"Macam mana kalau saya rosakkan rancangan, Encik?"
"Please, jangan buat macam tu."
"Aku dah agak. Dia cuma menipu. Aku tak patut percayakan dia." Jina menghela nafas berat. Sia-sia dia minta cuti separuh hari tadi. Nampaknya dia kena tipu. Tu lah ! Dia betul-betul percaya bila lelaki bernama Jisoo itu cakap nak bawa dia jumpa Taehyung kalau dia terima tawaran tersebut.
Jina menghentakkan kakinya sebal. Dah dekat 30 minit dia menunggu Jisoo di sebuah kafe seperti mana yang dijanjikan semalam namun bayang lelaki itu masih tak kelihatan.
"Aku ni bodoh. Sebab Taehyung aku jadi bodoh." keluh Jina sendiri. Air mata mula bergenang lantas segera di seka supaya tak turun membasahi wajahnya. Terasa sebak dengan apa yang dia dah buat. Kerana Taehyung, dia diperbodohkan oleh seseorang yang dia langsung tak kenal.
Jina memasukkan telefon bimbitnya ke dalam beg sebelum meletakkan sekeping wang kertas untuk membayar minuman yang dipesan dari pelayan kafe. Dia sudah tak mahu menunggu dan lebih baik dia balik.
"Cik Jina?
Baru saja dia bangkit dari kerusi, seorang pemuda segak berkemeja putih muncul di hadapannya dan menyapa. Gadis itu mengerutkan dahi saat pandangan dilemparkan kepada pemuda tampan yang menegurnya tadi.
"Macam mana..." Jina pelik bila lelaki asing itu tahu namanya.
Melihat Jina yang terpinga-pinga buat dia tersenyum. Dalam diam dia merenung gadis di depannya itu. Jadi inilah gadis yang majikannya maksudkan? Boleh tahan jugak. Walaupun gay tapi selera majikannya pada perempuan masih tak menghampakan. Hahaha !
"Saya Youngjae, pembantu Tuan Jisoo. Cik yang Tuan Jisoo..." ayatnya tak dihabiskan. Dia saja nak menguji gadis itu. Mana tahu kalau dia dah salah orang. Tapi, anggukan selamba gadis itu buat dia kembali yakin. Memang inilah orang yang Jisoo cakap.
"Mana dia?"
"Dia ada hal lain. Jadi, dia suruh saya bawak cik dan uruskan semuanya. Petang nanti baru dia akan jumpa dengan cik semula."
Jina mengangguk akur. Bertuah betul jadi orang kaya, suruh je orang lain uruskan semua benda untuk dia kalau dia tak boleh nak buat. Asal ada duit, semuanya boleh.
"Cik ikut saya, ya?"
"Ke mana?"
"Shopping mall."
"Eh?"
Jina merenung dress berwarna biru lembut yang tersarung di tubuhnya. Terpegun seketika. Seumur hidupnya, ini adalah pakaian terbaik yang pernah dipakai. Cantik ! Memang kena dengan cita rasa Jina. Dress paras lutut itu dibelek-belek. Lace pada dress berwarna biru bercorak bunga itu menambat hati Jina. Masih tak percaya yang baju itu sedang dipakai olehnya. Jina tersenyum sendiri.
"Suka tak cik?"
"Lawa. Pandai Encik Youngjae pilih." puji Jina tanpa memandang ke arah Youngjae. Dia sibuk merenung cermin di hadapannya sambil cuba bergaya dengan dress cantik itu.
"Saya pilih? Bukanlah. Itu Tuan Jisoo yang pilih sendiri. Saya cuma bawak cik datang sini dan ikut segala arahan dia." balas Youngjae. Muka Jina yang terkejut dipandang sambil ketawa kecil.
YOU ARE READING
Hello, Mr-Jichu !
FanfictionApabila seorang gay yang cuba untuk berubah bertemu dengan seorang gadis lurus berhati tisu, satu kisah cinta yang tak terduga mula terjadi. "Dear Mr Ji-chu, walaupun awak rasa yang awak tak sempurna tapi awak tetap nampak sempurna di mata saya."...