"Kalau lah saya boleh jadi orang yang membahagiakan Encik..."
Di antara Jisoo dan Aileen, masing-masing senyap tak bersuara meskipun jarak mereka hanya selang beberapa kerusi. Dalam hati masing-masing merangka ayat untuk memulakan perbualan namun entah kenapa, lidah menjadi kelu. Mungkin kerana mereka berdua masih terkejut dengan apa yang telah terjadi.
Beberapa saat berlalu begitu saja sehinggalah Aileen terlebih dulu membuka mulut.
"Terima kasih."
Jisoo yang mendengar perlahan-lahan menoleh memandang ke arah isteri Jeonghan itu. Muka yang merah dan matanya yang sembap dipandang seketika tanpa beriak.
"Terima kasih sebab sudi dermakan darah untuk Jeonghan." tambah Aileen lagi. Kemunculan Jisoo sewaktu mereka sekeluarga sedang kalut memikirkan jalan penyelesaian untuk menyelamatkan Jeonghan itu umpama satu anugerah. Lelaki itu adalah penyelamat. Jisoo penyelamat Jeonghan dan Aileen tak boleh nak menafikan kenyataan itu. Walaupun dia agak ralat kerana dia sendiri tak dapat membantu namun, jasa baik Jisoo sangatlah dihargai.
"Tak apa. Saya memang nak Jeonghan selamat. Saya pun sayangkan dia."
Kata-kata Jisoo buat Aileen terkedu. Seketika, dia terkenang semula perbualan Jisoo dan Jeonghan yang dia curi dengar seminggu yang lalu. Kerana itulah, perkahwinan mereka mula goyah.
Jisoo dapat menangkap reaksi Aileen yang seakan terkejut bila dia menuturkan ayat itu. Adakah Aileen masih ragu-ragu dengan hubungan mereka berdua?
"Saya sebenarnya tak boleh terima kenyataan yang Tuan Jisoo pernah bercinta dengan suami saya tapi..."
Jisoo diam dan memberikan peluang untuk wanita itu bersuara. Biarlah Aileen meluahkan segala-galanya. Dia ada hak untuk bersuara memandangkan Jeonghan adalah suaminya.
"Tapi saya akan cuba untuk terima kenyataan tu. Cinta tu subjektif kan? Apa hak saya nak halang perasaan orang? Saya cuma nak Jeonghan selamat dan sembuh semula. Itu saja. Saya tak kisah pun kalau kami terpaksa berpisah sebab semua ni. Saya akan terima. Satu saja saya minta, saya nak Jeonghan selamat dan teruskan hidup dia. Tak kisahlah dengan siapa pun...sama ada dengan Tuan ataupun dengan saya ataupun sesiapa saja yang boleh buat dia bahagia." panjang lebar Aileen berkata. Sesekali, esakannya kedengaran.
Jisoo hanya diam dan memandang Aileen dengan pandangan yang sayu. Dia masih diam untuk memberikan peluang kepada Aileen bercakap.
"Misalnya dia sedar dan dia pilih untuk teruskan cinta dia dengan Tuan, saya ok. Saya terima semuanya sebab Tuan lebih layak dari saya. Tuan boleh bahagia kan dia lebih dari saya. Saya bukan isteri yang baik untuk dia." sambung gadis itu lagi. Air matanya diseka dengan belakang telapak tangan. Segan bila Jisoo lihat tangisannya.
Jisoo tergamam. Senekad itu Aileen? Nampaknya memang dia dah salah faham.
"Kim Aileen, awak dah lupa sesuatu?" Jisoo bersuara setelah lama berdiam diri.
"Lupa apa?" isteri Jeonghan itu menyoal dengan riak muka yang hairan.
"Lupa yang Jeonghan tu lelaki? Saya pun lelaki. Macam mana kami nak bercinta?" Jisoo berkata sambil tersenyum segaris. Suasana menjadi agak janggal di antara mereka berdua.
"Tapi kan...korang berdua..." Aileen memandang Jisoo dengan muka yang bingung. Kata-kata majikannya itu buat dia keliru.
"Memang kami gay. Tapi itu dulu. Sebelum Jeonghan jumpa cinta sejati dia." Jisoo membalas.
YOU ARE READING
Hello, Mr-Jichu !
FanfictionApabila seorang gay yang cuba untuk berubah bertemu dengan seorang gadis lurus berhati tisu, satu kisah cinta yang tak terduga mula terjadi. "Dear Mr Ji-chu, walaupun awak rasa yang awak tak sempurna tapi awak tetap nampak sempurna di mata saya."...