"Saya dah buat encik terluka. Mungkin ini adalah balasan atas perbuatan saya kepada encik semalam."
Jam loceng di tepi katil berdering kuat sehingga membingitkan telinga. Jina membuka matanya perlahan-lahan dan menjeling jam loceng berwarna merah itu. Pukul enam pagi. Sudah waktunya untuk dia bangun memulakan rutin hariannya.
"Esok saya bawa awak jumpa Taehyung."
Mata gadis itu membulat saat dia teringatkan kata-kata itu. Lantas, selimut yang membaluti tubuh ditolak ke hujung kaki dan dia bangkit dengan senyum yang melebar.
"Hari ni adalah harinya ! Aku akan jumpa Taehyung." getus hati Jina teruja.
"Esok saya akan bayar awak and I promise, that will be our last time to meet."
Namun, senyumnya tiba-tiba kendur bila dia teringatkan kata-kata Jisoo malam semalam. Entah kenapa, dia tak seronok untuk mengingati ayat lelaki itu. Rasa serba salah kembali menyerang diri.
"Alahai Encik Jisoo ni, di hari yang bermakna ni lah dia nak merajuk pulak." omel Jina sendirian sebelum mencapai tuala mandi yang tersangkut di tepi almari. Tuala itu diletakkan di atas bahu sebelum dia menapak lemah menuju ke bilik air untuk mandi.
"Jisoo, oh Ji-chu." gumamnya tanpa sedar.
Sementara itu, di rumah Jisoo.
"Achoo !"
Jisoo yang baru terjaga dari tidur terbersin kuat. Dia yang sedang memeriksa jadual kerjanya bersandar di kepala katil. Nyaris iPad di tangannya terlepas jatuh sewaktu terbersin tadi. Dia menggosok-gosok hidungnya yang terasa berair.
"Sapa la yang sebut-sebut nama aku ni?" soalnya sambil membaca jadual harian yang sudah ditetapkan untuknya itu. Satu persatu nota yang tercatat di kalender digital itu dibaca tenang.
Meeting dengan duta jus Honglicious-BTS
Mata Jisoo terpaku di situ. Tiba-tiba dia teringatkan seseorang.
"Betul ke yang Encik Jisoo ni gay?"
Soalan Jina semalam terngiang semula di minda Jisoo. Pemuda itu menghela nafas perlahan. iPad diletakkan di atas katil dan dia kembali membaringkan tubuhnya lantas tangan menapak ke dahi sambil merenung siling bilik.
"Aku dah agak, tak ada sesiapa yang boleh terima benda ni."
"Good morning !"
Bergema suara nyaring Seokmin mengucapkan selamat pagi kepada kakaknya yang sibuk mundar-mandir di dapur. Anak muda itu mendekati si kakak dan merenung tingkah gadis itu dengan muka yang tertanya-tanya.
"Sibuk nampak." tegur Seokmin.
Jina sekadar tersengih sebelum kembali menyambung kerjanya memasukkan makanan ke dalam bekas.
"Bekal untuk Seokmin ke tu? Cantiknya." adiknya menyoal sambil menjenguk. Jina menolak perlahan Seokmin yang sengaja nak mengintai. Perasan betul budak ni.
"Bekal kau ada kat sana. Sarapan akak dah siapkan, pergi makan cepat. Jangan kacau kakak. Nanti lambat pergi ke sekolah." leter Jina membuatkan Seokmin mencebik. Bekas makanan yang dimaksudkan oleh Jina dipandang sebelum dicapai.
Bekas makanan itu dibuka lantas anak muda itu mengeluh. Kimbap di dalam bekas makanan itu nampak biasa berbanding dengan apa yang kakaknya tengah sibuk siapkan sekarang. Persoalannya, untuk siapa?
YOU ARE READING
Hello, Mr-Jichu !
FanfictionApabila seorang gay yang cuba untuk berubah bertemu dengan seorang gadis lurus berhati tisu, satu kisah cinta yang tak terduga mula terjadi. "Dear Mr Ji-chu, walaupun awak rasa yang awak tak sempurna tapi awak tetap nampak sempurna di mata saya."...