan Taehyung tatkala memberikan segala keterangannya. Youngjae yang berada di sebelah juga terpaksa mengakui betapa profesionalnya idola muda itu. Siapa sangka, dia menjadi hero dalam keadaan sebegini? Setelah sekian lama mendiamkan diri, dia tampil bersuara untuk menjernihkan keadaan,
"Semoga lepas ni, dah tak ada lagi suara-suara sumbang tentang saya dan Tuan Hong Jisoo. Kami tak ada apa-apa dan hanya kenalan biasa. Saya harap semua boleh berhenti mengecam Tuan Hong Jisoo terutamanya. Berita palsu yang melibatkan kami ini sedikit sebanyak menjejaskan beliau jadi saya harap semuanya akan berakhir selepas ini. Kepada sesiapa yang bertanggungjawab dalam menyebarkan berita palsu ni, saya harap anda berhenti dan menyesali perbuatan anda. Terima kasih."
Taehyung menutup ucapannya dan kini memberikan peluang kepada Youngjae sebagai wakil Jisoo untuk berbicara. Dia mula mengelamun sendiri.
"Jina-ya. Aku harap apa yang aku buat ni dapat gembirakan kau dan Encik Jisoo kau. Maafkan aku." bisik hati Taehyung.
Setelah difikirkan sehabis baik, Taehyung akhirnya mengambil keputusan untuk mengalah. Biarlah dia mengakhiri semua ini. Tak guna dia masih kejar Jina sedangkan dia sendiri menjadi saksi betapa sayangnya gadis itu kepada Jisoo. Kata-kata Seokmin sewaktu pemuda itu menumbuknya semalam menyedarkan dia. Ya. Terima kasih kepada Seokmin.
"Kalau betul kau sayangkan kakak aku, kau patut buat dia gembira."
YOU ARE READING
Hello, Mr-Jichu !
FanfictionApabila seorang gay yang cuba untuk berubah bertemu dengan seorang gadis lurus berhati tisu, satu kisah cinta yang tak terduga mula terjadi. "Dear Mr Ji-chu, walaupun awak rasa yang awak tak sempurna tapi awak tetap nampak sempurna di mata saya."...